JURURAWAT by Melyn_Aristokra
"Kenapa kita ada kat sini? Bukan kita dah keluar ke dari tempat ni?" tanya Johan kepada rakannya, Muzaqir yang terbaring di sebelahnya. Ya, mereka berdua baru bangkit semula setelah terbaring atas lantai sebuah hospital yang entah di mana.
"Bangun, Muzaqir! Bangun, weh!" jerit Johan ke telinga kawannya itu. Muzaqir yang berbadan kurus dan berambut pacak itu terjaga dari pengsannya. Dia memandang Johan dengan mata yang kejap pejam kejap celik itu.
"Apsal kita kat sini ha? Macam... Macam mana weh? Aku ingat kita dah keluar dari sini lepas projek kita tamat!" ujar Muzaqir dengan nada panik. Nafasnya menjadi tidak menentu dan matanya melilau sahaja ke arah kiri dan kanannya.
"Relaks, Muz. Aku pun macam engkau, aku pun rasa confuse dan pening. Sekarang bukan masa nak pening2 la apa ke, cuba kau ingat balik, apa-apa benda buruk dah berlaku ke masa kita kat sini?" tanya Johan. Muzaqir memejamkan matanya dan cuba mengawal pernafasannya. Dia cuba mengimbas kembali peristiwa lepas yang dia dan rakan-rakannya telah lakukan di hospital itu.
Malangnya, dia tidak dapat mengingatinya.
"Arghh! Kepala aku sakit!" jerit Muzaqir dalam nada kesakitan.
"Bertenang, Muz! Bukan kita datang tadi macam ada lima orang ke?" soal Johan lagi.
"Haahlah! Yang tu aku ingat! Mana Adam, Iman dengan Firdaus?" tanya Muzaqir pula, baru sahaja perasan akan ketiadaan rakannya.
"Kita kena cari diorang bertiga dan keluar dari tempat ni! Aku takkan tinggalkan diorang kat sini!" kata Johan.
"Tapi Johan.."
"Takde tapi-tapi. Kita yang bawak diorang pergi tempat berpuaka ni, jadi kitalah yang kena bertanggungjawab atas keselamatan diorang!" kata Johan yang memiliki sifat setiakawan.
Muzaqir menurut sahaja kehendak rakannya itu walaupun dia berasa gentar. Sejak tadi, jantungnya berdegup dengan pantas.
"Johan, kau rasa kat tempat ni, tak ada apa2 'kelibat' ke? Aku takut kang tiba-tiba muncul," ujar Muzaqir dengan rasa takut. Dia meneguk air liurnya dengan pantas.
"Kau kan sekarang dengan aku! Kau tu lelaki, kuatkan diri kau. Selagi Allah ada, kita takkan kena apa-apa yang memudaratkan. Ingat tu! Takde apa lagi berkuasa dari Dia," balas Johan dengan nada yakin dan percaya. Dia mengaku bahawa dia turut berasa gementar dan gentar namun dia memiliki iman yang kukuh.
Muzaqir memilih untuk mempercayai kata-kata kawannya itu. Benar, dia perlu menguatkan dirinya untuk menghadapi apa sahaja kejahatan dan terus berserah pada Dia yang Maha Menguasai.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki dari belakang mereka.
Tap... Tap... Tap.. Tap..
Bunyi itu semakin mendekati mereka berdua, Muzaqir pula menjadi panik.
"Sembunyi kat sini!" Johan memasuki loker yang berdekatan dan menguncinya. Muzaqir yang terbiar terperanjat.
"Woi, aku camne? Bagilah aku masuk," desak Muzaqir. Dia kelihatan sungguh takut.
"Sorok dekat dalam bilik sebelah tu! Cepatlah!" arah Johan. Muzaqir tiada pilihan lain lalu dia berlari masuk ke dalam bilik itu.
Dia mengunci tombol pintu dan duduk bersandar pada pintu bilik itu. Dia menadah tangan dan terus berdoa.
Langkah itu semakin dekat, bunyinya jelas kedengaran. Bunyinya seperti pemilik bunyi tapak kaki itu berada di hujung laluan itu.
Jantung Johan berdegup laju kerana dia berada di luar bilik. Dia cuma mampu berharap yang orang itu tidak akan menjumpainya. Dia berasa amat takut.
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri