By nashfuaad (juara)xD
kelihatan dari jauh sebuah ambulance membawa jenazah bergerak masuk kedalam kawasan hospital kampung tua pada tengah malam .Apabila ambulance masuk ke dalam tempat parking,dua lelaki keluar dari van tersebut dan mula berjalan menuju kaunter.
"eh Sopi betul ke ni hospital yang kita kena hantar jenazah tu?,"kata Zamarul sambil menyedut air dari plastiknya.
"betullah..hospital kampung tua,tengok kad ni,"kata Sopi membela dirinya.
"tapi kat luar ni takda kereta pun orang entah apa lagi,"kata Zamarul masih tidak berpuas hati.
"ni datang nak hantar jenazah ye" kata seorang jururawat dengan wajah yang agak kusam
"haah cik,tempat ni macam tempat jin bertendang je haha,ketawa Sopi sambil dia dan Zamarul mengikuti nurse itu masuk ke dalam.
ketika mereka melintas kawasan rawatan kecemasan mereka terlihat seorang doktor sedang membalut tangan seorang lelaki yang nampak seperti mayat hidup.
sampai di hujung bangunan tiba tiba lampu terpadam dan mereka tidak dapat melihat apa apa.
"aduh,sakainya bangunan ni electrik pun masalah aku rasa tak lama lagi runtuh kot hahaha,"kata Sopi dengan mulut celuparnya.Namun Zamarul hanya diam kerana rasa tak sedap badan
akhirnya setelah beberapa minit lampu kembali menyala namun nurse di hadapan mereka tadi sudah hilang dari pandangan.
"aduh,mana pulak nurse ni hilang,"kata Sopi
tiba tiba telifon Zamarul berdering dan dia pun mengangkatnya.
"hello Zamarul kau asal tak hantar lagi,jenazah tu,waris mangsa dah tunggu ni"kata di hujung talian
"takda sapa pun kat sini," tanya.Zamarul kembali
tiba tiba pada saat itu Zamarul rasa ada tangan memegang bahunya.
"Sopi!!,janganlah raba aku!!,"marah Zamarul.
"eh kau yang pegang bahu aku!,"balas Sopi.
mereka berdua diam..mereka memandang satu sama lain.
apabila mereka menoleh..seorang gadis dengan mata yang lebam berpakaian putih tersenyum pada mereka..
apa lagi bagai di sampuk setan mereka berdua berlari tak ingat dunia.Ketika sampai ke bilik tadi doktor dan pesakit tadi memandang pada mereka sambil tersenyum.
mereka berdua memandang kebelakang dan lihat hantu wanita tadi meniarap dan merangkak dengan laju ke arah mereka dengan ketawa hilai nya
maka mereka pun membuat keputusan untuk merempuh doktor dan pesakit itu menjerit bagai orang gila sampai di pintu masuk mereka merempuh pintu itu juga
seorang pakcik berdiri di situ sambil tersenyum.
"anak hantar salah tempat ni..hospital ni dah lama tak beroperasi,sebab di pindahkan ke hospital baru di hujung kampung," kata pakcik itu dengan tenang.
mereka tidak memperdulikan orang tua itu dan terus menaiki ambulance sebelum beredar.
"sopi!,sopi!," pangil Zamarul
"apa!!,"kata Sopi
"dia bangun," kata Zamarul dengan wajah ketakutan.Tiba tiba satu tangan memegang mereka berdua.Nak tau apa yang misteri tentang cerita ni?? Cuba fikirkan camana satu tangan memegang dua bahu!! XD
YOU ARE READING
Scary Challenge
Korkuahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri