Bab 3

117 15 0
                                        

Petang itu , Nurul Hana berpeluang mengemas barang-barang peribadi kakaknya. Semasa berkemas-kemas itulah, Nurul Hana menemui sebuah diari. Diari milik Nurul Liyana, tempat di mana dia meluahkan perasaanya. Dia terlalu ingin membaca helaian demi helaian. Ingin benar mengetahui cerita yg selama ini disembunyikan oleh kakaknya.

5.1.2017
Hari pertama di pejabat. Aku salah seorang empat orng baru yg bertuah kerana dapat bekerja di bawah pengawasan Taufik Azhari. Dia terlalu hebat bagiku. Tampannya dia! Segak dan gayanya, aduh mak melekakan aku. Tapi tidak sekali dia menoleh kepadaku!

   Nurul Hana berhenti membaca. Siapakah Taufik Azhari? Perasaan ingin tahu membuat dia meneruskan bacaanya.

14.2.2017
Hari ini, hari kekasih. Ku ingin nyatakan kepadanya bahawa aku mencintainya.

15.2.2017
Aku sedar kini, dia bukan untuk diriku. Dia terlalu jauh untuk didekati walaupun sebenarnya dia terlalu hampir. Aku hanya dapat merenung wajahnya tanpa dia membalas lirikan mataku. Aku hanya boleh menjadi seorng perindu. Aku tidak mampu menawan sekeping hatinya. Penolakannya smlm meremukkan sekeping hatiku ini.

    Kak long sudah jatuh hati kepada lelaki itu? Taufik?  Jadi siapakah abang roslan dalam hidupnya? Nurul Hana semakin tertanya-tanya.

30.3.2017
Roslan hadir ketika aku dalam kesedihan yg teramat. Sedih kerana setiap usahaku untuk memilikinya gagal. Aku tidak mahu melayan Roslan. Namu sikap keanak anakan itu mencuit hatiku juga.

30.4.2017
Kini, kami sering keluar bersama sama. Aku dan Roslan. Mampu membuat aku tersenyum tapi getaran dalam hati setiap kali Taufik memandang, tidak ada bila Lan menatap wajahku. Mengapakah hatiku ini tidak mampy membuang wajah lelaki itu jauh jauh? Aduhai begitukah perasaan seorang perempuan yg sudah jatuh cinta? Suara,senyum,tawa dan lirikan mata semuanya bermakna?

  Nurul Hana menggeleng-gelengkan kepalanya.

30.5.2017
Hari ini genap dua bulan hubungan kami. Dan hari ini juga Lan melamarku. Aku memang terkejut! Aku sudah tahu bawah dia sebenarnya adik Taufik Azhari. Argh, lupakan dia! Lan kata dia sudah jatuh cinta kepadaku. Dia mahu berkahwin. Dan aku baru balik daripada makan malam di Hotel Istana. Kami bertiga, aku, Lan dan dia Taufik. Aku membiarkan Lan memberitahu rancangannya kepada Taufik. Aku hanya memerhati kalau kalau ada secalit rasa cemburu terukir pada wajah itu. Gila? Ya aku memang gila! Aku sepatutnya bergembira dengan Lan yg rancak merancang masa depan kami. Tapi tidak! Aku begitu asyik memerhati dia. Kalaulah aku dapat mendakap sekujur tubuh itu! "Awak benar benar mencintai adik saya ni?" suara garau itu sahaja meruntun hatiku tetapi aku tetap mengangguk. Tentu dia dapat merasakan bahawa aku tidak ikhlas menyayangi adiknya. Aku tidak ikhlas mencintai Lan! Tapi aku lakukan ini demi mendekati diri kau, Taufik!

   Ya allah, gilanya kak long! Cepat cepat Nurul Hana menutup diari itu. Dia tidak menyangka bahawa Nurul Liyana sanggup berbuat begitu hanya kerana seorang Taufik Azhari. Entah mengapa Nurul Liyana benci akan nama itu! Kacak sangatkah? Tampan sungguhkah? Mcm siapa? Zion ? Lee Dong Wook? Alvin Chong? Tapi bagi kakaknya Taufik terlalu hebat di matanya bagai tiada cacat cela! Pelik sungguh!

13.6.2017
Aku disahkan mengandung. Aku tergamam. Roslan juga kelihatan kegelisahan. Kini, segala perancangan hendak dipercepatkan. Langsung Lan membawaku ke Teratak Rezza. Katanya dia ingin meminta restu kepada uminya namun terjadi pertengkaran pula. Sakit hatiku mendengar tuduh-tuduhan terhadap diri ini. Hanya bila Taufik memujuk, barulah wanita sombong itu membenarkan.

20.6.2017
Emak dan ayah kecewa kepadaku. Oh tentu sahaja! Alah biarlah. orng pertama kami temui di Kl ini ialah dia. Dia merenungku dengan sepasang matanya itu. Redup mempesona. Ketika Lan pergi ke dapur untuk mengambil air, taufik berbisik kepadaku, awak dah sah menjadu isteri Lan sekarang! Setialah kepadanya ok. Aku terpanar. Apa maksudnya? Apakah dia tahu? Tidak! Tak mungkin!

Nurul Hana tidak mengerti. Apakah maksud itu? Apakah dia tahu? Apa yg taufik tahu? Tentang siapa? Nurul Liyana sudah tidak memberitahu rahsia kepadanya. Hendak bertanya kepada Taufik sendiri? Nurul Hana tersenyum sinis. Mustahil!
  Nurul Hana malas meneruskan bacaannya. Asyik asyik Taufik! Lalu diari itu ditutup dan dimasukkan ke dalam suatu kotak yg kemudian diangkat dan disimpan di atas bumbung almari. Baginya, biarlah rahsia cinta kakaknya bersemadi di situ!

Hye guys, jangan lupa untuk teruskan baca, vote and comment oky! ❤

Kasih Bersulam CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang