Dark_Hackerz
Okay, here we go!Lampu sudah lama dipadamkan. Tapi kenapa aku langsung tak boleh melelapkan mata. Seingatku aku taklah tidur lama sangat tengah hari tadi. 1 jam lebih saja.
Aku kini berbaring atas katil dalam bilik pesakit di hospital. Kaki aku patah dalam kemalangan, jadi aku terpaksa duduk di hospital selama seminggu. Abangku yang menemaniku tadi sudah tertidur atas kerusi di sebelahku. Aku memandang tingkap yang dah ditutupi dengan langsir.
"Kenapa mata tak boleh lelap ni?! "kata aku dalam hati. Aku terus pandang ke luar tingkap.
"Apa benda tu? "detik hatiku bila aku terlihat ada bayangan pada tingkap tersebut.
Terdapat bayangan manusia pada tingkap tu! Dia dilihat sedang mengetuk cermin tingkap! Yang lebih mengerikan yang dia tidak berkepala!!! Aku yang mula menggelabah terus bersembunyi dalam selimut.
"Serius ke ni?!! "kata aku dalam hati.
Ketika aku menyorok dalam selimut, aku terdengar pintu bilik sakit seperti perlahan² terbuka. Aku memberanikan diri untuk melihat. Aku mengintai sedikit.
Sah! Memang sah! Ianya tak berkepala! Ia berada di hadapan katil aku sekarang! Leher berlumuran darah dan memakai baju pesakit! Aku sudah tidak keruan! Aku cuba menutup mata sambil membaca ayat-ayat yang aku hafal. Aku terus berbuat begitu hingga tertidur.
Abangku mengejutkan aku ketika tiba waktu subuh. Aku pun bangun dengan perlahan². Tempat lembaga malam itu dah tiada. Tapi entah kenapa aku rasa semacam saja. Mungkin kerana pada tingkap tersebut terdapat tompokan darah seperti diketuk oleh tangan yang penuh darah...
Muehehehe
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri