Aku masih menunggu,menunggu di tepi jalan. Menunggu siapa? Menunggu kehadiran seseorang untuk melepaskan kepuasan aku. Aku ternampak cahaya yang membuatkan aku mengalihkan tanganku ke mata. Sah ada kereta lalu. Aku melambai-lambaikan tanganku. Dan akhirnya,dia berhenti juga dan terus mengeluarkan kepalanya dari tingkap.
"Cik nak pergi mana sorang-sorang malam ni?" Dia mengerutkan kening disebelah kirinya. Aku pun tersenyum.
"Abanggg..saya nak kena pergi dekat hujung sana, tapi jauhlah pula. Abang boleh hantar,kan?" Dia tersenyum.
"Hah..kalau macam tu,mehlah abang tumpangkan sampai hujung sana.Abang pun nak kesana."
"Betul ke tak susahkan abang?" Aku memegang kedua-dua tangan aku sambil menunduk ke bawah.
"Eh betul..tu beg tu,meh abang angkat bawak masuk" pemuda itu terus keluar dari keretanya dan mengambil beg aku lalu diletakkan di dalam bonet. Kemudian,dia membuka pintu yang berada disebelah pemandu. Aku pun terus masuk tanpa segan silu.
Sampai di pertengahan jalan, dia bertanya kepada aku.
"Rumah cik dekat mana? Abang tahu kat dalam ni ada hutan aja" dialek dia berbeza. Suka hati akulah dia orang mana pun,asalkan aku dapat apa yang aku nak.
"Oh, ada rumahlah bang..nama abang siapa?" Aku pun mula bertanya.
"Oh nama cheq Zai..urm takpelah,nama abang panjang sangat.Jadi panggil abang Z je" aku pun hanya mengganguk.
"Nama cik siapa pulok?"
"Nama saya Jamilah" dia tersenyum melihat aku dari atas sampai bawah.
"Nama tak kenal muko haha.." dia tergelak.
"Kenapa? Nama cheq tak sedap ke?" Dia terdiam.
"Sedap..tapi cik adik ni pakai skirt macam ore mudo, nama oldschool tapi sedaplah hehe" aku hanya mengganguk.
"Ni jalan mana satu nak masuk?" Dia mula bertanya. Aku menunjukkan jari telunjuk aku ke kiri.
"Hah dah sampai dah..terima kasih ya bang" lelaki itu memandang kaki aku semula.
"Sama-sama.."
"Abang Z..tak nak masuk dulu ke?" Muka dia ni macam minta penampar pun ada.
"Eh takpodeh..malu abang,mak bapak adik cakap macam-macam dekat abang nanti" kalau kau tak nak, aku paksa jugak.
Aku memegang-megang badannya. "Ala abang..mak bapak saya dekat kuala lumpur" kemudian dia terasa geli tapi muka dia tu..nak je aku toreh-toreh.
"Betul ke takpe ni?" Aku membulatkan mata aku sambil tersenyum. "Tak apalah abang..kalau abang Z tak nak,tak apalah" kemudian aku membuat muka sedih.
"Eih..siapa kata tak nak" kemudian dia membuka tali pinggang keledarnya. Aku pun apa lagi,keluarlah bukak pintu bagi tetamu istimewa nak masukkan. Aku tergelak jahat dalam hati.
"Abang..abang Z letak je beg saya dekat sofa tu" dia pun hanya mengganguk lalu duduk diatas sofa.
"Abang,saya buatkan teh dulu ya" aku mula berjalan memasuki ruang dapur. Aku membuka satu kabinet yang dipenuhi dengan..dipenuhi dengan ubat tidur.Semestinyalah aku nak tidurkan dia dahulu. Aku rasa tak puas biarkan dia macam tu saja. Baik aku guna cara lain.
"Abang..nah,teh yang disediakan hanya untuk abang sorangggg sahaja" aku sahaja menekankan perkataan sorang(seorang). Biarlah nampak gedik sikit kan.
"Oh terima kasih dik" dia mula menghirup secawan teh itu.
"Uishh..sedapnya,boleh buat bakal bini ni" aku tergelak sambil memukul dadanya dengan perlahan.
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri