Misteri Tabung Darah

98 12 0
                                    

Tabung darahBoy-Otaku-Capricorn

Syaza merupakan seorang doktor pelatih di sebuah hospital lama. Pada suatu hari, Syaza ditugaskan untuk menguruskan tabung darah. Memandangkan tugas ini diambil buat kali pertama, Syaza tidak merasakan apa apa kesangsian.

Walaupun begitu, Syaza telah diarahkan untuk menyembunyikan tabung darah dengan kain putih sebelum tiba waktu senja atau sebelum jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pm.

6.58 pm
"Hmmm.. Rasanya aku dah boleh tutup tabung darah tu sekarang..." bisik hati Syaza.

Gruu..

"Alamak!! Time ni lah kau nak buat hal! Ah! Salah aku juga sebab makan banyak sangat tadi!"

"Tapi, tabung darah ni belum tu...'

Gruu~

" Ah! Yalah! Aku tahulah! Bising pula perut ni! Aduh! Tak sempat nak tutup! Tak apa kot... Bukannya ada orang nak curi pun!"

Disebabkan perutnya yang meragam, Syaza tidak dapat melaksanakan arahan yg diberikan sebaliknya Syaza membiarkan saja tabung darah berada di tempatnya dalam keadaan terbuka dan tidak dijaga.

7.05 pm

"Fuh! Berbaloi!" Kata Syaza sendirian. "Huh?!!" Betapa terkejutnya Syaza, setelah melihat tabung darah yg ditinggalkannya tadi kosong, licin, bersih tanpa setitis pun darah!

Sejurus selepas melihat perkara tersebut, Syaza terus melaporkan hal tersebut pada kakitangan terdekat.

"Hah?!! Darah hilang?? Kenapa kau tak tutup semua tabung darah tu sebelum senja tadi??!" Bebel salah seorang kakitangan yang dijumpai oleh syaza. Nasibnya malang kerana kakitangan yang dijumpainya itu seorang yg tegas dan garang.

"Saya...saya minta maaf! Saya tak sengaja! Tadi saya..." Belum sempat Syaza menghabiskan kata-katanya itu, dia telah dipotong dengan bebelan kakitangan tersebut.

"Lembab! Tau tak berapa banyak darah yang kita dah rugi? Dah la harini ramai penderma! Kenapa susah sangat kau nak ikut cakap orang? Kerja ni kena teliti tau tak?? Orang yang cuai cam kau ni tak layak nak kerja kat sini!!"

Disebabkan oleh kecuaiannya itu, Syaza telah ditugaskan ke bahagian lain. Namun, Syaza tidak berluas hati. Sikap ingin tahunya yang tinggi membuatkan dia ingin menangkap si pencuri darah tersebut. Rasa gerun tidak menghalangnya memandangkan dia sendiri tidak percaya dengan kewujudan makhluk ghaib.

"Ish! Aku kena tangkap pencuri tu!!" bentak hati Syaza.

Keesokan harinya, 6.59 pm.

"Dah nak pukul 7.00 pm. Aku kena menyorok cepat!" Bisik hati Syaza lalu terus bersembunyi di belakang katil pesakit. Satu tabung darah dibiarkan dalam keadaan terbuka sebagai umpan untuk menangkap si pencuri

7.00 pm

Pang!!

Lampu terpadam. Hospital menjadi sunyi. Tiada seorang pun yang berada di situ pada waktu begini menyebabkan suasana menjadi sunyi sepi. Namun, dalam kesepian itu, munculnya satu bunyi...

Bunyi yang dihasilkan terlalu aneh dan ganjil. Begitu juga dengan rupa makhluk yg muncul ketika itu.

"Hah?? Apa benda tu??" kata hati Syaza. Setelah melihat makhluk itu, Syaza berasa menyesal kerana melakukan tugas ini sendirian.

Makhluk itu berjalan secara merangkak. Mendekati tabung darah. Lidahnya yang panjang mula menjilat tabung darah tersebut dari luar bekasnya namun entah bagaimana, darah yg berada di dalamnya terus berkurangan dan menghilang walaupun ianya tidak dibuka.

Dalam ketakutan itu, Syaza tidak sengaja membuat bunyi. Disebabkan hal itu, Syaza telah pun menarik perhatian makhluk tersebut.

Darah...
Darah...

Mahkluk itu terus merangkak dengan lajunya untuk mendapatkan Syaza. Pergerakan Syaza terbatas kerana perasaan takut dan cemasnya yang meninggi.

Mahkluk itu mendekati Syaza... Menunjukkan mukanya yang aneh. Ia mempunyai mata tapi tiada. Berlidah panjang dengan warna yang sepekat darah. Mempunyai rambut yang hanya tinggal helaian halus. Badan yang tidak berkulit. Berbau darah dan mayat lama serta mempunyai perut yang terdedah organnya, dengan usus perut yang terjuntai keluar.

Darah...
Darah...
Kat sini ada lagi...

Mahkluk itu tersenyum lebar. Dan kewujudan Syaza tidak lagi disedari sejak hari itu...

TAMAT

Scary Challenge Where stories live. Discover now