Prolog

288 18 0
                                    

Lelaki itu menekan dada yg tiba-tiba terasa sendat. Serta merta nafasnya rasa tersekat. Udara bagaikan hilang. Oksigen seolah-olah sudah kehabisan! Sudah tiada! Mata pula sudah berpinar-pinar. Kepalanya seakan-akan sedang berpusing dengan ligat. Pandangan menjadi berbalam. Diri tidak dapat dikawal kerana kedua-dua belah kaki bagai tidak menampung berat badanya. Dia akhirnya jatuh tersungkur di kaki seseorang.
"Umi..."
Si ibu yg dari tadi tergamam pantas tersedar . Dia terus terjelepok di sisi anak lelakinya. Ketika kepala si anak diletakkan di atas pengakuan, air mata merembes laju. Dia tahu anaknya itu dalam kesakitan yg teramat. Nafas sedang mencungap. Mata sudah tidak berkelip. Pandangan kosong terlempas ke atas . Memandangnya , nurani seorang ibu kuat mengatakan bahawa dia akan kehilangan!
"Ya allah, anak umi!" tangisnya. Dahi anaknya dicium dan sepasang mata melihat bibir yg bergerak-gerak, dia menekapkan telinga di bibir yg berbuih-buih putih itu.
"Umi, ampunkan dosa-dosa..." Sendu dan hampir tidak kedengaran suara itu .
"Jangan cakap apa-apa, sayang. Anak umi taksalah apa-apa dengan umi!"
"Umi..."
Tangan yg dicapai oleh si ibu dan lelaki itu mengenggam tangan ibunya tersebut dengan erat . Dia ingin membawa tangan ibu ke bibirnya dan mengucupinya untuk kali terakhir.
"Umi..."
"Mengucap, sayang! Mengucap, nak! Lailahaillallah..."
Lelaki muda itu mengikut. Tidak lama kemudian, genggaman tangan terlerai, tanda sudah berpisah nyawa daripada badan. Sudah berpisah ibu dan anak. Sudah berpisah lelaki itu dengan dunia yg fana.
"Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!" Hanya itu yg mampu disebut untuk memberi kekuatan kepada jiwa yg berada dalam kesedihan .
"Ani?"
"Umi?"
Tangisan menjadi ruangan demi melihat dua orng lelaki yg baru muncul di muka pintu. Dengan langkah yg laju mereka menghampiri wanita itu. Masing masing mencium dahi arwah. Seperti isterinya, dia merasa kehilangan yg teramat.
"Macam mana boleh jadi begini?" tangis lelaki yg lebih berumur.
"Perempuan tu yg bunuh dia! Perempuan tu yg bunuh dia!" balas si isteri sambil menghalakan ibu jarinya ke suatu penjuru.
Masing-masing memandang ke arah yg ditunjukkan. Saat itu, perempuan yg dimaksudkan sedang termenung di suatu sudut. Wajahnya jelas kebingungan. Dia bagaikan kehilangan arah. Bagai tidak percaya apa yg baru sahaja berlaku. Dan tuduhan yg amat benar itu cuba dinafikan!
"Tidak! Tidak! Tipu! Aku tak buat apa apa pada dia! Aku takbuat apa apa pada dia!" tiba tiba perempuan muda itu menjerit. Dan tiba tiba juga bangun untuk mendapatkan si mati. Dia ingin memeluk. Dia ingin mendakapnya. Dia ingin memberikan pelukan terakhir kerana itu suaminya!
"Jangan! Jangan kau berani sentuh tubuh anak aku! Jangan kau pegang dia dengan tangan kau yang kotor tu! Kau perempuan jahat! Pergi!" Pandangannya di lemparkan kepada anak sulungnya. "Halau dia! Jangan bagi dia dekat dengan anak umi. Umi tak izinkan! Umi tak izinkan! Halaukan dia untuk umi! Dia yg menyebabkan anak umi mati! Halau dia! Umi benci dia! Umi benci! Umi benci!"

Kasih Bersulam CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang