MSG # 3 (CEMBURU)

7.8K 349 10
                                    

"No.She's taken.She's taken by me" Kata seseorang.Nadia terus memandang ke arah suara itu.Ben!

Muka Ben kelihatan merah.Tidak pasti dia sedang menahan marah atau cemburu.Nadia pulak masih kaku di depan kelas kerana terkejut dengan pengakuan Ben.

"Betul ke Nadia?"Soal Aizul dengan nada yang tidak puas hati.Melepas!

"Erk..Aah.."Kata Nadia tergagap-gagap.

Cikgu Mahani yang mendiamkan diri sejak tadi tiba-tiba bersuara."Ok Nadia awak boleh kembali ke tempat duduk awak.Aizul,Mohon tabah..hehehe"

Aizul hanya menganggukkan kepala.Nadia duduk di sebelah Ben yang tiba-tiba bertukar dingin.

"Awak.."Panggil Nadia perlahan tetapi Ben tidak menghiraukannya.

"Awak..."

"Kau boleh diam tak?Aku tengah panas ni."Marah Ben.Nadia terdiam mendengar Ben memarahinya.Keadaan mereka berterusan sehingga tamat waktu persekolahan.Waktu rehat pun Nadia tidak mempunyai kawan untuk berkenalan.Sadisnya hidup ini!

"Awak..kenapa awak macam marah saya?"Soal Nadia ketika tinggal mereka berdua yang berada di dalam kelas.Pelajar lain semua dah beransur pulang.Zack dan Khai pulak pergi tandas.

'Huh'

Ben mengeluh perlahan."Ok.I'm sorry sebab marah kau tadi.Aku tak suka ada orang buat macam tu kat kau."

"Takpe..Tapi macam mana dengan perkara yang awak cakap dengan Aizul?"Ben mengusap belakang lehernya.

"Erk..Sebenarnya aku sukakan kau.Mungkin kau tak percaya sebab kita baru berjumpa harini.Tapi aku tak main-main.Can you be my girlfriend please.."Sekali lagi Nadia terpaku mendengar pengakuan Ben.

"Saya..saya.."Tergagap-gagap Nadia menjawap soalan KBAT dari Ben.

"Takpe.Aku faham dengan kau.Aku akan beri masa untuk kau jatuh cinta dengan aku."Cair hati Nadia mendengar kata-kata Ben.Sikit jelah.Tak banyak.

"Kalau saya tak jatuh cinta dengan awak macam mana?"

"Kau jangan risau.Aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku.Lepastu kau takkan lepaskan aku lagi."Balas Ben dengan confident.

"Eh..perasannya!"Nadia menjelirkan lidah.Ben tersenyum manis sehingga menampakkan gigi taring lapisnya di sebelah kanan.berdebar-debar jantung Nadia melihat senyuman Ben.Hot gila!Macam vampire.

"Apa-apa jelah..Btw kau ikut siapa balik ni?"Ben duduk di atas meja sambil memandang gadis kesayangannya mengemas buku.

Ops!Gadis kesayangan..

"Erm..Daddy yang ambil."

"pukul berapa?"Soal Ben sambil mengangkat begnya.

"Pukul 3 kot."Balas Nadia perlahan.

"Lamanya!Sekarang baru 1.30 petang.Kau macam mana nanti."Soal Ben prihatin.

"Saya tunggu kat bustop."Jawap Nadia perlahan.Nadia mengemaskan rambutnya yang agak serabut.

"Kalau macam tu..Kita bual-bual kat kantin kejaplah.."Ben membantu Nadia mengemaskan rambut.

"Tapi nanti mama dan papa awak pasti risau.Awak maklumkan mereka dululah.."

"Mama dan papa aku takde kat Malaysia.Diaorang kat UK.Uruskan hal pejabat kat sana."Terang Ben.

"Jadi awak tinggal sorang?Tak takut ke?"

"Iyelah..Takkan aku tinggal berdua.Aku mana ada adik beradik..Lagipun kau ingat aku ni penakut macam kau ke?"

Nadia hanya mengangguk."Kau tunggu sini jap.Jangan kemana-mana!"Arah Ben.Ben mengambil telefonnya di dalam beg dan menelefon seseorang.Nadia hanya memandang Ben yang menjauh darinya.

"Hello.."

"..."

"Jemput aku kat sekolah pukul 3 petang.Ok?"

".."

Talian dimatikan."Dah jom.."Ben menarik tangan Nadia.Nadia hanya mengikuti Ben dari belakang.

  "Kawan awak yang dua orang tu macam mana?Takkan nak tinggalkan macam tu je?"Tanya Nadia.

  "Pandailah diaorang balik sendiri.Dah besar panjang kot!"Balas Ben selamba.Sebelah tangannya memegang tangan Nadia manakala tangan yang satunya di masukkan ke dalam poket seluar sekolah.

"Kau nak makan tak?"Soal Ben ketika mereka tiba di kantin sekolah.

"Tak..Saya nak minum.Ada milo ais tak?"Soal Nadia.

"Ada.Kejap.Kau pergi kat meja tu.Tunggu aku kat sana."Selesai Ben memesan makanan Ben berjalan menuju ke arah Nadia.

"Ben.."

"Ya?"

"Awak betul-betul suka saya ke?"Nadia memandang wajah Ben.

"Kau tak percaya aku ke?"Soal Ben kembali.Nadia hanya mengangkat kedua-dua bahunya.

"Macam mana aku nak buktikan yang aku betul-betul suka kau?"

Nadia terdiam sejenak."Entah.."

"Bagi nombor telefon kau."

"Buat apa?"Ben menjulingkan matanya.

"Untuk memudahkan aku berchat dengan kau..Supaya aku dapat mengirimkan kata-kata cinta kepada kau setiap hari.Supaya aku dapat melepaskan rindu kepada kau.."Kata Ben.

Muka Nadia sedikit memerah.Mendalam kot ayat Ben!"Oh..."

"Cepatlah..Berapa?"Gesa Ben.

"014 *** ***."Ben menyimpan nombor telefon Nadia di telefonya.Sengaja dia setkan nama My princess dan di tambah emoji love di belakang.

"Nanti bila aku chat balas tau."

"Ok!"Nadia menunjukkan ibu jarinya.

'Ting'

"Awak..Mee goreng awak dah siap!"Laju kaki panjang Ben melangkah.Ben menghulurkan milo ais kepada Nadia.Nadia menerima huluran Ben dan meletakkannya di atas meja.

  "Thanks.."

"Ok!Nadia.Kau betul-betul taknak makan ke?"Nadia hanya menggeleng sambil menghirup milo aisnya.

"Makanlah sikit.."Pujuk Ben.

"Saya malas nak makan.."Rengek Nadia.

"Manja!buka mulut aku suap!"Nadia membuka mulutnya seperti yang diminta Ben.

Ben menyuap Nadia dengan perlahan."Sedap?"

Nadia berfikir-fikir untuk menjawap soalan Ben.Jari telunjuk di ketuk-ketuk di atas dagu."Bolehlah.."Ketawa mereka berdua.Hubungan mereka seperti sudah bertahun-tahun padahal mereka baru berjumpa hari ini.

Mereka berbual-bual kosong sehinga menginjak pukul 3 petang."Eh!Dah 3 petang.Kejap lagi mesti papa saya ambik.Bye awak.Jumpa esok!"Nadia berlari-lari anak meninggalkan Ben.Ben hanya memerhati Nadia dari jauh.Muncul sebuah kereta BMW berwarna hitam di bustop sekolah kemudian Nadia pun masuk ke dalam kereta itu.'Papa dia kot..'

Ben mengambil telefonya dan mendail nombor seseorang:

"Ambik aku sekarang.."

".."

"Cepat sikit.."

".."

"Ok!"Talian diputuskan.Ben melangkah ke arah bustop tempat Nadia menunggu papanya tadi.

4 minit menunggu sebuah kereta BMW berhenti di hadapannya.Dia melangkah masuk dan kereta itu pun meninggalkan perkarangan sekolah.

*****TBC*****

Vote and Comment!!tq!!

My Sweety GangsterWhere stories live. Discover now