Tempat ke empatAku ,Malik, Zakuan dan Azfar tersesat semasa ingin ke destinasi holiday kami. Kini kami berada betul-betul dihadapan sebuah hotel yang agak lama. Aku memulas tombol pintu dan masuk ke dalam hotel tersebut. Rakanku yang lain hanya mengikutiku dari belakang. Selepas mencari suiz lampu riaksi pertama kami adalah sangat terkejut. Siapa sangka hotel yang di luarnya nampak lama tetapi di dalamnya dipenuhi dengan barangan antik.
"Hello?, ada tuan hotel tak?" Soal Malik sambil mencari kelibat seseorang di sekeliling. Namun, tiada sebarang jawapan. Kali ini Zakuan pula membuat perkara yang sama dan sama juga jawapannya tiada sebarang sahutan.
"Hello?? Kami datang nak cari owner tempat ni" kata Afzan tetapi kali ini berbeza. Seorang wanita berpakaian merah menunjukkan dirinya sambil berkata.
"Maaf, saya sedang memasak di dapur hotel." Beritahu wanita itu kepada kami.
"Ada apa yang boleh saya bantu?" Katanya lagi.
"Kami mencari tuan hotel ni dia ada tak?" Soal Zakuan. Datang pula lelaki lewat 40an berpakaian serba putih dari arah pintu masuk. Barang kali dia baru balik dari suatu tempat.
"Ya saya tuan hotel ini, ada apa yang boleh saya bantu?," katanya menghampiri kami.
"Kami ingin menginap di sini satu malam encik. Bolehkan kami menginap?" Tanya Azfar wakil kepada kami.
"Saya tak halang kamu semua tapi ada syaratnya jika kamu mahu menginap di sini. Yang pertama..." Jelasnya tetapi di potong oleh seorang remaja lelaki berpakaian biru dia yang berada di balkoni di tingkat atas. Mungkin dia ni anak tuan rumah ni dan aku pun tak sedar bila masa dia ada.
"Atas jam 12 korang tidak dibenarkan keluar dari bilik. Kedua...." Katanya menyambung ayat tuan hotel ini tetapi di potong oleh seorang remaja perempuan berpakaian hitam yang berada di tangga. Okey sekarang aku janggal kenapa diaorang ni macam creepy je. Aku dapat rasakan yang rakan aku juga merasakan perkara yang sama seperti aku.
"Makanan yang kami sediakan perlu dihabiskan dan makan mengikut masa yang dah ditetapkan dan yang ketiga...." Kata remaja perempuan itu sambil menuruni dan kata-katanya dipotong oleh tuan hotel ini.
"Ketiga kamu perlu keluar dari sini sebelum jam 11" kata tuan hotel itu.
"Kami faham tapi bila waktu makan?." Soal Malik. Sungguh gelojoh rakanku ini apabila mendengar perkataan makanan.
"Saya akan beritahu kamu nanti" ucap wanita berpakaian merah itu.
"Tunjukkan bilik untuk mereka" arah tuan hotel.
"Ikut saya" kata remaja lelaki itu sambil melambai-lambai tangan dan kemudiannya berlalu pergi tanpa menunggu kami.
"Ikut saya, saya akan tunjuk bilik untuk korang" kata remaja perempuan yang berpakaian hitam kemudian mendaki tangga untuk ketingkat atas. Segera aku mengikut langkahnya manakala rakanku yang lain hanya membuntuti kami. Tiba-tiba aku teringat sesuatu aku berpaling ke arah tuan hotel dan wanita itu tetapi mereka sudah tiada di situ. Aku terus matikan niatku untuk bertanya.
"Bilik 413 itu bilik korang, dari sini terus,ke kiri ke kanan dan pusing dekat situ bilik korang," beritahunya semasa kami sebuk memerhati sekeliling hotel ini dan dia juga sama seperti remaja lelaki ,wanita berbaju merah dan tuan hotel berlalu pergi begitu saja.
"Haik mana dia pergi?" soal Zakuan hairan kerana sepanjang masa kami mengekori remaja perempuan itu tetapi kelibatnya sekarang sudah pun hilang. Dia dengan matanya masih lagi tidak puas hati melihat keadaan hotel ini.
"Wei korang mana Azfar?" soal Malik kerana Azfar juga turut hilang.
"Korang ada kolam la" beritahu Zakuan dengan jakunnya. Aku dan Malik merapatkan diri dengan Zakuan dan melihat kolam yang sama dilihat oleh Zakuan.
"Korang nampak tak apa yang aku nampak?" soalku selepas sahaja nampak tubuh seseorang ditengah kolam tersebut.
"Apa yang kau nampak yang kami tak nampak?" soal Malik hairan lalu melihat semula kolam tersebut.
