Bab18

239 6 1
                                    

"Memang benar, letterhead ini syarikat kami yg punya. Tapi, Encik Taufik pun dah tunggu di sini sejak tiga jam tadi. Encik dah tengok kami punggah semua kotak kotak fail, kan? Kami tak jumpa apa apa pun yg berkaitan dengan syarikat encik atau klien yg bernama Roslan. Salinan yg kita cari pun tak ada nampaknya. Maknanya kami tak ada kena mengena dengan apa yg sedang encik dan syarikat encik alami skrng." Datuk Azman Amran berkata dengan tegas.
  Wajah keruh Taufik ditatap. Dia kenal lelaki ini. Ini suami Nurul Hana, bekas keraninya. Dia dijemput oleh Nurul Hana untuk ke Kuala Lumpur sebulan sudah , menghadiri majlis persandingan pasangan itu. Jadi kini, di hadapannya ialah seorang pengarah syarikat yg muda. Seorang yg sedang berusaha untuk memajukan hasil peninggalan arwah ayahnya. Namun, kalau dilihat dripada apa yg dibaca tadi, syarikat itu sedang diganggu-gugat. Dan yg pasti, syarikatnya terlibat!
  "Kenapa Encik Taufik tak tanya sahaja kepada Ana?" Datuk Azman bertanya.
  Taufik mengeluh. "Saya perlu tahu siapa dalangnya dulu," ujarnya.
  "Saya faham. Memang susah nak percaya yg Ana mastermind dalam semua ni. Dia tu...." Datuk Azman ketawa kecil. Di dalam kepala, dia sedang membayangkan diri Nurul Hana yg selaly sahaja datang lewat dan sering kelam-kabut. Namun tawa itu mati melihat dahi Taufik yg sudah berkerut.
  "Dia tu naif sikit. Bendul!" gelaknya bersambut dengan sengihan Taufik.
  "Lagipun dia bukan peguam kat sini, Datuk," perli Taufik.
  "Peguam? No!" balas Datuk Azman ramah. "Ops, maaf ya. Sebenarnya Ana tu pandai. Melalut pulak saya. Encik kata tadi, peguam? Kita ada sepuluh org peguam kat sini. Semua dah tua termasuk saya. Yang muda tu, namanya Azim. Tapi dah berhenti dan pindah ke Kuala Lumpur."
  "Azim?" nama itu menyimpul seribu makna buat Taufik. "Azim fahmi?"
  "Ya, azim fahmi. Dia peguam muda yg berbakat antara kami. Tapi maklumlah orng muda! Dapat tawara bagus aje terus angkat kaki. Dia berhenti bulan lepas." Datuk Azman memberitahu.
  "Datuk tahu di mana dia bekerja skrng?" soal Taufik beria-ria.
  "Entah. Apa yg saya tahu, dia sekarang duduk dengan abang dia di bangsar."
  "Oh okey! Datuk saya dah dapat apa yg saya cari." Taufik berdiri dan mereka bersalam.
  "Terima kasih banyak banyak",Kata Taufik.
  "Tapi saya tak tolong apa apa pun."
  Taufik tersenyum. "Datuk dah tolong saya. Banyak dah. Thanks," jawab anak muda itu sebelum berlalu.

Di dalam kereta yg disewa, ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang, Taufik menghubungi Suhana, setiausahanya.
  "Bos, umi call bos tadi."
  "Umi aje? Ana?" balas Taufik selamba.
  "Ewah, tanya isteri aje skrng ya? Alah bos! Kalau isteri bos, tentu ajelah dia call handset awak tu, kan? Tapi biasanya kalau suami tak telefon, isteri tak akan call awak jugak, tau tak?" bebel Suhana.
  "Macam-macamlah awak ni, Su. Okey dengar. Saya mintak awak ambil fail bekas pekerja kita ni. Nama dia Akmal Basha bin Fahmi. Letak fail tu atas meja saya dan tolong pastikan awak kunci pintu bilik saya sebelum awak balik. Faham ni?"
  Ketegasan suara Taufik Azhari memang sudah lama difahami Suhana bahawa perkara yg diperintahkan itu amat penting. Dia mengangguk.
  "Faham, bos" bisiknya. Namun Taufik sudahlama memutuskan talian.

Jam sudah melewati angka 2.00 pagi ketika Taufik mendaki anak tangga untuk menuju ke bilik. Ketika Mak Ton bertanya apakah dia lapar, dia hanya menggeleng. Bertanya khabar isterinya, dia diberitahu bahawa Nurul Hana tidak turun ke bawah sejak petang lagi. Sakitkah isterinya? Demamkah? Hati berasa tidak enak. Lantas langkah diperbesar.
  Nurul Hana segera melompat ke atas katil sebaik mendengar derap langkah suaminya. Tubuh diselimuti hingga ke kepala. Hati berdebar-debar menunggu.
  Melangkah masuk ke dalam bilik, tubuh yg berbungkus di atas katil menyambut kepulangannya. Beg kerja diletakkan di atas kerusi. Kaki melangkah menghampiri tempat tidur. Taufik tahu dan amat pasti bahawa isterinya itu menyedari kehadirannya di sisi katil.
  Taufik lantas berbaring di sebelah untuk melepaskan lelah. Tali leher dirungkaikan. Baju ditanggalkan. Melihat tubuh yg berbungkus di sebelah, dia tersengih. Teringat cerita ibu mertuanya tentang sikap Nurul Hana masa kecil dahulu.
  "Kalau dia tak puas hati ke, geram ke dengan mak, dia akan berpura-pura tidur. Dia akan menutup badannya dengan selimut dari kaki hingga ke kepala. Kalau tak dipujuk, dia akan merajuk sampai dua tiga hari!"
  Taufik sekali lagi memandang ke sebelab. Mungkin juga isterinya merajuk dan masih mengingati peristiwa semalam. Nak pujuk ke tidak? Dia tersengih sendiri. Bibir dirapatkan ke telinga Nurul Hana.
  "Alahai, cik adik! Takpayahla nak merajuk ke apa ke? Trick tu tak jalan punya dengan abang tahu!"
  Dia mengusik isterinya.
  Nurul Hana mendengus sambil berpaling ke arah suami. Selimut sudah dicampak ke tepi.
  "Ini tak lain mesti mak yg habaq, kan?" dia meneka. Senyuman disedekahkan kepada suami, manis sekali.
  "Mmm, manisnya senyuman untuk abng ni," Taufik suara romantis. Cuba menyentuh bibir yg mungil namun Nurul Hana lebih cepat mengelak.
  "Ana!" Laungnya apabila Nurul Hana sudah menjauh dan menuruni katil.
  "Abang tau tak yg ana ni lapar? Tunggu abang balik, abang tak balik balik. Telefon? Macamlah syarikat Celcom tu dah potong bil abang sampai dah tak boleh buat panggilan keluar! Ana telefon ofis, hantu yg jawab."
  "Ana call abang kat ofis? Bila?"
  "Bila? Pukul 8.00 malam tadilah. Eh silap! Semalamlah!"
  "Semalam?"
  "Pukul 8.00? Enam jam yg lepas. Bukan kira semalam ke?" Geramnya Nurul Hana melihat sengihan di bibir suaminya itu. Sengaja hendak mengenakan dirinya.
  Taufik ketawa. Tidak menjawab pertanyaan isteri. "Abang pun lapar ni"
  Nurul Hana membulatkan sepasang mata. "Belum makan?"
  Taufik menggeleng.
  "Kerja sampai tak ingat nak makan? Tak jaga kesihatan langsung. Jom turun. Boleh Ana panaskan lauk untuk kita makan bersama." si isteri sudah membebel.
  Taufik tidak mempedulikan amarah Nurul Hana dan bebelannya. Gaun tidur yg seksi dan pergerakan tubuh isteri yg menggoda itu yg menarik perhatiannya. Sepasang mata bercahaya. Senyuman nakal sudah muncul di bibir. Lantas, Nurul Hana ditarik ke dalam dakapan.
  "Tapi, abang nak makan ana dulu, boleh?"

Amboi bukan main sweet lagi hahaha. Akmal Basha merupakan bekas pekerja di syarikat Taufik. Azim Fahmi? Eh takkanlah korng dah lupa siapa azim ni. Azim laa yg tidak pernah putus asa untuk mendapatkan hati Nurul Hana dan juga merupakan bekas peguam di syarikat Azman and associates. Kalau dah lupa siapa Azim ni korng boleh rujuk di bab11 semula oky. So nak tahu apa yg jadi , so keep voting, comment and read gais.

P/s if ada typo tu ignore jela eh sbb malas nak semak balik, hehe sorry.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now