"hahahaahah" Ara berlari laju sambil memandang ke belakang mengejek abangnya yang lambat mengejarnya.
"Ara, hati-hati!! Nanti jatuh!!" Fiq menjerit kuat apabila melihat adiknya berlari tak ingat dunia.
"Ara, depan tu tangga Ara!!! Ara!! BERHENTI!!!"
~~~~~~Seorang doktor perempuan berjalan meninggalkan katil yang dikelilingi ahli keluarga Ara. Fiq melihat kaki adiknya dengan riak bersalah. Ye, dia memang rasa bersalah sangat ketika ini. Jika dia menjaga adiknya betul-betul, perkara ini boleh dielakkan.
"Abang.. Abang sedih ke? Alaa bukan salah abang.. Ara yang degil taknak dengar cakap abang" Ara memegang tangan Fiq sambil membuat muka comel. Fiq tersenyum kecil. Lega sedikit hatinya melihat senyuman adiknya yang sentiasa riang.
"Malam-malam tak takut ke tidur sini?" Fiq menukar soalan.
"Tak. Sebab Ara ada kawan. Nama dia Lya. Dia sangat baik. Dia comel dan sangat sukakan Ara" Ara tergelak suka bila menyebut nama kawan barunya itu. Fiq sekadar tersengih.
"Tak pelah. Malam ni biar abang pulak jaga Ara. Abang pun nak jumpa dia juga" Fiq menghabiskan perbualan mereka dengan menyuruh adiknya berehat.
~~~~~~
Fiq membasuh tangannya di sinki tandas. Dia menunggu Ara yang membuang air kecil di dalam tandas. Dia sempat mengerling jam yang terdapat dalam tandas tersebut.
2.45 a.m
'Lamanya Ara ni... Diam je dalam tandas tu' Hatinya berbisik. Tiba-tiba seketul guli jatuh dari sinki dan terus bergolek masuk dalam lubang aliran air berdekatan. Fiq sedikit terkejut dan tertanya-tanya dari mana datangnya guli tersebut.
"Abang, tolong ambilkan guli tu boleh?" seorang budak perempuan tiba-tiba muncul belakang Fiq menyebabkan Fiq sedikit terkejut.
"Ermm.. Ok" Fiq perlahan-lahan bangun memasukkan tangannya ke dalam lubang tersebut. Semakin lama semakin dalam. 'Eh, mana gulinya?' Kalau macam ni, memang tak boleh lah nak ambil.
"Maaflah dik, guli tu dah jauh. Tak boleh ambik dah" Fiq menoleh ke kiri melihat budak perempuan itu. Namun riaksi mukanya biasa dan hanya terus merenung ke dalam anak ata Fiq. Fiq tersentak.
Tiba-tiba Fiq merasakan ssakan ada daya tarikan yang kuat dari arah hadapannya. Dia tergamam apabila melihat lubang tadi semakin membesar dan menarik semua benda berdekatannya masuk ke dalam. Dan ia membantuk seperti lohong hitam..
Fiq serta-merta lari. Namun dia tersedar adiknya masih berada di dalam tandas tersebut.
"Ara!!! Ara LARIII!!! ARA KE SINI!!!" Fiq menjerit memanggil adiknya yang hanya tercegat disitu. Dia melihat budak perempuan tadi. Budak tu hanya berdiri mengadap Ara namun kepala nya dipusingkan kearahnya...dia merenung Fiq sambil tersenyum sinis. Serta-merta kedua-dua mereka masuk ke dalam lohong tersebut.
"Ara!! No Ara!! Ara JANGANNNNNNNNN!!!!"
ARAAAAAAAAAAAAAAAA
~~~~~~~
Fiq terjaga dari tidurnya. Dia terduduk smbil nafasnya tercungap-cungap. Dia melihat sekeliling. Sudah hampir subuh, lantas dia bangun untuk mengambil wudu' .
Fiq termenung apabila teringatkan mimpinya malam tadi, dia selalu dengar cerita orang bahawa hospital ini agak keras. Beberapa tahun lepas, seorang jururawat mengusung seorang mayat untuk dibawa ke bilik pembedahan namun semasa dia melintasi diantara dua papan kenyataan yang terdapat di dinding koridor ke bilik pembedahan, dia tiba-tiba lesap. Ia menjadi satu kes yang amat meruncingkan.
Kes sebegini pernah berlaku beberapa tahun sebelum kes kedua ini. Sekumpulan kanak-kanak main kejar-kejar. Tiba-tiba, sewaktu mereka melintasi papan kenyataan di koridor tersebut. Kawan mereka yang berada paling depan tiba-tiba lesap. Mereka semua terkejut. Dan yang paling mengejutkan, kesemua mereka bagai dibaling ke dinding. Mereka ditemui sehari kemudian. Kebanyakan mereka telah menemui ajal kerana lambat diselamatkan.
Kebanyakan bukti yang ditemui, kawasan tersebut serta-merta bertukar gelap seketika dan menghilangkan mangsa. Ia masih kurang jelas.
Fiq kini tertarik untuk merungkai misteri tersebut.
~~~~~"Ara.. Tidur dulu ye.. Abang ada kerja" Fiq menyelimutkan adiknya yang kelihatan letih dan mengantuk. Senang kerja dia.
Perlahan-lahan dia mula meninggalkan tingkat tersebut dan berlalu ke tempat yang dikatakan.
Di tangannya, kamera perakam setia dan terus merakam sepanjang penjelajahannya malam ini. Agak sunyi... Dan gelap. Suaranya mudah bergema apabila bercakap.
Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak berlari riang melintasinya. Fiq serta-merta menoleh dan memerhatikan mereka. Namun... Eh, tiada... Mereka tiada. Namun mengapa suara mereka bergema.. Dan
Menjerit....
Tiba-tiba seakan pusaran hitam yang besar muncul dihadapannya dengan mengejut.
"ARGHHHHHHHHHHHH" Fiq menutup matanya..
"Eh tiada?? Pelik.. Ok, ia cuma khayalan" Fiq cuba melegakan hatinya. Kakinya kembali melangkah dan semakin dekat...
Hii hiii hiii hiii
"Sapa tu???" Fiq terus menghalakan kameranya ke arah suara tangisan tersebut.
"Sini lah.... " meleret saja suara tersebut memanggil Fiq. Dia menoleh ke belakang. Terkejut. Seorang perempuan berselubung hitam memandangnya.. Yang semakin lama semakin kabur.. Dan bertukar menjadi pusaran hitam.
Fiq mengundur. Dia terkedu.. Dia kembali memandang ke hadapan ...
Tak!! Kenapa???? Kenapa kini di sekelilingnya ada... Pusaran tu... Lohonh yang menyedut segala benda. Tak... Aku takkan mengalah. Aq mesti meninggalkan bukti yang akan membantu kes ni...
Fiqqqqq... Sini....
Fiqqq sini lah~~~
Hihihihihi...
Sekelilingnyaaa....
Atas kamu Fiq~~~~
Fiq memandang ke atas...TAKKKK TAKKKK TAKK AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Suaranya bergema.. Namun empunya tiada...
Tit tit tit tit
Kameranya masih merakamTHE END
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri