Creepy Hotel 2

57 6 3
                                    

Pemenang tempat kedua..

Red_Zuan

Hari ini hari yang ku tunggu. Cuti yang aku idamkan. Aku takkan siakan cuti ini lalu aku mengambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Pangkin.

Setelah perjalanan yang mengambil masa hampir lima jam, akhirnya aku sampai je destinasi. Hari sudah larut malam. Aku hanya nampak cahaya daripada hotel yang berdekatan. Aku masuk ke dalam perkarangan hotel dengan mataku liar memandang setiap ceruk hotel itu.

Sunyi. Itu sahaja yang dapat ku gambarkan. Mungkin disebabkan sudah larut malam, jadi kemungkinan semua penghuni sedang melalui mimpi indah mereka.

Aku terus ke kaunter. Lega aku apabila masih ada yang menjaga kaunter itu walaupun dia seorang. Aku mendekati lelaki itu sambil menanyakan bilik kosong. Dia tidak menanyakan apa-apa dan berdiam sambil tersenyum lalu terus menghulurkan kunci bilik. Aku rasa seram-sejuk dengan kelakuannya yang aku rasakan pelik. Matanya langsung tak berkelip memandangku. Aku mula merasakan kemungkinan dia ini 'kunyit' kerana pandangannya tak putus dariku sehingga aku menuju ke lif. Tingkahnya juga kelihatan lembut seakan perempuan. Tapi aku menolak sangkaan itu ke tepi dengan memikirkan kemungkinan dia ingin memastikan tetamunya sampai ke bilik yang dimaksudkan.

Aku melihat nombor di kunci yang berada di tanganku sambil lif terus bergerak ke atas. Bilik 103. Aku menepuk dahiku sendiri. Lupa pula aku mahu menanyakan tingkat yang ke berapa. Aku turun balik ke tingkat bawah.

Alangkah terkejutnya aku apabila tiba-tiba sahaja lelaki penjaga kaunter itu tiba-tiba berada betul-betul di hadapan lif.

"Eh!.. Hush semangat... Terkejut saya.." ucapku sambil memegang dada. Lelaki itu terus masuk ke dalam lif tanpa berkata apa-apa dan menekan tingkat 3.

"Erkk... Saya tak tahu bilik ni tingkat berapa..." ucapku. Namun lelaki itu tidak membalas apa-apa dan hanya berdiam diri. Aku mula rasa seram dengan tingkahnya yang senyap terutamanya dah malam macam dan hanya ditemani dengan lampu yang agak malap.

Akhirnya lif berhenti di tingkat tiga. Dia keluar dan seakan menungguku untuk mengikutinya sambil membawa beg pakaianku. Barulah aku faham, dia mungkin mahu menunjukkan bilik yang aku tanyakan. Aku mengikutinya menuju ke bilik yang paling hujung di tingkat itu.

Setibanya di bilik itu, dia menghulurkan tangannya seakan meminta sesuatu. Aku blur. Aku menunjukkan muka keliru.

'Takkan duit kot... Mungkin sebab tadi aku tak bayar lagi..' fikirku sendirian.

"Berapa? Kenapa tadi tak minta terus.?" soalku pelik. Dia mengeluarkan kertas seakan promosi dan menghulurkan padaku.

"Promosi hebat! Bilik percuma selama tiga hari di Hotel Hang Debat! Tarikh 2/5 - 4/5 ini."

Baru aku faham. Hari ini 2/5 jadi aku masih ada dua hari untuk menikmati bilik percuma ini.

"Ouhhh~" ucapku faham. Namun aku blur kembali apa yang dia inginkan selain bayaran.

"Jadi apa yang awak nak ni?" soalku. Dia membuat isyarat tangan seolah kunci. Aku membuat mulut bersuara 'o' lagi menandakan bahawa aku faham lalu menghulurkan kunci yang ku pegang. Haih, lembabnya aku ni.

Dia membuka kunci di pintu bilik itu. Angin terus menderu meniup mukaku. Aku rasa seram lagi. Aku memasuki bilik itu mengikuti lelaki yang mengangkat begku. Dia hanya senyap dari tadi dan hanya menunjukkan isyarat tangan lalu membuka lampu. Kemungkinan bisu. Aku melihat tingkap. Patutlah angin kuat tadi, rupanya tingkap tak tertutup malah betul-betul menghadap pantai. Lelaki itu menutup tingkap dan memandangku seakan menunggu sesuatu. Kali ini aku menangkap apa yang dia maksudkan.

Scary Challenge Where stories live. Discover now