"Korang tak perasan ke ada orang dekat tengah kolam tu?" soalku lagi.
"Okey stop, aku nampak. Jom pergi tengok aku rasa orang tu lemas " Kata Zakuan sebaik sahaja nampak tunuh di dalam kolam tersebut.
"Permainan baru saja bermula" Beritahu satu suara yang aku rasa aku je yang boleh dengar sebab suara tu tersangat la dekat dengan telinga aku.
"Jom la kita tengok " ajak Malik dan mula berpatah balik menuju ke arah tangga yang kami gunakan sebentar tadi.
"Jangan!" aku memberi amaran keras kepada Malik. Sekarang aku dah tahu siapa yang berada di dalam kolam itu tubuh tu sama seperti badan Azfar. Tetapi malangnya tiba-tiba saja demensi berubah dengan sekelip mata. Mujur Zakuan sempat menarik tangan Malik. Hari semakin gelap dan di dalam hotel ini turut gelap sama.
"Malik, Zak kau dengar aku tak?" tanyaku kepada dua kawanku.
"Ya aku dengar" Sahut Malik tetapi tidak Zakuan. Tiba-tiba...
"Tolong!!" jerit Zakuan sekuat hatinya tapi malangnya aku dan Malik tidak dapat melihat apa yang berlaku kepada Zakuan. Zakuan ditarik ke dalam sebuah bilik dan apa yang dia rasakan adalah tiba-tiba saja darah mengalir laju pada kepalanya kerana sebilah kapak telah terpacak di atas kepalanya.
"Zak! kau dengar aku tak?" Soal aku sekali lagi tetapi tiada sebarang jawapan. Lampu yang tidak menyala kini menyala dengan sendirinya. Muncul kelibat remaja lelaki berbaju biru yang tadinya menghilang sambil tersenyum sinis.
"Iz tu dia budak tu, j om la suruh dia tunjuk kat mana bilik untuk kita" cadang Malik. Ya hari dah malam sepatutnya kami sekarang berada di bilik sedang bermalas-malasan.
"Ikut saya" kata remaja itu dan berjalan menunjukkan bilik untuk kami. Aku dan Malik hanya ikut tanpa banyak soal.
"Inilah biliknya"kata remaja lelaki berbaju biru.Dia memulas tombol pintu dan mengalu-galukan kami masuk seletah dia menekan siz lampu. Aku dan Malik masuk ke dalam dan meletakkan beg kami di atas sofa. Remaja lelaki itu terus beredar tanpa kami sedar.
Usai mandi aku duduk di hadapan televisyen bersebelahan dengan Malik. Perutku mula berbunyi kerana dari petang tadi aku tak makan.
"Iz kau nak ?" Soal Malik memberi aku keropok mr.potato. Aku mengambilnya lalu disua ke dalam mulut.
"Cik sekarang waktu makan" sapa wanita berbaju merah di belakang kami. Aku dan Malik terkejut sebentar. Dari mananya datang wanita itu, walhal pintu bilik tertutup.
"Jom la aku dah lapar dah ni" ajak Malik sambil menekan button off pada remote control. Aku ikutkan saja. Kami keluar dari bilik dan menuju ke kantin. Keadaan di sini sungguh terang dan makanan juga telah siap terhidang. Aku dan Malik duduk meja makan. Sedang asyik sebuk makan tiba-tiba black out. Terkejut aku apabila lihat kepala Malik tergantung pada kipas sambil perpusing-pusing dan sudah pastinya dia sudah pun mati. Sekali lagi demensi berubah. Muncul wajah tuan hotel,wanita berbaju merah,remaja lelaki berbaju biru danremaja perempuan berbaju hitam. Aku dapat rasakan nyawa aku dalam bahaya. Aku berlari selaju yang boleh cuba untuk tidak terserempak dengan mereka. Pintu bilik 113 aku buka dan aku lihat mayat Zakuan yang sudah pun disiat- siat kulitnya dan tali pusatnya terbiar dipenjuru bilik dipenuhi dengan lalat. Aku segera keluar dari situ dan menuju ke sebuah kolam. Sekali lagi kali ini aku jumpa mayat Azfar yang ditikam berkali-kali di bahagian perut. Aku semakin panik aku terus berlari masuk ke dalam hutan dan semakin jauh dari hotel tersebut. Entah dimana silapnya langkah aku, aku terjatuh berguling-guling dan menghampiri dahan pokok yang tumbang . Aku tidak dapat berhenti sehinggalah aku terasa perutku seperti tertikam. Darah mengalir dengan lajunya. Kelibat mereka yang mengejar aku benar-benar di hadapan mataku. Mereka memancung kepalaku. Darah membasahi tanah danmereka berlalu pergi begitu saja.
-tamat-
YOU ARE READING
Scary Challenge
Terrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri