Bab10

113 6 0
                                    

Sekali lagi Nurul Hana berada di dalam kereta besar ini. Duduk di sebelah pemandu yg bernama Taufik Azhari. Menghidu bauan selepas mandi lelaki itu yg menyegarkan. Aduhai, kenapakah bila bersama lelaki ini, fikiran jadi begini? Nurul Hana menyoal hati. Mengapakah asyik memikirkan tentang dirinya? Pakaiannya? Rambutnya? Wajahnya? Harumannya? Segala-gala? Mengapa?
   Nurul Hana mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Memandang lampu lampu neon yg bergemerlapan. Memerhati kenderaan kenderaan yg lalu lalang. Semua itu dilakukan supaya fikiran tidak lagi fokus kepada lelaki di sebelahnya.
     "Nanti senget tengkuk awak tu, ana."
     "Apa?" Nurul Hana segera merenung Taufik. Kehairanan.
    "Yang awak duk tengok luar tu, buat apa? Tengok saya kan bagus?" soal Taufik dalam tawa.
     Nurul Hana menjuihkan bibir. Menyampah dia mendengar kata kata lelaki itu. Gatalnya... "Ni lambat lagi ke nak sampai?" tanya dia.
     "Kita dah sampai pun." Jawab Taufik sambil memarkir keretanya. Enjin dimatikan di hadapan sebuah restoran yg cahayanya suram sahaja.
     Berdebar hati Nurul Hana melihatnya. Ada juga kedai macam ni? Gelap sahaja? Apa yg dihidangkan di tempat sebegini? Desis hati Nurul Hana.
   Taufik kehairanan melihat Nurul Hana mematungkan diri. Apalah lagi yg takkena dengan anak dara ni?
    Tiba tiba Nurul Hana bertanya,"ini kedai makankah?"
    Terperanjat Taufik mendengar soalan itu. Namun selepas itu dia ketawa besar. Ana... Ana....
    "Tak, ini kedai basikal!" perlinya. Wajah berkerut di sebelahnya direnung lalu menyambung, "kita nak makan di sini cik Nurul Hana. Silalah turun."
    "Awat gelap?" Nurul Hana menyoal.
     Taufik ketawa lagi. "Sebab ni tempat makan untuk pasangan pasangan yg sedang bercinta." Dia bercanda.
      Nurul Hana menjegilkan matanya. Mata semakin besar bila mendengar Taufik bertanya. "Awak nak keluar sendiri atau awak nak saya dukung awak masuk ke dalam?"
     Dia tidak menunggu Nurul Hana menjawab soalan itu. Taufik ingin membukakan pintu di sebelah. Namun Nurul Hana yg kalut ingin segera keluar. Lantas pintu ditolak, membuatkan Taufik yg ingin membuka pintu hampir hampir tersungkur.
      "Aduh!" Taufik menjerit. Kasar juga minah nih, dengusnya. Ketika dia mendongak, mata mereka bertentang. Wajah Nurul Hana menahan tawa, ditatap geram.
      "Hah, gelaklah!" ujar Taufik. Hasrat untuk marah terbantut apabila melihat Nurul Hana ketawa riang. Aduhai, cantiknya dia....
      "Encik Taufik, lainkali takpayahlah nak bukakan pintu kereta untuk saya. Saya boleh buka sendiri, tahu!" kata Nurul Hana.
     "Kalau ya pun, sebelum buka pintu tu, tengok tengoklah kiri dan kanan."
    "Mujur tak tertiarap atas tar tadi..." balas Nurul Hana perlahan namun tetap didengari oleh laki itu.
    "Amboi, sukanya dia..." Taufik berkata seolah olah berkecil hati.
   Nurul Hana berpura pura tidak mendengar.

Mereka dibawa ke sebuah meja yg terletak di suatu sudut. Nurul Hana membiarkan sahaja Taufik memilih makanan daripada menu yg telah disediakan.
   Berselera sungguh Taufik menikmati hidangan yg sampai 20minit kemudian. Laju sahaja dia menyuap. Nurul Hana pula makan dengan perlahan-lahan. Pada ketika itu, ingatannya terimbau ke kampung halamannya. Hai, rindu betul pada kari emak yg sedap!
     "Kenapa termenung pulak tu?"
      Argh! Lelaki ini sentiasa sahaja memerhati dia. Nurul Hana tersengih.
     "Rindu gulai kari yg emak saya masak. Mmm, sedap!" jawabnya
     Taufik tergelak. "Oh, jadi dirumah pun awak ni takla pandai masak sangat kan? Kalau tidak tentu awak tak rindukan air tangan mak awak." usiknya.
    "Awak jangan sesedap rasa cakap saya taktahu masak encik Taufik! Untuk pengetahuan awak saya ni boleh masak apa sahaja. Masakan kampung? Western? Sebut aje tau!" balas Nurul Hana sambil menjeling lelaki itu. Geram dikatakan taktahu memasak. Uisy....
     "Baguslah kalau macam tu, saya pun bukannya suka sangat makan kat luar," jawab Taufik sambil tersenyum-senyum.
    Tidak kuasa Nurul Hana melayan gurauan lelaki itu. Peduli apa dia jika lelaki itu suka ataupun tidak suka makan di luar? Tidak ada kena mengena langsung!
     "Encik Taufik, dahlama kita disini. Awak kata awak nak bincang tentang Irfan. Cakaplah, saya dengar ni." Nurul Hana bersuara tegas.
    Taufik menghela nafasnya sambil merenung muka Nurul Hana dalam dalam. Dia memulakan bicara. "Okey, saya sebenarnya kecil hati dengan awak, ana. Awak ingat saya ni Along ke? Tu yg awak nak tinggalkan kad bank dan Ic awak pada saya?"
    Wajah Nurul Hana merona merah. "Tak! Janganlah cakap macam tu. Saya takpernah ingat encik ni Along ke lintah darat ke. Takpernah! Saya tinggalkan kad kad tu supaya encik percayakan saya yg ikhlas nak bayar balik hutang tu!"
   "Kalau saya taksetuju dengan cara bayaran awak tu, mcm mna?" soal Taufik tiba tiba.
    "Kenapa pula taksetuju? Kan saya dah beritahu awak yg saya ni miskin. Keluarga saya miskin. Kami tak mampu nak bayar hutang kami pada awak sekaligus. Takkan itu pun takfaham?" Nurul Hana mula marah.
     "Tapi kalau awak mengelat macam mana?" Taufik sengaja ingin menegangkan lagi suasana. Dia tahu Nurul Hana mula marah dengannya. Wajah yg merona merah itu ditatap sambil tersenyum. Tingkah Nurul Hana ketika ini benar benar menggoda.
     "Kalau dah kedekut sangat, kenapa awak buat bayaran kepada doktor tu? Kenapa takbiarkan sahaja? Biar takpayah bedah irfan! Simpan sahaja duit awak tu! Ini tidak! Bila dah buat bayaran, dah nak buat pembedahan, baru nak cakap mcm gini. Awak ingat senang ke saya nak cari duit sebanyak tu untuk bayar balik kepada awak?" Nurul Hana sudah mula menjerit.
Hatinya sakit melihat wajah Taufik yg tenang dan tersenyum senyum.
    "Saya ada cadangan untuk awak langsaikan hutang tu."
    "Yalah tu! Bila dah sakitkan hati saya dah buat saya marah, baru nak cakap ada cara. Ada cadangan!" Nurul Hana bersuara. Wajahnya diangkat untuk merenung wajah Taufik. Bertambah sakit hatinya melihat senyuman yg terukir di bibir. "Cakaplah apa dia?"
     Taufik membetulkan duduknya. "Kahwin dengan saya," katanya tegas dan penuh keyakinan.
    "Awak cakap apa ni Encik Taufik? Kahwin dengan awak? Siapa yg awak nak suruh kahwin dengan awak?" tanya dia setelah agak lama suasana sepi di situ.
    Taufik ketawa. "Hai, saya kan tengah berbual dengan awak. Tentulah awak yg saya ajak kahwin!"
   Debaran di hati tidak terkawal. Untuk menyembunyikan keresahannya, dia tiba tiba ketawa. Tidak dihiraukan pandangan Taufik yg serius ke wajahnya.
     "Masya-Allah, Encik Taufik. Kenapa dengan awak ni? Demam ke? Kita kan sedang soal duit? Yg awak tiba tiba cakap hal kahwin apasal? Lawaklah awak ni," balasnya dengan getaran di dada yg semakin memuncak. Risau!
   "Ana, tengok muka saya ni! Serius atau sedang bergurau dengan awak?" soal Taufik dengan wajah yg serius.
    "Saya memang hendak kahwin dengan awak, Nurul Hana! Skrng ni saya, Taufik Azhari bin Ahmad Rizal sedang melamar Nurul Hana binti Abdullah untuk menjadi isteri saya. Awak setuju atau tidak,ana?" Kata Taufik lagi.
    Dada Nurul Hana bergetar. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu mengapa lelaki di hadapannya ini mengemukakan cadangan itu. Mereka baru sahaja berjumpa. Kenapa pula tiba tiba sahaja mereka perlu berkahwin?
     "Saya takfaham mengapa kita mesti berkahwin. Apa kaitan antara hutang saya pada awak dengan saya kahwin dengan awak?" soalnya setelah dia mendapat suaranya.
    "Kalau awak kahwin dengan saya, hutang tu kira langsai!" jawab Taufik sambil tersenyum.
   Nurul Hana tergamam. Mengapa mereka perlu berkahwin hanya melangsaikan hutang?
    "Kenapa?" Nurul Hana bersuara.
Taufik menjongketkan kening.
     "Encik Taufik! Kenapa awak sanggup memperalatkan maruah seorang perempuan kerana wang? Kenapa awak sanggup mempermainkan harga diri saya untuk kepentingan diri awak? Hina sangatkah seorang perempuan miskin mcm saya sehingga saya mesti mempertaruhkan masa depan saya untuk kepuasan nafsu awak? Awak tahu saya tak berdaya dan awak mengambil kesempatan?" marahnya.
    Taufik tergamam mendengar tuduhan Nurul Hana terhadapnya. Dia mengambil kesempatan? Satu tuduhan yg tidak berasas. Lantas dia berkata, "kalau saya seperti yg awak katakan itu Nurul Hana, saya tak akan ajak awak kahwin! Saya akan ajak awak ke hotel. Bukan duduk di sini. Makan dan berbincang!"
     "Tolonglah! Jangan nk merapu. Kita sedang bercakap tentang cara bayaran tu. Encik Taufik, saya hanya dapat bayar hutang awak dengan cara saya. Bukan cara lain! Saya tak mungkin kahwin dengan awak!" tegas Nurul Hana.
   "Kenapa tidak?"
    "Awak ni waras ke tidak? Kita baru jumpa. Kita baru kenal! Macam mana nak kahwin?" soal Nurul Hana kuat.
    "Itu rupanya ana. Mak bapak kita dulu pun tidak saling mengenali bila mereka berkahwin."
    "Awak ni tak reti bahasa ke? Saya taknak kahwin dengan awak! Saya ada tanggungjawab kpada keluarga saya. Kepada Irfan! Boleh tak awak fikir sikit?" Nurul Hana semakin tidak dapat mengawal suara.
     "Dan awak juga tak reti bahasa ke ? Saya nak awak kahwin dengan saya sebagai membalas apa yg saya dah buat untuk Irfan! Saya tak hendak duit. Saya nak awak!" Taufik pula meninggikan suara.
