Bab13

129 6 6
                                    

Nurul Hana memerhati ke seluruh ruang kamar yg luas itu. Sejak dia masuk ke dalam bilik ini tadi, hatinya kagum dengan susun atur dan hiasan dalaman yg terdapat di situ.
Kamar besar ini memisahkan bilik tidur daripada ruang tamu. Ada bilik air tambahan juga. Pandangan ke luar menerusi balkoni memang amat indah. Bilik ini menghadap pancuran air terjun dan kolam renang serta kehijauan semula jadi ciptaan tuhan.
Kamar yg berkedudukannya paling atas di Hotel Palm Garden IOI Resort, Putrajaya ini telah dihias begitu indah. Yg istimewanya, malam ini, kamar ini dipanggil kamar bulan madu untuk dia dan lelaki itu.
Ketika sendirian begini, kalut jiwanya bila teringatkan berbagai bagai peristiwa yg sudah berlaku di sepanjang hari. Melihat pada jari jemari yg merah berinai, hati terasa sayu menjadi gementar.

Renjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai berad kunyit ditabur
Disirami air mawar.....

Ya, pada tengah hari tadi, sahlah sudah dia bergelar seorang isteri. Isteri kepada Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Hanya sekali lafaz, tok kadi dan saksi saksi menyatakan sah!
Nurul Hana tergamam melihat senyuman mekar di bibir Taufik sebaik sahaja lelaki itu mendengar perkataan sah tersebut. Sepanjang hari, senyuman itu tidak pernah hilang. Disulami pula dengan aksi aksi romantis ketika mereka diminta untuk mengambil gambar sebagai kenangan manis.
"Opocot!" jeritnya sambil mengeliat bila terasa ada sepasang tangan melingkar di pinggangnya. Wajah merona merah. Apatah lagi pada waktu itu semua orng sedang mentertawakannya. Lelaki itu pula bukan main lagi. Keriangannya keterlaluan.
"Kuat melatah juga isteri abang ni rupa-rupanya." bisik Taufik dekat di telinga. Pelukan tidak dileraikan.
"A...abang orng nampak ni. Boleh tak sabar sabar sikit?" soal Nurul Hana geram di celah celah keriuhan.
"Man, you ambil gambar kitorng kat sini boleh?"
Soalan Nurul Hana tidak diendahkan sebaliknya jurugambar bernama Osman itu dipanggil mendekat. Maka berlakulah sesi penggambaran di mana heronya melebih lebih memainkan peranan. Ada sahaja usikan dan omelannya yg mampu membuat Nurul Hana tertawa kecil. Dan setiap kali Nurul Hana tertawa, pasti Osman akan menangkap gambar mereka.
Sesungguhnya hari ini perasaan Nurul Hana terbuai dengan gaya dan bicara manja Taufik.
"Ana hang dah jadi bini orng. Ingat! Hangpa bukan kahwin untuk sehari dua. Kalau boleh, biarlah kekal sampai mati. Jadi, hang kena hornat si Taufik tu. Jaga makan pakai dia. Jalankan tanggungjawab seorang isteri dengan baik dan sempurna!"
Itu pesanan ibunya tadi, sebelum majlis pernikahannya. Nurul Hana tahu, bagi kedua dua orng tuanya, Taufik lelaki ideal untuknya. Mereka kata, dia harus belajar mencintai lelaki itu.
Tapi, macam mana? Macam mana aku dapat menghormatinya jika Taufik tidak menghormatiku? Dia memaksa aku dalam perkahwinan ini. Dia mengugutku! Kalau betul hati sudah berkenan, menguratlah! Curilah hati aku ni! Ajaklah berdating! Kan best? Nurul Hana bermonolog sendiri.
Teringat pula saat majlis membatalkan air sembahyang tadi. Sebaik usai solat sunat dilakukan, Taufik masuk ke dalam bilik. Nurul Hana merenung lantai, tidak berani mengangkat muka. Sebaik berdiri di hadapannya, lelaki itu menyentuh dagu Nurul Hana, mengangkatnya perlahan lahan sehingga mata saling bertatapan.
Taufik terus terusan mengusapi dagu Nurul Hana sambil perlahan lahan tunduk menyentuh dahi dan memberi sebuah kucupan sehingga terpejam sepasang mata. Menghayati sentuhan pertama seorang suami. Sentuhan penuh syahdu. Penuh asyik!
Hati semakin bergelora dengan aneka ragam rasa apabila Taufik menyarungkan sebentuk cincin di jari manisnya. Namun bukan cincin itu yg menjadi perhatian Nurul Hana. Sebaliknya kata kata yg dilafazkan oleh Taufik sewaktu Nurul Hana mengucup jari jemari lelaki itu.
"Ya allah, ya tuhanku! Inilah isteriku. Inilah suri hatiku. Penyeri kehidupanku. Akan aku cuba membahagiakan dirinya. Akan aku cuba menjaga hatinya. Semoga nanti, kau bukakan pintu hatinya untukku. Untuk menerima diri ini!"
Aduhai! Kenapa romantis sangat bicaranya? Kenapa menggoda benar ? Kenapa skrng? Kenapa hari ini? Waduh waduh ! Bisa kalut ni!
Entah mengapa, hari ini dia melihat Taufik dari sudut pandangan yg berbeza. Selama ini Nurul Hana menganggap lelaki itu seorang pelakon seperti pelakon jahat dan kejam! Tapi pada hari ini, Taufik yg itu tidak ada. Sebaliknya di sisinya berdiri seorang lelaki yg asing. Taufik terlalu romantis. Taufik yg menawan senyumannya!
Berdiri takkena. Berjalan takkena. Lantas, Nurul Hana duduk bersila di atas katil yg berhias indah kelopak kelopak mawar merah yg bertaburan di sekelilingnya di atas katil itu, menambah kelajuan degupan jantungnya. Maklumlah malam pertama katakan.
Pada waktu dia berkeadaan seseorang yg sedang membuat senaman yoga itulah Taufik memasuki kamar. Melihat Nurul Hana dengan mata terpejam bersila di atas katil, senyuman nakal Taufik melebar. Langkah diatur perlahan lahan untuk mendekat. Di hadapan Nurul Hana, dia menghembus nafas lembut, membuat Nurul Hana tersentak.
"Awak?"
Taufik ketawa.
"Puan Ana, yoga dah diharamkan oleh jakim tau," usiknya bersahaja.
Nurul Hana melompat turun dari katil dan kini sedang berdiri agak jauh daripada suaminya. Sengaja menjarakkan diri.
"Saya bukan buat yoga. Saya cuma hendak merehatkan otak sekejap!" balasnya.
"Merehatkan otak? Kenapa? Otak ana dah buat apa sampai penat? Hmm abang tau! Ana penat memikirkan kita berdua kan?" usik Taufik sambil membuka butang baju kemeja lengan panjang yg dipakainya.
"Ehhh.....eeee...weh! Kalau nak buka baju ke apa ke pergilah masuk ke dalam bilik air. Janganlah kat sini. Malulah!"
Taufik ketawa merenung wajah isteri yg merona merah. Usikannya belum berbalas kini tindakannya dipersoal. Geli hati sungguh melihat isterinya yg menggelabah. Nampak gaya, kalau aku terus usik dia, mahu menangis ni! Hati berbisik.
"Abang nak mandi. Ana dah sembahyang?" Taufik kemudian bertanya kepada isterinya.
"Dah."
"Okey! Ana rehatlah! Abang nak mandi dulu! Lepas tu nak sembahyang, lepastu emmm aummm"
Nuru Hana malu mendengar apabila Taufik mengusik begitu lalu dia terus berlari ke kati. Membaringkan diri dan menarik selimut sehingga menutupi kepala. Dan, kerana terlalu letih, dengan mudah sahaja, Nurul Hana terus terlena.

Sewaktu Taufik memberitahu bahawa cuti bulan madu akan menyambung selepas tiga hari memadu kasih di Palm Garden, Nurul Hana terpegun. Wajah tidak percaya mendepani suaminya.
Taufik ketawa mengusik. "Ana takkanlah bulan madu kita cuma tiga hari aje sayang? Mana boleh! Cuti abang ada lagi lima hari tahu!"
"Orng ingat tadi, bila dah suruh kemas tu, aw.....a...abng nak ajak balik"
Taufik ketawa mengekeh. Dia mengusik, "hisy, budak ni! Dah kahwin pun duk tergagap gagap lagi nak panggil abng, abang."
Wajah Nurul Hana merona merah. Dia membalas "orng takbiasa lagi."
Taufik merenung ke kiri dan ke kanan, ingin mengusik lagi. "Orang mana, ana?"
Nurul Hana mengetap bibir, geram. Taufik ketawa lagi girang.
"Kita nak ke mana pulak? Langkawi?" Nurul Hana bertanya.
"Nope!" balas Taufik sambil menghulurkan dua tiket penerbangan MAS.
Nurul Hana terpegun. Sungguh dia tidak menyangka sebaik sahaja terpandang destinasi pilihan Taufik.
"Switzerland? Jauhnya!"
Nurul Hana rasa teruja. Seumur hidup, manalah pernah dia pergi ke luar negara. Segalanya hanya melalui tontonan di kaca TV sahaja.
"Memang jauh tapi masa ni, seronok pergi sana. Musim salji. Sejuk" bisik Taufik penu romantis.
Nurul Hana yg masih malu malu, merona merah pipinya.
"Waktu belajar dulu, abang dah pernah pergi sekali. Masa sampai kat atas gunung tu, abang dah pasang impian dah. Mesti nak bawak Ana pergi sana!"
"Bawak ana?"
Taufik ketawa. "Maksud abang, bawak isteri abang pergi bulan madu di situ."
"Switzerland...."
"Ya sayang! Switzerland!
"Dilwale...."
Taufij menjongketkan kening. Tidak memahami. Apa pulak bendanya ni?
Nurul Hana tersengih. "Cerita hindustanlah! Dilwale? Shah Rukh Khan? Takkan tak kenal?" soalnya.
Taufik menggelengkan kepala. "Apa kaitannya antara Switzerland dengan cerita Hindustan tu?" soalnya masih keliru.
"Teruknya! Shah Rukh Khan pun takkenal! Diorng pergi berlakon kat sana dalam cerita tu." Nurul Hana menerangkan.
"Ooo...."
"Dia pandai menari tau!" Nuruk Hana memberitahu sambil menggoyang-goyangkan pinggulnya.
Ternganga mulut si suami memerhati dan akhirnya ketawa lalu bangun menghampiri.
"Macam ginilah!" Taufik pula bergelek lalu merangkul tubuh Nurul Hana. "Macam gini...."

Hye guys, keep vote and comment oky!
P/s kalau ada typo tu ignore je oky hagaga

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now