"Haahahahahh kau ni.. Penakut laa" Iwan tak henti-henti ketawa. Fasya, kawannya yang digelakkan ini hanya mampu bersabar.
"Heh.. Kau tunggulah.. Nanti, mesti kau menyesal punya" Fasya berkata perlahan. Dia hanya membiarkan Iwan ketawa sepuas hati.
"Tunggu? Hahahaha kau nak buat apa? Apa je ko boleh buat?? Hahahahaha sudah lah, tak payah berangan" Irfan kini lebih tenang.
Masa berlalu tanpa kita sedari.. Kini tibalah masa untuk kau terima balik apa yang kau telah lakukan.
~~~~~~
"Kita nak pergi mana ni Fasya? Nak kata camping, aku peralatan pun tak sempat nak bawak tadi" Iwan menggaru kepala sambil matanya melilau meninjau kawasan. Hanya hutan belantara yang semakin menginjak senja.
"Kita akan..... Waaaaaaaaaarrrghhhhh!!!!!!!" tiba-tiba Fasya terjatuh dan badannya terus turun kebawah dengan laju.
"FASYAAAAAAAAA!!!!!!!! "
Iwan cuma menarik Fasya yang terjatuh ke bawah. Kawasan yang tidak rata dan cerun ini menyukarkannya menyelamatkan Fasya.
"Fasya tolong bertahan. Aku akan selamatkan kau!!!" Iwan sedaya upaya cuma menarik Fasya dari terus jatuh ke bawah. Ia semakin dalam seakan gaung. Iwan menyeret kakinya menghentikan geseran dari mereka terus jatuh kebawah. Namun, sesuatu yang tidak dijangkakan... Tangan mereka terlepas.
"Fasyaaaaaa!!!!"
Dan Fasya terus jatuh kebawah sementara Iwan bertahan dengan berpaut pada akar kayu berdekatan.
"Hihi hi ma.. Maafkan aku Fasya.. Aku... Aku tak dapat selamatkan kau.. Ini semua SALAH AKUUUU!!!!" Iwan menjerit sekuat hati. Penyesalan.. Dia kehilangan kawan baiknya..
Slerrkrkkkk
Bunyi daun kering bergeseran"Sa.. Sapa tu??"Iwan memandang sekelilingnya.
Sleeerrkkk parkk
"Hei jangan main-main lah.. Munculkan diri!!" Iwan bangkit dan mengikut arah bunyi tersebut.
Pplak....
"Adoooii" tiba-tiba seketul batu kecil dibaling ke kepalanya. Iwan tunduk dan mengambil batu yang dibaling tadi, ia beserta konyokan kertas yang diikat bersama.
Kalau kau nak kawan kau ni selamat.. Cari dia!!!
Iwan terdiam.. Fasya?? Kejap, dia masih hidup ke? Aku kena selamatkan dia!
Tiba-tiba sejenis logam padu dilempar ke arahnya tanpa dia perasan. Namun nasib dia sempat mengelak dan benda tersebut melekat di batang pokok di sebelahnya.
Dan ia adalah sejenis kapak yang.. Dann...
Pakkk
Iwan tersungkur jatuh selepas kepalanya dihentak kuat dengan sesuatu yang tajam.~~~~~~
Beeeeeezzzzzzzlllzzzffzzzzzzz
Bunyi mesin pengisar? Eh tak, ia adalah bunyi bingit dari mesin 'blender' kayu hutan yang sungguh besar dan terletak di dihadapanya..
Hah!!! Di hadapannya??? Iwan terkejut dan terus meronta kebelakang untuk menjauhkan mukanya dari mesin gargasi tersebut. Namun gerakannya terhad dan dia tidak merasakan dasar.. Dia tergantung!!! Seperti berbaring sementara di bahagian kakinya yg terikat sekali terdapat sebilah pisau tau ditegakkan. Kenapa pisau tu kat situ? Talini.. Tali ni semakin bergerak menghampiri mesin itu. Tak, aku tak nak mati!!!! Sapa punya kerja ni??
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri