Ketika di dalam tren. Sedang aku memandang ke arah permandangan yg terdapat di luar tingkap, terdapat seorang wanita yg kelihatan terganggu.
" mungkin dia bermasalah?" fikirku. Namun, ketika itu aku sedar. Rupanya, wanita itu di ganggu oleh salah seorang lelaki yg terdapat di dalam tren ini." lepaskan tangan kau!!" arah ku.
" sibuklah! Jangan kacau aku!!" berang lelaki tersebut. Disebabkan kegeraman aku, aku telah menendang alat sulit lelaki tersebut.Lelaki itu bertambah berang lalu mengeluarkan pisau dari poket belakang seluar jeans nya.
" kurang ajar!! Kau nak mati ke?!! Kalau nak, meh la sini!!" ujar lelaki itu. Namun dengan pantasnya, badan lelaki tersebut terbelah kepada dua. Darah merecik ke merata tempat. Semua orang bertempiaran lari. Lalu, aku berkata pada lelaki itu..."Jangan cari masalah, dengan yang bermasalah. Ingat kata kata ni... Dari aku, Mia. A.K.A Psycho Boomer"
Lalu aku mencampakkan kad kecil pada mangsa ku. Kad kecil yg dicampakkan telah aku isi dengan peringatan:
- PSYCHO BOOMER-
Wanita pembunuh
_______________________________________________________Mia, tak sabarnya aku nak pergi kem nanti! Kau macam mana?" Tanya Asfi yang merupakan kawan baik aku sejak kecil.
"Hmm.. Aku pun tak sabar gak. Tapi, kau tak takut ke? Nanti malam malam, ada hantu~" usikku.
" Eh! Janganlah! M... Mana ada hantu skang ni! Tak... Tak mungkin lah..." jawab Asfi dengan nada yang sedikit gagap.
"Mestilah ada. Kem kita tu kan dalam hutan. Dalam hutan ada apa??" soalku pada seluruh kelas.
"Hantu!!!" jawab teman sekelasku yang lain. Lalu kami ketawa sepuasnya.
Setibanya di tapak perkhemahan kem.
Ketika ini, hari semakin gelap manakala kabus makin menebal. Disebabkan oleh ketibaan kami yang lewat dek kerana tayar bas yang pancit tadi, kami telahpun terlepas ceramah guru besar. Disebabkan kegelapan yang semakin menghampiri, kami terpaksa berkhemah sahaja di kem tersebut dan bersedia untuk cabaran di esok hari.Malam telah tiba. Kepenatan sepanjang perjalanan tadi membuatkan semua orang tertidur lena. Begitu juga aku.
3.00 pagi
"Uhm... Ish... Takleh jadi ni... Aku dah tak tahan!!" keluh hati Asfi.
"Mia... Bangunlah... Jom teman aku. Aku nak kencing lah... Dah tak leh tahan dah ni..." bisik Asfi sambil menggoncangkan badan ku seperti orang gila.
Aku yang berasa mengantuk ketika itu hanya turuti saja permintaannya. Maklumlah, kawan...😑
"Kau tunggu sini tau. Jangan lari! "Arah Asfi.
"Hmm... Pape jelah... Huaaahhh~" balasku sambil bertemankan bantal di tangan.
Tidak lama kemudian, Asfi muncul dari tandas kecil tadi dan terus berjalan ke arah ku. Tiba tiba, dia ditarik masuk ke dalam semak.
Aku yang mengantuk terus segar semula. Apa dah jadi? Di mana kawan baik aku??
"Tulung!~ Umph!!" suara Asfi yang samar samar kedengaran. Aku kemudiannya mencari dari mana datangnya suara tersebut. Mujurlah, semasa Asfi keluar daripada tandas tadi, dia membawa segulung tisu bersama. Jejak tisu menjadi kunci untuk aku kejar mendapatkannya.
"Tak guna..." bentakku sendirian. Lalu dengan pantas, jaket psycho dipakai. Sarung tangan disarungkan. Topeng mulut berwarna hitam bergambar "X" ditengahnya dipakai dan akhir sekali, topi yang berlabelkan PSYCHO BOOMER, dipakai.
Aku berlari ke arah semak, mendapatkan sahabatku. Dengan pantas, aku telah pun menjumpai rumah si penculik. Tusu yang panjang tadi, berhenti di sini.
Aku merempuh masuk ke rumah tersebut. Terdapat banyak organ berada di dalamnya. Malah, terdapat juga satu balang, yang berisikan janin bayi dipamerkan.
Kehadiran aku disedari. Aku dengan sabarnya, menunggu dalang penculikan ini keluar. Selepas itu, seorang lelaki berbadan tegap, yang memakai topeng putih kosong dan memegang pisau daging yg besar lagi tajam, memandang ke arah ku.
Aku yang bersedia dengan pisau di tangan, menumpukan pandangan ku pada susuk tubuh wanita yang diikat kaki dan tangannya pada katil tanpa tilam yang berada di belakangnya. Tidak syak lagi, itu ialah Asfi!
Melihat sahabatku diperlakukan sebegitu, aku terus naik berang dan memulakan langkahku untuk menyerang. Lelaki itu mengelak. Seperti yang aku jangka. Dan bermulalah langkah ke dua.
Aku berjaya menghiris pinggangnya, namun ia tidak menjejaskan pergerakan lelaki tersebut. Lelaki itu kemudiannya menyerang aku. Aku berjaya mengelak dgn kemas. Sehinggalah lelaki itu menghulurkan pisau keduanya ke arah perutku.
Aku kaku. Namun aku tetap akan berusaha untuk mencederakannya. Kemudian, lelaki itu berpaling ke arah Asfi. Aku terkejut. Mataku terbeliak. Mengapa bukan aku?? Bunuhlah aku tapi lepaskan lah dia!!
Jeritan batinku tidak didengari. Lelaki itu memulakan langkah pertamanya. Dia memotong setiap jari yang dimiliki Asfi. Dagingnya dihiris berkali kali. Asfi menjerit dengan kuat besertakan tangisan.
"Mia! Miaaa!!! Tolong aku Mia... Aarrghhh!!!!"
Jeritan Asfi terngiang ngiang di kepala ku. Aku yang ditikam telah kehilangan banyak darah. Sekiranya aku melakukan sebarang pergerakan, aku akan kehilangan lebih banyak darah lalu membawa maut. Namun setelah melihat anak mata Asfi hampir dicucuk, sabarku telah hilang.AHH!! SIAPA PEDULI TENTANG AKU??! NYA KAWAN BAIK AKU JAUH LEBIH PENTING!!!!
Pisau yang dipegangku sebentar tadi di baling ke arah si pembunuh. Dia menoleh ke belakang.
Kerana kehilangan pisau, dua katana iaitu senjata rahsiaku yang paling aku gemar dikeluarkan dari jaket ku. Jika diikutkan, banyak lagi senjata aku salam jaket ini. Gunting panjang dan besar, shuriken, pedang nipis, ada di dalam jaket ku sekarang namun tidak dikeluarkan.
Katanaku dihayunkan ke arah tulang belakang si pembunuh tapi sedikit tersasar. Oleh itu, si pembunuh tidak dapat dilumpuhkan. Pembunuh itu semakin berang. Lantas dia mengambil kapaknya dan mengayunkan ke atas kepalaku. Malang baginya kerana aku sempat mengelak. Kemarahanku meningkat lalu menikam penbunuh itu dengan kedua dua katanaku. Sambil menikam, kedua mata pisau ditarik ke tepi membuatkan dagingnya terpotong.
Seksaan yang telah diberikan kepada sahabatku membuatkan aku tidak berpuas hati. Aku menikam badannya berkali kali. Topeng nya dibuka oleh ku menampakkan mulutnya yang berjahit. Setelah melihat rupanya itu, aku terus mengeluarkan gunting ku yang besar lagi panjang untuk memotong jahitan di bibirnya. Melalui lubang yang berada di mulutnya itulah, aku memasukkan gunting dan menggunting kedua pipi nya. Ingin saja dia menjerit, tapi ianya tidak kesampaian kerana suaranya yang telah lama tidak dikeluarkan. Pandangannya tajam kearahku. Aku tidak menyukainya. Jadi aku mencungkil keluar salah satu matanya. Hendak menyedapkan lagi penyeksaan ini, aku meletakkan secubit garam di dalam lubang matanya. Entah kenapa, aku suka bawa sekampit garam bersama ku semasa aku melakukan pembunuhan. Mungkin untuk memberikan lagi rasa siksa pada mangsa mangsa ku.
Selepas itu, tangan dan jarinya dipotong dan dihiris sepertimana yang telah dilakukannya ke atas sahabatku. Lelaki itu tidak boleh menjerit. Namun ia masih meronta. Dengan bersaksikan tempat yang penuh berdarah, aku memberikan kata kata lazimku kepadanya.
"Jangan cari masalah, dengan yang bermasalah. Ingat kata kata ni... Dari aku, Mia. A.K.A, PSYCHO BOOMER.
Akhirnya, aku memotong kepala lelaki itu. Darah ku telah hilang dengan banyak. Untuk menggantikannya, aku meminum darah lelaki tersebut dari badannya sendiri. Tidak kiralah apa jenis darahnya, cara aku betul atau tidak, aku sudah tidak peduli. Asalkan aku dapat menggunakan darah sementara ini untuk menyelamatkan Asfi, memapahnya dan tiba di tapak kem secepat mungkin.TAMAT
YOU ARE READING
Scary Challenge
Horrorahli kumpulan pada setiap malam jumaat membuat cerita psiko,creepy,gore,mystery untuk menakutkan sesama sendiri dan kalau anda nak sertai buat cerita seram sila pm kami kalau taknak fikirlah sendiri