HoTeLz

67 7 0
                                    


Pemenang tempat pertama.. Aka juara..

KeizukyKhai

Memandangkan ceritanya panjang, saya terpaksa buat dua chapter..

*Bab 1*

krakk... krukk... krakk.. krukk..
Kedengaran tapak kaki seseorang sedang berjalan dengan perlahan-lahan. Suasana di sini sangat gelap, lantai berkayu, terdapat percikan darah di dinding, ia dapat dilihat apabila disuluh dan terdapat juga beberapa kepala tergantung tanpa badan dengan darah yang menitis ke lantai.

Gedebuk!
Seseorang yang sedang berjalan sebentar tadi berhenti seketika apabila mendengar sesuatu terjatuh dengan memegang sebuah kapak yang besar. Dia memandang arah barang yang terjatuh itu iaitu sebuah baldi kayu. Orang itu pun berjalan dengan perlahan-lahan ke arah itu. Terdapat sebuah almari berdekatan dengan baldi itu. Tiba sahaja di baldi kayu, orang itu menghayunkan kapaknya ke arah almari tersebut. Kapak itu menembusi almari sehingga tersentuh dinding. Mengalir darah keluar dari almari. Orang itu pun membuka almari dan dia melihat darah itu merupakan darah manusia yang telah dibunuh. Orang itu menutup kembali almari itu.

Æ

Pada hari ini, Johny, Keth, Tobby dan Robert pergi bercuti di sebuah pulau yang sangat cantik dan indah. Ramai pelancong datang bercuti di pulau ini. Nama pulau ini ialah Amazon Island. Malah, kedengaran khabar angin tentang beberapa pelancong telah hilang di pulau ini. Mereka berempat bukan sekadar datang untuk bercuti tetapi mereka juga datang untuk menyiasat tentang misteri kelihangan pelancong di pulau ini.

Keth membawa rakan-rakannya pergi ke hotel yang telah ditempahnya. Hotel itu berada di tengah-tengah pulau Amazon. Hotel itu kelihatan seperti sebuah hotel yang lama tetapi bentuk dalam hotelnya begitu cantik. Ia tampak seperti hotel lima bintang. Sungguh mewah.

Keth pergi daftar masuk hotel sementara rakan-rakannya yang lain mengangkat barang di dalam kereta ke Lobi. Dia telah mengangkat terlebih dahulu barangnya sebelum rakan-rakan yang lain kerana barang dia tidak banyak. Hanya sekadar sebuah beg bagasi sahaja. Selesai sahaja membuat pendaftaran, Keth memberi satu kunci bilik kepada Johny. Johny berkongsi bilik dengan Robert. Manakala, Keth berkongsi bilik dengan Tobby. Keth memang sengaja hendak berkongsi bilik dengan Tobby kerana dia seorang pendiam tidak seperti Johny dan Robert yang terlalu suka mengganggu Keth membuat kerjanya.

Bilik Johny dan Robert berada di tingkat atas sekali iaitu tingkat 4 nombor A13AA30, manakala bilik Keth dan Tobby berada di tingkat 2 nombor A11AA30. Keth berasa hairan kerana terdapat banyak bilik kosong di tingkat 2, tetapi mereka diasingkan. Keth tidak mengendahkan, dia menganggap ada orang lain telah menempah bilik-bilik tersebut. Tiba sahaja di biliknya, Keth membuka pintu dengan kunci yang telah diberikan oleh pekerja hotel. Tanpa membuang masa, Keth meletakkan begnya di atas katil lalu mengeluarkan semua peralatan yang ada di dalam beg bagasinya dan meletakkan di atas meja yang berada di antara televisyen dan sofa.

Di dalam beg bagasinya cuma ada peralatannya untuk membuat kajiannya sendiri. Tiada pakaian yang dalam beg bagaasinya kerana dia sentiasa memakai yang sama atau meminjam daripada rakannya yang lain. Katil berada di belakang sofa. Pada hujung bilik iaitu sebelah kanan katil yang bersaiz Queen terdapat kolam air panas yang boleh muat seramai 4 orang. Keth duduk di sofa melayan komputer ribanya. Manakala Tobby pula menuju ke bilik air yang berada berdekatan dengan pintu masuk.

*Bab 2*

TikTok.. TikTok.. TikTok..
Hanya kedengaran bunyi jam di dalam bilik ini. Robert dan Johny berpandangan antara satu sama lain di atas katil dalam keadaan duduk bersila. Ada seketika Robert tersenyum sinis dan ada juga seketika Johny tersenyum sinis. Tiba-tiba Johny terkelip mata.

"Ha! Kau kalah!"Jerit Robert.
"Oh, Man! Kenapalah asik aku je yang kalah."Johny mendengus dan menahan tangannya ke belakang.
"Well, biasalah. Aku juara. Macam biasa belanja aku makan esok."Robert mengangkat kening kirinya.

Robert bangkit dari katil lalu menuju ke meja mencapai alat kawalan jauh televisyen. Kemudian, duduk di atas sofa dan menonton televisyen.

"Eleh.. Poyo ar kau! Macamlah aku tak pernah menang."Johny menuju ke dapur mencapai jag air dan menuang air ke dalam cawan lalu menegur air itu.
"Memang kau tak pernah menang pun."Robert menukar-nukar siaran di televisyen.
"Ehh.. ehh.. sedap je mulut kau. Aku jolok cawan ni dalam mulut kau baru tahu."Johny meletakkan cawan ke dalam singki lalu duduk di atas sofa bersebelahan dengan Robert.
"Jolok ar.. kisah pulak aku. Sekarang ni, aku yang menang. Esok kau kena belanja. Jangan lupa, nanti mulut kau jolok. Bukan dengan cawan tapi dengan tangan aku ni."Robert menunjuk penumbuknya ke muka Johny.
"Baiklah.."Johny akur.
"Btw, apa yang kau tengah tengok ni. Dari tadi tukar siaran je."Johny mengerutkan dahinya.
"Hmm.. Entahlah, tak ada apa yang bes. Aku tukar sebab, manalah tahu tiba-tiba ada yang bes. Macam.."Robert memandang Johny dan mengangat kening kirinya beberapa kali. Johny mengeluh.
"Itu jelah kau fikir. Tak ada benda lain ke?"Johny bangkit lalu menghempaskan badannya di atas katil.
"Well, hidup ni sekali, bro. Apa salahnya aku have fun. Macam kau tak have fun."Robert masih menukar siaran di televisyen.
"At least, aku tak macam kau. Kau tu hari-hari nak have fun. Ada apa je kat perempuan, baik main game atau meneroka ke.. baru have fun. Ini tak.. 24 jam perempuan je kau ni."Johny baring mengiring menghadap keluar jendela.

Robert tidak menjawab. Robert mematikan televisyen lalu menuju ke bilik air. Kedengaran air pancut terbuka. Johny hanya memandang keluar. Dia berasa mengantuk. Johny duduk sementara lalu dia melompat-lompat di atas katilnya untuk menghilangkan rasa ngantuknya. Kemudian, dia menjerit dengan sekuat hatinya.

*Bab 3*

Keth telah menaip buat sekian lamanya di dalam bilik. Dia berhenti seketika kerana sudah letih. Apabila dia melihat ke luar, petang telah berganti malam. Keth mengeliat sedikit lalu menuju ke dapur. Ketika Keth sedang menguk air, dia tersedar bahawa Tobby masih lagi tidak keluar dari bilik air. Keth berasa hairan.

Keth meletakkan cawan yang dipegang ke atas kabinet. Dia menuju ke bilik air. Keth cuba memulas pintu bilik air dan dia terkejut kerana pintu bilik air itu tidak berkunci. Keth membuka pintu bilik air itu lalu dia jatuh terduduk. Mata Keth terbeliak dan seluruh badannya menggigil.

Æ

Keth duduk di sofa lobi. Dia mentup mulut dan hidungnya menggunakan kedua telapak tangannya. Kaki kanannya menggeletar. Johny dan Robert yang baru sahaja tiba berasa hairan dengan kelakuan Keth kerana biasanya dia kelihatan tenang tetapi sekarang dia kelihatan gelisah. Johny sapa Keth.

"Bro, kau okay tak?"Johny duduk di sebelah Keth. Keth menenangkan dirinya dengan menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan buat beberapa kali.
"Macam ni.. aku bagitahu korang jangan terkejut."Keth memandang Johny. Kemudian, memandang Robert.
"Apa dia? Bagitahu jelah.. jangan jangan.."Robert mengangkat kening kirinya.
"Jangan-jangan apa?"Johny memandang pelik ke arah Robert.
"Jangan-jangan ada ramai perempuan dari pulau ni datang hotel kita nak berparty kan? Oh My God! Excitednya aku!"Robert berasa teruja.
"Bukanlah!"Keth meninggikan suara buat pertama kalinya.
"Emm.. dah tu?"Robert yang teruja terdiam.
"Tob.. Tobby.. dia.."Keth tergagap.
"Haah, baru aku perasan.. Tobby tak ada. Ehh, bukan dia dengan kau ke?"tanya Robert.
"Haahlah kan. Mana Tobby?"Johny memandang Keth dengan pandangan ingin tahu.
"Tobby.. Tobby.. Dia dah mati."Johny dan Robert terkejut. Kemudian, mereka memandang antara satu sama lain lalu tertawa besar.
"Keth! sejak bila kau pandai bergurau ni?"Johny dan Robert masih tertawa.
"Aku tak berguraulah! Tobby dah mati! Dia bunuh.. dia bunuh diri dengan gantung diri dia sendiri!"Kali ini, Johny dan Robert tidak bersuara.
"Tapi kenapa?"Keth mengeluar sekeping kertas dan menghulurkan kepada Johny.
"Apa benda ni? Macam peta je."Robert duduk di sebelah Johny dan melihat kepingan kertas itu.
"Itu peta kat tingkat 4. Dia macam nak bagitahu ada pintu.. bukan lif rahsia untuk naik ketingkat atas."Mereka berdua memandang Keth dan kemudian memandang antara satu sama lain.
"Aku tak nak masuk campur."Robert berdiri dan mengangkat tangannya seperti menyerah diri.
"Ishh apa kau ni.. Ni barulah bes. Jom ar kita teroka. Mana tahu ada tempat rahsia."Johny berasa teruja. Dia memandang kedua-dua rakannya.
"Aku dah cakap, aku tak nak masuk campur.."Robert meninggalkan mereka.
"So, Keth?"Keth tidak menjawab. Johny mengeluh lalu meninggalkan Keth bersendirian. Keth hanya duduk di sofa lobi seorang diri.

Scary Challenge Where stories live. Discover now