     "Awak ni dah gila ke?" Soal Nurul Hana keras.
     "Ya, saya gila kat awak!" Taufik mengakui.
    Nurul Hana mendengus. "Jangan main main Encik Taufik!" marahnya.
   "Saya takmain main ana!" Jawab Taufik tegas.
    "Saya seharusnya berfikir panjang sebelum mencari awak." Nurul Hana membalas.
     "Kita akan kahwin bila Irfan dah sembuh nanti. Kita akan buat majlis kahwin tu disini. Semuanya, keluarga saya akan uruskan. It will be a grand wedding. Majlis yg akan awak ingat seumur hidup awak."
    "Jadi, semuanya awak dah rancang dengan rapi, ya? Awak ingat dengan buat majlis besar besaran mcm tu awak boleh beli saya? Beli hati saya? Jangan haraplah, Encik Taufik. Awak takkenal saya lagi. Sekali saya dah benci awak...."
    Sekali lagi Taufik memintas kata kata Ana sambil ketawa. "Benci boleh bertukar menjadi cinta."
    "Tak mungkin!"
     "Awak mencabar saya tu!"
     "Mimpilah awak! Saya taknak kahwin dengan awak. Saya takpeduli apa pun yg awak cakap. Saya tetap akan bayar hutang tu dengan cara saya. Awak suka atau tidak, nak terima atau tidak, suka hati awak. Saya takkisah!" Nurul Hana menolak kerusinya dengan kasar. Benci untuk melihat wajah itu.
     Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia berlari ke IJN. Mahu sahaja dia pergi jauh dari situ. Tapi dikeraskan hatinya. Dia tidak mahu lelaki ini tahu betapa kecewanya dia dengan apa yg mereka bincangkan tadi.
    Taufik melangkah dengan tenang menghampiri keretanya. Gadis yg sedang marah itu direnung seketika. Dia tahu dia silap malam ini. Cara dia melamar tidak betul. Dia tahu itu! Dia sedar?

Nurul Hana melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hairan dengan keadaan Kuala Lumpur yg sentiasa sibuk. Siang malam, kenderaan sentiasa sesak di jalan raya. Apakah manusia tidak pernah lena di sini? Sibuk mencari wang sehingga menjadi buta? Buta mata dan hati pada kemanusiaan seperti insan disebelah aku ini?
    Nurul Hana benar benar tidak menyangka sampai begini sekali yg terpaksa dikorbankannya demi Irfan.
   Dan ketika Taufik memberhentikan kereta di luar bangunan, dia berpusing dan berkata "saya takmahu kahwin dengan awak Encik Taufik. Saya bukan barang dagangan untuk dibuat taruhan sesuatu yg awak lakukan. Kerana kalau saya berkahwin, saya nak kahwin dengan lelaki yg saya cinta. Kalau saya berkahwin saya nak kahwin dengan lelaki yg cintakan saya sepenuh hatinya. Bukan dengan lelaki kaya yg menganggap duit dia yg banyak tu boleh beli saya." Kata Nurul Hana.
    Taufik menghembuskan nafas. Terkedu mendengar kesatnya kata kata Nurul Hana kepadanya.
    "Untuk apa sahaja yg awak katakan pada saya tadi, saya anggap ia tidak pernah berlaku. Tolonglah! Demi Irfan jangan malukan saya sebegini!"
    Nurul Hana turun tanpa mengucapkan terima kasih. Dia turun tanpa memandang seraut wajah itu. Dia berlari memasuki hospital itu, mencari suatu ruang untuk dia menangis sepuas puas hatinya.

Hye guys, keep vote and comment oky. Sorrylah Nurul Hana memang keras kepala. But untuk tahu apa yg terjadi seterusnya, jangan lupa untuk teruskan baca oky 😘
P/s kalau ada type, just ignore oky hagaga.

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now