Tempat ketiga.. 👏
Sofea, Lara dan Jehan memasuki pintu hadapan hotel itu sambil membawa beg galas mereka yang kelihatan berat. Ketiga-tiga mereka memandang bahagian dalam hotel itu dengan teliti. Agak mewah dan bergaya namun suasana dalam hotel sedikit muram. Mungkin sebab cuaca mendung.
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soal penjemput tetamu yang duduk di kaunter. Kelihatan perempuan itu berpakaian uniform merah yang lengkap serta berambut panjang.
"Kita orang nak menginap kat sini, ada lagi tak bilik yang kosong?" soal Jehan.
"Nak dua bilik kosong!" jerit Lara sambil menjeling ke arah Jehan.
"Hmm korang memang bertuah! Nasib baiklah ada lagi bilik untuk korang. Nah kunci untuk bilik 31 dan 32. Pilihlah mana bilik yang korang nak. Tapi bayar dulu, RM400 kesemuanya," ujar perempuan itu lagi.
"Oh yeke? Dah dua bilik pun RM400? Boleh tahan murah," balas Sofea. Jehan membuat pembayaran, mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya.
"Hotel ni ada beberapa pantang larangnya. Jangan merokok, jangan buat bising, jangan bersumbang mahram dan mesti tidur sebelum pukul 12. Jangan salahkan kita orang kalau apa-apa jadi," ujar perempuan itu lagi.
"Hmm okey. Terima kasih."
*****
"Best sia bilik ni. Untung gila korang berdua dapat bilik ni," puji Jehan. Bilik itu mempunyai dua katil single, dekorasinya indah, jendelanya siap berlangsir dan mempunyai bilik mandi serta tandas.
"Seriuslah semua ni untuk RM400? Bapak murah," kata Lara sambil menggoncang katilnya.
"Bersyukur sikit guys. Jangan banyak tanya. Aku nak gi mandi jap. Jehan, kalau kau nak masuk dalam bilik ni, ketuk pintu tau dan sebut nama kau. Jangan main terjah," kata Sofea yang meletakkan tuala pada kepalanya. Jehan sekadar mengangguk.
*****
11.00 malam.
Lara dan Sofea masih lagi leka bermain dengan telefon pintar mereka. Lara sibuk bermain Candy Crush manakala Sofea sedang berbual dengan seseorang.
"Oh come on, Sofea. Hal kerja pun dibawa ke hotel ni? Seriously?" soal Lara yang telahpun berbaring pada katilnya.
"Sorry Lara. Aku.. Aku memang banyak kerja. Secretary aku tak habis-habis mesej aku pasal aku okey ke tak. Yelah, aku ada meeting penting dengan klien dari China habis percutian kita ni," jelas Sofea.
"Hmm kau kena chill la Sofea. Percutian ni tak boleh fikirkan kerja sangat. Kau kena relaks dan enjoy cuti kau," pesan Lara.
"Mungkin apa kau cakap tu betul. Dah pukul berapa?"
"Baru pukul 11 beb. Awal lagi."
"Tapi dia kata, kena tidur sebelum pukul 12 kan? Baik aku tidur dulu," kata Sofea.
"Suka hati kaulah. Aku nak habiskan dulu level ni," balas Lara. Sofea pun melelapkan mata.
****
"Lara? Kau dah tidur ke?" soal Sofea. Dia masih lagi sedang mamai dalam tidurnya. Dia cuba untuk membuka matanya perlahan-lahan.
"Lara?"
Dia memandang ke katil sebelah.
Kosong.
"Mana dia pergi pulak ni?" soal Sofea.
Dia bangun dan pergi ke bilik mandi. Tiada pun.
"Patut ke aku keluar?" dia memeriksa perbualan Whatsapp antara dia dan Lara. Kali terakhir rakannya itu aktif adalah pada pukul 2 pagi. Sekarang sudah pukul 4 pagi.
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri