Bab 16

112 2 0
                                    

"Ifan tengah buat apa tu? Makan? Makan apa? Hmm, siapa yg suapkan? Owh, acu ya? Sedap tak? Cedap? Ayam goeng? Okey! Apa dia sayang?"
   Taufik memasang telinga. Dia sedang duduk di sofa. Perhatian terhadap rancangan televisyen dengan sendiri berkalih kepada isteri yg sedang rancak berbual-bual di telefon. Wajah Nurul Hana yg kejap ceria, sekejap serius itu ditatap. Wajah mulus yg semakin hari semakin melekat dalam hati. Wajah manis yg terlalu menggoda.
   "Mama pun rindu Ifan juga sayang." suara Nurul Hana kedengaran sendu. "Nanti mama balik sana ambik Ifan. Papa? Ya sayang. Nanti mama pergi rumah nenek dengan papa. Okey, mama pun sayang Ifan jugak. Ya! Sayang! Babai!"
    Nurul Hana menghampiri Taufik sebaik gagang telefon diletakkan. Lelaki itu kelihatan leka menatap siaran TV kegemarannya, CSI. Tidak langsunh mempedulikan dia yg kini sudah duduk di sebelah.
   "Abang bila kita nak balik ambil Irfan duduk dengan kita?" soalnya sambil tangan cuba mengikat rambut yg sedang berjuntaian.
   Tiada jawapan daripada Taufik.
  Ketika memanggung kepala, pandangan mata bertembung. Renungan sepasang mata Taufik menghangatkan dingin malam yg sedari petang tadi merintikkan hujan. Nakal senyuman yg terukir pada bibir apabila dia tahu Nurul Hana menyedari perlakuannya.
   Nurul Hana menjeling manja. "Dalam kepala tu, taktahu nak fikir perkara yg berfaedah ke?" soalnya sambil ketawa kecil.
   Taufik menarik tubuh isteri ke dalam rangkulan.
   "Tadi sebelum Ana duduk, memang banyak perkara perkara penting dan berfaedah yg abng fikir. Tapi bila ana duduk aje dengan baju tidur yg seksi ni, salah abang ke kalau fikiran jadi kacau-bilau?" soalnya bersama sama sengihan yg semakin melebar.
   Nurul Hana cuba menepis jari jemari kasar yg sedang bergerak nakal. "Entah siapalah yg belikan Ana baju tidur macam gini? Dahlaa tak ada lengan, jarang pula tu. Tentu otak dia tengah kuning masa dia beli baju ni dulu, kan?" bidasnya selamba.
  Taufik ketawa besar disindir Nurul Hana. Tubuh isteri didakap semakin erat. Baju tidur yg diperbuat daripada kain sutera yg licin dan lembut berwarna ungu muda itu disentuh. Teringat saat dia membeli-belah di Pavilion beberapa hari sebelum mereka diijabkabulkan. Waktu itu dia ingin membeli kelengkapan untuk dirinya. Ketika melintasi lingerie, langkah kakinya terhenti. Terpaku memandang patung yg santai berbaju tidur di ruang pameran kedai tersebut. Dia membayangkan Nurul Hana sebaik terpandang patung tersebut. Tanpa berlengah, dia terus sahaja meminta jurujual mendapatkan baju tidur itu untuknya.
   "Tapi pilihan abng tepat kan sayang? Warna tu warna kesukaan ana dan ana memang mengancam habis setiap kali ana memakainya tahu," bisik Taufik di telinga.
  Perasaan indah terbuai apabila Taufik menggoda dirinya begini. Sungguh, dia fikir, hatinya tidak mungkin mampu ditawan lelaki yg tua lebih tujuh tahun daripada dirinya ini. Namun dia terkulai dalam keindahan sejak di malam pertama lagi. Dia tumpas pada kelembutan tutur kata suaminya. Memang benar bagai dikata. Jangan terlalu membenci kerana benci itu sudah lama bertukar menjadi rindu. Dan Nurul Hana tahu dalam hatinya kini nama Taufik Azhari sudah bersemadi.
   "Abang, abang tak jawab lagi soalan Ana tadi." Akhirnya dia dibenarkan bersuara.
   "Tentang apa sayang?"
   "Eii buat buat tanya pulak. Tentang Irfanlah! Bila kita nak ambik dia duduk dengan kita di sini?" rengek si isteri.
  Taufik pura pura mengelak. "Nanti nantilah. Tak usahlah kalut. Biarlah dia duduk di sana dengan mak."
   "Abng ni kan! Memang nak kena tau!" wajah Nurul Hana bertukar suram. Hatinya membungkam. Dada suami menjadi mangsa dia melepaskan geram sehingga jari jemari halus ditangkap oleh Taufik yg mampu tersengih.
  Taufik ketawa. Tanda riang hatinya. Tanda bahagia yg sungguh sungguh dirasa. Pipi isteri yg merah menahan geram ditatap tanpa jemu. Lupa sebentar pada masalah yg sedang dihadapi. Lupa sebentar pada pesanan umi yg mahukan dia menjauhi isteri. Lupa sebentar kepada segala-gala yg lain kerana saat ini.... Hanya dia dan Nurul Hana sahaja.
   "Sayang, macam manalah abang..."
    Nurul Hana berjaya melepaskan diri daripada rangkulan suaminya. Dia ketawa melihat wajah tidak puas hati Taufik.
   "Mari sini," perintah Taufik kepada isterinya.
    "Taknak. Selagi abang tak bawak Ifan ke sini.."
    Taufik bangun. Geram melihat kesungguhan Nurul Hana melepaskan diri daripadanya. Dia membuntuti Nurul Hana yg pantas menyelinap ke balkoni. Tidak lama kemudian hanya ketawa kecil Taufik sahaja kedengaran.
   "Ana!" panggil Taufik
   "Hmm..."
   "Cuba berterus terang dengan abang. Apakah ana membenci abang kerana memaksa Ana dalam perkahwinan kita ni?"
   Pantas sahaja Nurul Hana menjawab dengan tujuan untuk mengusik. "Tentulah! Dalam hidup Ana, takpernah ada sesiapa memaksa ana melakukan sesuatu yg ana taksuka. Tapi abang, pandai pandai abang aje mengatur hidup ana. Tapi itulah! Abang ingat abang hebat sangat kan? Ana pun ada perancangan Ana sendiri tahu"
   Dada Taufik berombak kencang mendengar pengakuan isterinya yg tiba tiba. Tubuh Nurul Hana di pusingkam supaya wajah itu dapat dilihat. Ingin mencari kebenaran di sebalik kata kata.
   "Apa maksud ana?" soalnya cemas.
   Nurul Hana tersengih. Gembira melihat wajah suami yg nampak cemas.
   "Abang , ana ni kan Nurul Hana binti Abdullah. Adik kepada Nurul Liyana binti Abdullah. Kalau kak long berjaya menambat hati abang Roslan, bukan susah untuk ana untuk menakluki hati abangnya, Encik Taufik Azhari bin Ahmad Rizal ni tau!" dia memberitahu dengan penuh keyakinan.
   Hati Taufik tersentap. Baginya kata kata yg didengar dari mulut isterinta tadi terlalu angkuh. Dia tidak menyangka Nurul Hana sanggup berkata begitu. Jauh entah dari mana, timbul keraguan.
    "Maksud ana, sejak abang berjaya buat ana setuju berkahwin dengan abang di Hotel Sri Malaysia tu, Ana dah mula merancang sesuatu? Sesuatu untuk mengikat abng pada ana? Macam tu?" Taufik bersungguh ingin tahu. Amat penting untuk dia tahu!
   Nurul Hana ketawa. Masih tidak menyedari bahawa pada ketika ini, hati Taufik sedang tunggang-langgang dibuatnya. Sedang keresahan menanti jawapan! "Hmm ana nak balas dendam pada abng tahu!"
  "Balas dendam?"
   "Yalah! Abang ingat senang senang aje ke ana nak terima abang dengan umi yg pernah buat tak ketahuan pada kak long?"
  "Ana masih berdendam lagi pada kami walaupun dah berkali kali abng suruh ana melupakan semua kisah lama tu? Apa yg ana dah buat?" giliran Taufik pula untuk menyoal balas.
  Kali ini dahi Nurul Hana pula sudah berkerut. Dia kehairanan melihat perubahan sikap suaminya. Suasana romantis hilang lenyap entah ke mana. Mengapa? Tersilap cakapkah aku?
   Nurul Hana tidak mahu memanjangkan suasana dingin ini. Dia tidak mahu suaminya yg tegas ini. Dia lebih sukakan Taufik yg menggoda lantas sepasang tangan halusnya merangkul leher suami. Diri didekatkan, pelukan dieratkan.
   Hmm, ana nak balas dendam pada abang tahu! Pengakuan itu sudah cukup untuk merobek seluruh perasaannya.
    "Abang?" Nurul Hana keresahan melihat suami meleraikan dakapan dan berlalu meninggalkan dirinya di balkoni tanpa sepatah kata.
   Tiba tiba...
   "Abang nak tidur dalam bilik abang!" tegas suara itu.
    Nurul Hana terkesima. Mereka tidur berasingan malam ini? Dalam usia perkahwinan yg masih baru?
    "Bilik abang?" Nurul Hana seakan akan tidak percaya.
   "Ya! Bilik abang. Tentu umi dah bagitau pada ana tentang bilik itu. Tentu umi sudah pesan bahawa ana tak boleh masuk dalam bilik itu."
    "Kalau itu bilik abang, kenapa ana tak boleh masuk ke dalamnya?" soal Nurul Hana kehairanan.
   "Abang kata takboleh, tak bolehlah! Jangan banyak soal pulak!" tengking Taufik kasar.
   Jauh di sudut hati, Nurul Hana tahu bahawa ada sesuatu sudah terjadi. Sesuatu yg buruk sedang menanti. Tapi apakah?
   Tenang ana! Tenang. Tak ada apa apa tu! Sabar ya...
   Aku mesti siasat ni. Mana boleh si Taufik tu buat aku macam gini. Ewah, ewah! Habis manis sepah dibuang? Dia ingat aku apa? Sampah hanyut? Tunggulah awak encik Taufik! Kalau Ana tau apa sebabnya, taula ana nak buat apa dengan awak! Sebuah senyuman sinis terukir pada bibir.

Sepasang mata galak memerhati gelagat suami yg sedang bersiap siap untuk ke pejabat. Lelaki itu sedang kalut kerana hari ini terlambat bangun. Solat subuh tadi pun, dibuat dalam keadaan tergesa gesa.
   Itulah! Pergilah lagi tidur sorng sorng di bilik abang tu! Hah siapa yg nak kejutkan awak? Padan muka!
  Dalam ketergesaannya, sesekali Taufik berpaling juga ke arahnya, namun Nurul Hana cepat cepat melarikan pandangan. Rajuknya masih bersisa. Marahnya masih ada.
   "Ana, ana nampak tak tali leher abang yg warna biru?"
   Tidak dijawab soalan suami.
   Taufik geram melihat sikap Nurul Hana yg tidak mengendahkan dirinya. Dia lalu melutut di hadapan isterinya yg sedang duduk di atas sofa, lantas mencabut earphone dari telinga Nurul Hana. Alunan surah al-kahfi kedengaran lunak mengusik deria pendengarannya. Rasa bersalah menerpa.
    "Abang minta maaf. Abang ingat ana sengaja tak nak bercakap dengan abang," pintanya. Rindu menyebabkan dia terus sahaja mengucup dahi Nurul Hana membuat si isteri terkedu. "Abang takjumpa tali leher biru abang. Boleh tak ana tolong carikan?"
   "Cari sendiri!" balas Nurul Hana bersahaja. Tangan yg sedari tadi berada di belakang tubuh,bergoyang goyang.
   Taufik tersengih. "Cari sendiri?" soalnya.
  Nurul Hana berpura pura tidak mendengar. Tidak lama kemudian dia menjerit apabila pinggangnya digeletek. Rahsia sudah terbongkar. Tali leher yg berada dalam genggamannya sejak tadi berjaya dirampas oleh suami.
   "Nakal!" bisik Taufik sambil memicit hidung mancungnya.

Alahai Taufik Azhari nih kejap romantik, kejap tegas. Apa pula yg terjadi lepasnih kan? So keep reading, vote and comment oky gais !
P/s if ada typo tu ignore jela eh , malas nak semak balik hehe sorry.

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now