camping

53 7 0
                                    

Dark_Hackerz

Macam ni ceritanya.

  Satu malam minggu, Imran dan beberapa rakannya menyertai program perkhemahan pengakap dalam hutan. Al kisahnya Imran dan dua kawannya, Hamid dan Amjad ditugaskan mengambil air di sungai berhampiran.

  "Wei, aku dengar ada orang kena bunuh dalam hutan ni tahun lepas, " kata Amjad ketika dalam perjalanan mengambil air di sungai.

  "Aku tak percayalah, aku tak pernah dengar pun, " jawab Imran. Dia memang tahu macam mana perangai Amjad. Suka menakutkan orang.

  "Tapi rasanya betullah, aku pun pernah dengar, "kata Hamid yang dari tadi membisu. Imran tidak mempedulikan Hamid.

  Selepas mengisi air dalam baldi. Mereka berjalan balik ke kem. Perjalanan mereka lancar sehingga sesuatu yang pelik terjadi.

  "Weh, kau dengar tak? "tanya Hamid.

  "Yelah, macam bunyi jeritan," jawab Imran. Dia mula rasa tak sedap hati.

  "Eh, mana Amjad?! "Hamid perasan yang Amjad dah hilang. Mereka berdua kembali ke sungai untuk cari Amjad.

  "Amjad! Amjad!," mereka berdua menjerit nama Amjad. Tiba-tiba semak berdekatan mereka bergerak. Mereka bergerak perlahan ke arah dan melihat ke dalam semak tersebut

  Mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat. Amjad yang sudah tidak bernyawa dengan isi perut terburai dan muka yang hancur bagai dihantuk pada batu.

  Mereka terkesima. Mereka rasakan yang nyawa mereka dalam bahaya. Mereka ingin lari ke arah kem untuk memberitahu cikgu mereka.

  Ketika mereka ingin berlari, tangan Hamid ditarik seseorang. Orang yang itu menikam Hamid bertubi-tubi lalu mencucuk pisau di mata Hamid. Semuanya berlaku begitu cepat. Imran merasa takut lalu lari ke arah kem sambil menjerit. Orang itu hanya memerhatikan Imran berlari sahaja.

  Apabila Imran sampai di kem, Imran mencari guru dan rakan-rakan yang lain. Sesuatu yang lebih buruk dah pun terjadi. Rakannya dan gurunya juga menerima nasib sama. Darah mereka mengalir keluar dari lubang mata mereka. Imran berundur perlahan apabila melihat pemandangan ngeri ini. Ketika berundur dia merasakan seseorang di belakangnya lalu berpaling.

  "Sekarang giliran kau pula... "seorang lelaki sedang berdiri di belakang sambil menjilat pisau besar yang dilumuri darah.

Scary Challenge Where stories live. Discover now