HoTeLz 2

61 8 0
                                    


*Bab 4*

Pada jam 2 pagi, Keth pergi ke tingkat 4 di mana tempat yang ditunjukkan di dalam peta. Tiba sahaja dia di tempat itu, dia melihat Johny dan Robert sedang mencari sesuatu di tempat tersebut.

"Apa korang buat kat sini?"Keth berasa hairan kerana dia tidak mengajak mereka.
"Oh.. saja. Bosanlah duduk dalam bilik je."Robert mengusap lembut belakang lehernya.
"Eleh dia tipu, actually dia risaukan kau sebab.."Robert menumbuk belakang Johny.
"Baik kau diam.. sebelum muka kau, aku pecahkan."Johny terbatuk kecil dan diiringi dengan tertawa kecil. Keth mengeluh.

Keth tidak mengendahkan mereka, dia mencari lif rahsia yang ditunjukkan di dalam peta. Sepanjang malam, mereka bertiga mencari lif itu tetapi tidak ditemui. Mereka pulang ke bilik masing-masing apabila jam telah menunjukkan pada Jam 7 pagi. Keth menghempaskan badannya di atas katil. Dia merenung ke atas. Keth mengimbas kembali ketika dia ditinggalkan oleh rakan-rakannya yang lain sendirian, dia kembali ke biliknya. Alangkah terkejutnya, bilik air itu bersih seperti mereka tiba. Malah, mayat Tobby turut hilang. Keth memejamkan matanya. Lama kelamaan dia tertidur.

Æ

Tuk!Tuk!Tuk!Tuk!
Kedengaran pintu bilik diketuk berulang kali tanpa henti. Johny membuka matanya dan mengelip mata buat beberapa kali. Keth duduk sementara dan kemudian mengeliat. Johny menuju ke pintu bilik lalu membuka pintu tersebut. Tiba-tiba, satu hayunan kapak besar menghinggap leher Johny. Johny hendak bersuara tetapi gagal kerana kerongkongnya suda terbelah. Banyak darah terpercik di ruangan pintu. Buat beberapa saat, Johny jatuh terbaring ke atas lantai. Orang yang menghayunkan kapak itu mengheret Johny keluar entah ke mana.

Æ

Keth telah menunggu di Lobi hampir setengah jam. Manalah diorang ni.. Lambatnya.. Tidak lama kemudian, Robert tiba dengan muka murung. Keth mengerutkan dahinya kehairanan melihat sikap Robert itu. Robert duduk di sebelah Keth.

"Kau okay tak?"Keth cuba mengambil berat tentang Robert walaupun dia tidak pernah ambil berat tentangnya.
"Johny.. Dia.."Badan Robert menggigil.
"Kenapa dengan Johny? Dia dah mati ke?"Keth mula cemas.
"Johny.. Dia larikan diri! Tak guna! Dia dah janji dengan aku nak belanja aku makan! Johny!!"Keth memgeluh.
"Asal kau mengeluh?"Robert keliru.
"Tak da apa. Aku ingat Johny dah mati."Keth mengurut kepalanya menggunakan tangan kirinya.
"Hehehe."Robert tertawa kecil.
"So mana Johny?"Keth dan Robert bertanya serentak.
"Ehh aku ingat Johny dah turun. So bukan dia adq dengan kau ke?"Robert memusingkan badannya menghadap Keth.
"Sejak bila dia turun? aku dah tunggu kat sini nak setengah jam kau tahu. Sepatutnya Johny dengan kau, kan? Korangkan satu bilik.."Keth turut menghadapkan badannya ke arah Robert.
"Tapi.. time aku bangun, dia dah tak ada."Mereka berdua berfikir sejenak.
"Argghh!! aku tak nak fikir! Jom pergi makan, kau belanja."Robert bangun lalu meninggalkan Keth di belakang.
"Ehh? aku pulak yang belanja. Banyak cantik muka kau."Keth mengejar Robert.
"Dah Johny tak ada, kau lah belanja aku. Siapa lagi? Tobby dah tak ada."Robert menyelup kedua tangannya ke dalam poket seluar. Keth mengeluh.

*Bab 5*

Pada jam 1.30 pagi, Keth pergi ke tempat semalam mereka bertiga pergi tetapi pada kali ini dia pergi seorang diri. Selepas makan dengan Robert petang tadi, Keth terus masuk ke dalam bilik sambung siasatannya. Pada mulanya, dia menyiasat tentang kehilangan Tobby. Kemudian, dia menyiasat tentang kehilangan Johny. Keth berasa hairan, macam-macam analisis yang dia telah buat dan akhirnya, Keth membuat kesimpulan bahawa semua ini berkaitan dengan tempat tersebut.

Pada malam itu, Jam 12.45 pagi, Keth masuk ke dalam bilik Johny dan Robert secara senyap-senyap. Dia menyiasat bilik itu untuk mencari petunjuk. Selesai sahaja Keth membuat siasatan, dia hendak keluar dari bilik. Sebelum Keth keluar, dia terjumpa kepingan kertas bersaiz sederhana. Keth membuka lipatan kertas itu, dia melihat itu adalah petunjuk untuk naik lif rahsia dan masuk ke tingkat lagi satu. Dan itu merupakan lakaran Johny.

Johny, jangan-jangan.. selepas kita orang masuk bilik, kau keluar balik. Then, kau cari lif tu! Johny.. kenapa.. kenapa kau buat tu sendirian?

Tanpa membuang masa, Keth pergi ke tempat tu, dia telah menjumpai lif tersebut. Tiba sahaja di tingkat atas, Keth terkejut mekihat Robert ada di tingkat itu.

"Kau.. kau buat apa kat sini?"Keth mengelip matanya buat beberapa kali.
"Oh, Keth! Hahaha, aku boring.."Robert tersenyum.
"W..wait.. macam mana kau tahu tempat ni?"Keth mengerutkan dahinya.
"Mestilah aku tahu, masa kau dah naik lif tu, Johny ajak aku patah balik nak cari lif tu. Dia rasa excited sangat."Mukut Keth terbuka luas.
"Tutup mulut kau, nanti lalat masuk. Tengok ni."Keth melihat apa yang ditunjukkan oleh Robert.
"Ni.. Ni.."Keth benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya.
"Hmm.. ni semua kepala orang yang hilang tu. Tengok dalam gambar orang hilang, ada muka diorang tapi banyaknya tak dapat nak kesan sebab mukanya dah lunyai."Mereka berdua meneroka tempat itu dan dalam masa yang sama mencari mayat Toby dan Johny.

Ketika mereka sedang meneroka, kedengaran lif naik ke tingkat ini. Keth terus sembunyi tetapi Robert tidak. Roberth tersengih lalu menuju ke arah lif tu. Keth kedengaran suara Robert berbual dengan orang yang naik ke tingkat atas.

"Johny!"Keth berasa hairan. Mustahil itu Johny.
"Johny? Siapa Johny? Macam mana kau ada kat atas ni?"Dengar suara bengis seperti suara seorang lelaki.
"Hehehe, sorry. Ingat kau Johny tadi."Keth mengeluh.
"Macam mana kau ada kat atas ni?"Nada suara orang itu ditinggikan.
"Entahlah.. Ak.."Keth melihat percikan darah di depannya.

Keth mula berasa cemas. Robert telah dibunuh. Siapakah orang itu? Kenapa dia buat semua ni? Kedengara tapak kaki seseorang sedang berjalan dengan perlahan-lahan. Keth berada di dalam sebuah kotak kosong bersebelahahan dengan sebuah almari. Keth terlalu cemas, dia bergerak-gerak sehingga kotak itu terlanggar almari dan membuatkan sesuatu jatuh dari almari itu. Keth terkaku.

*Bab 6*

Ketika ini, Keth hanya dapat mendengar nafas dan degupan jantungnya. Orang itu berjalan perlahan-lahan yang semakin lama semakin hampir dengan tempat Keth bersembunyi. Tiba-tiba kedengaran satu hentakan di alamari sebelahnya. Pintu almari itu dibuka, kemudian ditutup kembali. Orang itu mendengus. Apabila Keth mendengar orang itu sudah beredar, dia mengintai keluar. Keth melihat, orang itu masih lagi diluar. Keth terkejut kerana wajah yang dilihat adalah Johny. Pada mulanya, Keth menyangka itu Johny tetapi setelah melihat orang itu menanggalkan topeng itu, terbukti orang itu bukan Johny. Malah, dia seorang wanita yang amat dikenalinya.

Keth lari keluar dari tempat itu setelah wanita itu telah turun ke tingkat bawah. Buat beberapa minit, Keth pula turun ke bawah. Keth berlari ke biliknya dan mengemas semua peralatannya.

Aku mesti kena keluar dari sini.. Aku mesti kena keluar dari sini.. Perempuan tu.. dia.. xmungkin dia! Dia dah mati 3 tahun yang lalu! Perempuan tu gila! Aku mesti kena keluar dari sini.. Aku kena bagitahu satu pulau ni, kalau tak diorang semua akan mati!

Setelah selesai Keth mengemas, dia lari terus keluar dari biliknya. Keth tidak menggunakan lif kerana hendak menunggu lif itu turun ke tingkatnya mengambil masa. Maka, Keth menggunakan tangga kecemasan. Keth terus berlari ke arah pintu Utama. Alangkah terkejutnya, Hotel ini seperti tidak berpenghuni. Tak ada orang! Keth memulas-mulas tombol pintu itu tetapi ianya berkunci. Ketika dia sedang berupaya hendak membuka pintu itu, sesuatu batu besar jatuh ke atasnya.

Ada seseorang datang menghampiri mayat Keth yang telah hancur. Dia seorang wanita. Wanita itu tersenyum sinis. Sesiapa yang dah jejakkan kakinya ke pulau ni, tak ada siapa dapat melangkah keluar dari pulau ni. Wanita itu tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya. Malah terdapat banyak darah mengalir keluar dari mulutnya. Ada jugak darah mengalir dari matanya.

Panjang sangat ̄︿ ̄
Takpe lah, asalkan best.. Terima kasih atas usahah untuk menyiapkan walaupun terpaksa juga bertempur untuk big exam kau. Tahniah!! 👏

Scary Challenge Where stories live. Discover now