Bab9

92 11 0
                                        

Ketika mereka sampai, Nurul Hana sedang bersembahyang di sudut bilik. Taufik memperkenalkan ibunya kepada Abdullah. Sementara menunggu Nurul Hana usai mengerjakan solat, mereka berbual-bual. Sesekali, Puan Rohani melirik ke arah katil, memerhati kelibat cucunya yg sedang lena.
    Nurul Hana cepat cepat mengemas telekungnya. Dia kemudian menghampiri Puan Rohani.
   "Umi, inilah Nurul Hana. Ana, ini umi saya Puan Rohani."
    Taufik tidak sabar sabar untuk mengenalkan Nurul Hana kepada Puan Rohani. Hati merasa lega bila si ibu seakan-akan berpuas hati demi terpandang seraut wajah cantik itu.
   Nurul Hana menyalami tangan yg dihulurkan. Dia membayangkan "gergasi" bila teringatkan cerita Nurul Liyana. Tidak pun, dia membayangkan wajah cengil Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku. Tetapi yg di hadapannya kini hanya seorang wanita biasa. Wanita yg sungguh lembut air wajahnya dan kini sedang mengamati dirinya.
    "Apa khabar makcik?" Nurul Hana berbahasa.
    Puan Rohani tersenyum. "Baik, nak," jawabnya ringkas.
   Sebenarnya dalam hati dia memuji anugerah tuhan di hadapannya ini. Seorang gadis tinggi lampai, berkulit sawo matang dan kelihatan matang. Wajahnya tidak banyak persamaan dengan wajah Nurul Liyana. Sekurang kurangnya, hidupnya nnti tidaklah dihantui oleh bayangan perempuan yg sudah mati itu.
   Taufik merenung muka jam tangannya kemudian bersuara tegas, "lewatnya awak sembahyang asar, ana? Nih dah dekat pukul 6:30 dah ni!"
Terkejut Nurul Hana mendengar teguran keras itu. Wajahnya merona merah. Malu, beb!
   "Tadi, kawan baik dia datang. Ana kalau dah jumpa kawan memang mcm tu, lupa semuanya. Solat pun dah di hujung waktu," omel Abdullah, memberi respons kepada teguran si Taufik.
    Nurul Hana menggigir bibir. Dia sedar, dia lalai kerana melambatkan solat. Hah, padanlah muka, kan dah kena tegur dengan si Taufik ni.
   "Siapa kawan awak tu? Lelaki ke perempuan?" Taufik benar-benar ingin tahu. Soalannya berbaur cemburu.
    Nurul Hana tidak mengerti. Lantas pandangan bertembung dengan sepasang mata Puan Rohani. Wajahnya semakin berbahang melihat senyuman yg menguntum pada bibir wanita itu. Menjeling ke arah Taufik, dia memberitahu, "perempuan, Encik Taufik. Nama dia Junaidah. Tinggal di Gombak. Umur 24tahun. Kalau encik nak kenal dengan dia pun boleh. Nnti saya bagi nombor telefon dia. Nak?"
    Puan Rohani tersenyum melihat anak terunanya yg sudah ketawa apabila diperli Nurul Hana. Seronok melihat Taufik yg ceria.
    Irfan yg baru terjaga dan hendak minum memberi Nurul Hana peluang untuk bergerak.
   Sebaik sahaja Irfan selesai minum, Taufik menolak kerusi ibunya mendekati katil.
    "Irfan, ini nenek sayang. Ini umi papa. Salam nenek fan" katanya. Tubuh Irfan didukung. Tubuh kecil itu kemudian diletak di hadapan ibunya.
    Puan Rohani memeluk tubuh Irfan erat erat. Memandng Taufik, dia berkata dengan mata yg berkaca, "Betul cakap kamu fik. Muka dia sama mcm Lan!"
    Habistu dah anak dia, makcik oi! Desis Nurul Hana dalam hati.
     "Papa ada hadiah untuk anak papa ni!" kata Taufik sebaik sahaja dia meletak Irfan di atas katil semula.
    Bola, baju jersi dan semua berkaitan bola sepak terhampar di hadapan anak kecil itu, menjadikan Irfan seorang kanak kanak riang Ribena.
     "Mama, Ifan nak akai aju ni!" kata Irfan sambil cuba membuka baju hospital yg dipakai.
     Nurul Hana yg serba salah bangun mendekat. Puan, bukan saya yg suruh dia panggil kami begitu! Bukan saya suruh Irfan panggil saya mama. Dan saya taksuruh Irfan panggil Taufik tu papa. Entah kenapalah dia buat mcm tu.
     "Umi, Irfan panggil Pakcik, ayah. panggil isteri pakcik, emak. Ana dipanggilnya mama. Bila fik tanya, dia nak panggil fik papa. Terkejut kami semua dibuatnya." Taufik menjelaskan kepada ibunya, membuat Nurul Hana merenung wajah lelaki itu seolah olah mengucapkan terima kasih.
     "Tak apa fik. Biarkan aje. Kita kena kesiankan dia. Tengokla kecil kecil lagi dia dah kehilangan emak dengan ayah." Kata Puan Rohani sambil mengesat air matanya.
      "Irfan, cuba panggil nenek?" minta Puan Rohani.
      "Nenek!" kata Irfan.
      Taufik duduk semula di sisi Abdullah. Dia memberitahu, "pakcik, petang esok, saya dah minta Pak Abu pergi ke Kulim."
      Abdullah mengerutkan dahi. "Buat apa fik?"
     "Untuk bawa makcik dan adik adik Ana datang ke sini. Nnti boleh tinggal di rumah kami. Kan umi?"
      "Betul tu, Encik Abdullah. Rumah kami tu pun kosong. Sunyi! Lagipun dekat aje dari sini. Nnti bolehlah kita ulang alik dari rumah ke hospital ni,"
Balas Puan Rohani.
    Nurul Hana diam membisu. Pura-pura tidak mendengar apa yg sedang dibualkan. Pura pura tidak menyedari bahawa dirinya sedang menjadi perhatian sepasang mata yg nakal.
   Abdullah mengeluh. "Banyak benar yg dah Taufik buat untuk kami sekeluarga," katanya.
   "Kita satu keluarga pakcik. Anak Lan, anak saudara saya jugak," balas Taufik kemudian menoleh ke arah ibunya. "Umi, fik nak keluar beli air. Umi nak pesan apa apa tak?" dia menyoal ibunya.
   Melihat uminya menggelengkan kepala, Taufik segera mengajak Abdullah keluar. Sebenarnya dia sengaja ingin meninggalkan Puan Rohani bersama sama Nurul Hana. Dia berharap agar uminya dan gadis manis itu dapat lebih saling mengenali.
  
   Sunyi sepi keadaan di dalam bilik itu untuk seketika. Di atas katil, Irfan sudah tidur semula.
    "Kesian, Irfan. Kecil kecil macam ni dah sakit." Suara Puan Rohani memecah kesunyian.
    Nurul Hana menolak kerusi roda itu menghampiri katil supaya Puan Rohani dapat memegang tangan cucunya.
    "Puan, ada tak Encik Taufik beritahu yg kami pinjam duit dia?" soal Nurul Hana.
    "Duit?" Puan Rohani menyoal balas, berpura pura tidak mengetahui apa apa.
    Nurul Hana mengangguk. "Puan, kami sekeluarga amat terhutang budi pada puan dan Encik Taufik. Taktahu mcm mna nak membalas balik budi baik Encik Taufik kerana dia sudi meminjamkan kepada saya duit untuk kos perubatan Irfan sebanyak 25ribu tu. Tapi, seperti yg saya dah janjikan pada dia, duit yg Encik Taufik pinjamkan tu akan saya bayar balik. Tapi takdapatlah nak dibayar sekaligus sbb kami tak ada apaa apa nak dicagarkan. Percayalah puan. Kalau tak disebabkan kami ni susah,sumpah saya tak akan menyusahkan keluarga puan."
    Dahi Puan Rohani sudah berkerut kerut. Mendengar kata kata Nurul Hana. Memang jelas gadis ini tidak mengetahui niat Taufik untuk mengahwininya. Malah gadis ini langsung tidak memahami mengapa begitu mudah Taufik memberi kan pinjaman itu. Aduhai....
     Nurul Hana tersalah tafsir. Kerutan di dahi wanita amggun itu menyebabkan dia menyangka bahawa Puan Rohani tidak menyukai dia meminjam duit mereka. Lantas dia segera berkata,"percayalah cakap saya puan. Saya akan jelaskan duit itu semula. Saya pun taknak berhutang dengan keluarga puan."
      Semakin bertambah kerutan yg terlihat. Ada sesuatu yg bermain dalam fikiran Puan Rohani. Bukan mudah untuk Taufik berhadapan dengan Nurul Hana. Ketegasan gadis itu pasti akan menimbulkan sengketa antara mereka berdua.

Hye guys, keep vote and comment oky!
P/s kalau ada typo tu ignore je oky, sorry 😘

Kasih Bersulam CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang