Tempat pertama Dark_the_AnonymousMempersembahkan...
Aku Zed, angkasawan muda yang berlepas ke angkasa lepas beberapa hari lalu. Tak ramai orang muda yang dapat menyandang pekerjaan sepertiku. Aku ingatkan angkasa adalah tempat yang aman dan cantik. Tapi pemikiran cetek manusia telah menyalah tafsirkan angkasa lepas. Ianya bukanlah tempat yang menyeronokkan. Tapi lebih dari itu.
Aku dengan tiga angkasawan lain melakukan ekspedisi ke luar angkasa. Disebabkan aku masih muda, aku terasa ingin lebih mengenali sebuah dimensi misteri ini. Aku meninggalkan kumpulanku di bilik komunikasi. Aku melihat ke luar tingkap yang tebal dengan hati tenang. Memang indah pemandangan luar angkasa. Tak seperti di Bumi yang penuh dengan pencemaran.
Ketika aku asyik menikmati pemandangan, alat telekomunikasi aku berbunyi. Salah seorang angkasawan yang menyertai ekspedisi tersebut mengatakan yang ada objek tak dikenali mendekati kapal angkasa. Tapi yang peliknya ia bergerak maju dengan laju dan hilang apabila bertembung. Ini mungkin satu petanda buruk.
Aku yang mendengar tadi terus bergerak ke bilik komunikasi dengan segera. Aku dapat rasa sesuatu yang tak kena.
Belum sempat aku sampai, aku terlihat salah seorang dari kru aku dalam keadaan sadis di atas lantai. Ususnya terburai dan matanya seperti dicungkil. Bukan itu saja, isi perutnya bagai dikunyah lalu diludahkan semula. Aku tak mampu berdiri lama di situ dan terus ke bilik komunikasi.
Belum sempat aku membuka pintu sepenuhnya, aku dapat lihat kejadian yang terjadi di sebalik pintu tu. Suatu makhluk ganjil dengan kuku tajam merobek perut kru aku dengan rakus. Ia menikam kawanku dengan kukunya yang panjang lalu...
Zass...!
Segala organ seperti paru-paru, jantung, perut tersembul keluar bagai ludah. Darah terpercik ke seluruh bahagian bilik. Makhluk tersebut masih belum puas. Ia mencungkil mata kru ku lalu mengunyahnya ibarat pembuka selera sebelum mengunyahnya seperti daging yang liat. Malah peparu pun digigitnya dengan rakus sampai terlihat segala isi yang terdapat dalam peparu tu.
Aku tak tahan melihatnya. Aku terus meninggalkan bilik tu. Tapi aku terfikir, kalau dua ahli kumpulanku dah dirobek oleh makhluk tadi, kemana seorang lagi ahli ekspedisi ni?
Ketika aku berlari dari bilik tu, aku terserempak dengan seseorang. Seseorang yang aku cari. Ahli kumpulanku yang hilang. Ketika itu aku berasa sangat gembira. Sehinggalah sahabatku itu menunjukkan 'dirinya' yang sebenarnya.
Itulah kisahku, kisah seorang angkasawan muda. Kisah ini juga akan jadi episod terakhir dalam hidupku. 'Sahabatku' ini saat ini sedang mengunyah usus, peparu, dan hatiku. Rasanya inilah yang dikatakan 'kawan makan kawan '. Kalau salah pilih kawan, dia ataupun ia akan makan kau. Kalau dia mengkhianati kau, kau masih boleh hidup. Tapi kalau dia 'mengkhianati' kau macam aku, itu takdir. Satu lagi, jangan ingat yang semua kawan kau tu biasa, sebab mungkin dia masih belum menunjukkan 'bisanya' lagi. Hehehe...
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri