Bab 7

117 11 1
                                    

Taufik memandu dengan tenang dalam kesesakan lalu lintas.
    "Mak awak masih hidup?" Nurul Hana bertanya setelah agak lama mendiamkan diri.
   Taufik mengangguk. "Dia sudah tidak berapa sihat sejak kematian Roslan dan ayah. Untuk bergerak pun terpaksa menggunakan kerusi roda," ujarnya.
    "Berapa umurnya?" Nurul Hana bertanya lagi.
     "57tahun."
     "Sama tua dengan ayah saya."
     "Ayah awak kerja apa?" Taufik pula ingin tahu tentang keluarga gadis itu.
     "Kerja kampung. Ambil upah menoreh getah, potong rumput, jual buah durian kalau tiba musimnya," balas Nurul Hana.
     "Awak dah kahwin?"
     Nurul Hana terkejut mendengar soalan itu. Spontan, wajah tampan itu ditatap. Hati menggerutu geram. Menyibuk aje! Kenapa nak tahu? Hmm, baik aku jawab ya, fikirnya. Namun belum sempat berbohong...
      "Amboi, untuk menjawab soalan mudah itu pun awak terpaksa berfikir, ya? Tak apa, saya dah tahu jawapannya," kata Taufik sambil tersenyum lagi.
     Murah sungguh lelaki ini dengan senyuman, detik hati gadis itu.
    "Kenapa pulak awak menyibuk hendak tahu sama ada saya sudah berkahwin atau belum?" tanya Nurul Hana sambil menarik muka masam.
   Taufik sengaja membiarkan soalan itu tidak berjawab.

Nurul Hana bertembung dengan ayahnya di lobi, ketika dia menanti Taufik pergi memarkir kereta.
   "Macam mana ana? Hang jumpa tak dengan Encik Ahmad Rizal tu?" tanya Abdullah penuh pengharapan.
   "Tak! Dia dah meninggal ayah. Ana jumpa anak sulung dia, abang kepada abng Lan," balas Nurul Hana sambil menghalakan pandangan ke pintu masuk.
   Abdullah turut memandang ke arah itu. Dia melihat seorng pemuda seperti sedang tercari-cari seseorng. Sebaik terpandang mereka, pemuda itu mengukir senyuman dan datang menghampiri.
   "Assalammualaikum, pakcik." lelaki muda itu menegurnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
   Melihat ayahnya yg masih sahaja merenung Taufik, Nurul Hana segera memperkenalkan, "ayah, ini Encik Taufik Azhari, abang kepada arwah Abang Lan. Encik Taufik, inilah ayah saya Abdullah."
   Tangan berpaut erat. Salam bersambut.
   "Maafkan saya dan umi. Kami taktahu yg liyana sudah meninggal". Kata kata Taufik kedengaran ikhlas.
   "Dah memang ajal dia pada umur yg muda". Balas Abdullah
Lantas Nurul Hana bertanya, "kenapa ayah berdiri di sini? Mana Irfan?"
    "Misi sedang mandikan dia. Sekejap lagi kita boleh masuk". Ayahnya menjawab.
    "Pakcik dah makan? Saya ni belum bersarapan lagi. Kalau belum, boleh kita makan sama-sama." Taufik mengajak.
   "Pergilah, ayah. Biar ana yg tengok tengokkan Irfan." Nurul Hana berkata kepada ayahnya.
   "Awak taknak makan sekali?" Taufik bertanya. Nurul Hana menggelengkan kepala.
   "Nnti saya belikan awak nasi lemak dengan teh tarik." Taufik berjanji.
   "Janganlah susahkan diri!" balas Nurul Hana sambil berpura pura senyum.
    "Tak susah! Bukan saya yg hendak masak nasi tu! Saya cuma beli aje!" Taufik menjawab sambil ketawa.
    Cis, berani dia mempermainkan aku di depan ayah? Hisy, geram betul.
    "Kita hendak makan di mana encik? Maaflah pakcik takpandai hendak menolong mencarikan tempat makan di sini". Abdullah berkata.
     "Panggil saya Taufik, pakcik. Sebenarnya kita makan di sini saja. Ada kafeteria di dalam. Jangan risau. Jom."
   Sempat lagi Taufik menoleh ke arah Nurul Hana. Sebelum melangkah pergi, mata dikenyitkan kepada gadis itu. Nurul Hana tercenggang memandangnya. Membuatkan senyuman Taufik melebar. Dia tahu, saat ini pastilah Nurul Hana binti Abdullah sedang mengutuk-ngutuk dirinta. Eleh, kutuklah! Tak apa! Yg pasti, hati ini bahagia!

Nurul Hana sempat juga berbual-bual dengan beberapa orng wanita yg turut di lobi Blok A itu. Ketika Nurul Hana memasuki bilik yg mempunyai empat katil itu, dia disapa oleh Kak Imah yg sedang duduk di sisi katil anaknya, Imran.
   "Misi baru keluar selepas menyuapkan dia nasi".  Kak Imah memberitahu. Nurul Hana menguntum senyum. Kaki meneruskan langkah ke katil Irfan. Demi melihat Nurul Hana, anak kecil yg sedang berbaring itu terus duduk. Nurul Hana segera mendakap dan mendukungnya. Dia membawa Irfan keluar.
   "Mmm, wanginya anak mama nih. Dah mandi ya?" soal Nurul Hana apabila menghidu bau bedak Johnson pada tubuh si kecil.
    Irfan mengangguk.
    "Sayang dah makan?"
    "Dah, Ifan akan acik. Inum cucu..."
Nurul Hana tergelak kecil mendengar jawapan anak saudaranya itu. Masih pelat sebutannya pada usia tiga tahun. "Sedap?"
   "Awuk cedap. Ayam oeng..."
   "Oh Ifan makan nasi dengan lauk ayam goreng ya? Sayur?" tanya Nurul Hana.
   Irfan menggelengkan kepala. Memang tipikal bagi kanak kanak. Tidak ada yg menyukai sayur. Nasib baik Irfan suka makan buah-buahan. Jadi kandungan mineral dan vitamin tetap dapat diambil. Ewah, macam dietitian pula dia!
   "Mama, mak ane?"
    Argh sudah! Pertanyaan itu bermaksud Irfan sudah mula merindui neneknya.
    "Nnti bila Ifan dah sihat, kita balik jumpa mak, ya!"
   "Ifan nak mak! Nak ain ngan acu. Ifan nak alik!
   Aww dia dah mula mengamuklah pulak!
   "Shtt! Ifan jangan nangis! Mama dengan ayah bawak Ifan ke sini sbb Ifan sakit. Nnti bila Ifan dah sihat, mama akan bawak Ifan balik jumpa mak, jumpa alang dengan acu."
   "Ifan nak alik gak!"
Aik angin apa pula dah menyerang ni?
   "Okey! Kita balik tapi Ifan kena dengar cakap doktor dulu! Kalau doktor suruh makan ubat, Ifan mesti makan. Barulah cepat baik. Bila baik dan sihat, baru kita boleh balik kampung".
    Melihat anak kecil itu yg akhirnya mengangguk, hati Nurul Hana menjadi sayu.

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now