Bab 1

175 13 4
                                    

Nurul Hana sedang berdiri di atas platform jeti Pulau Pinang. Gadis itu sedang gelisah. Wajahnya cemas sekali. Sesekali, leher dipanjangkan untuk melihat sama ada feri yg akan membawanya ke Tanah Besar sudah sampai ataupun belum.
"Lambat sungguh! Kan baik kalau aku naik motor dari kulim tadi. Takpayah nak tunggu feri ni! Aku pecut kat atas jambatan saja! Dalam tempoh sejam, aku boleh sampai semula di hospital." Nurul Hana atau panggilan manjanya, ana, merungut sendirian.
Bagaimanapun, Nurul Hana tahu itu hanyalah angan-angan sahaja. Ayah dan ibunya tidak mungkin akan mengizinan dia menunggang motosikal sejauh ini, walau dia memang sudah mempunyai lesen. "Buat apa nak naik motor? Nampak mcm budak jantan saja!" bentak emak kepadanya, di suatu hari.
Itu bukanlah alasannya. Nurul Hana tahu itu. Emak sebetulnya takut dia kemalangan seperti suatu waktu dahulu. Walaupun kecederaan yg dialami tidakla seteruk mana, emak masih fobia untuk membenarkan dia menunggang motosikal.
Nurul Hana, anak kepada Abdullah dan Mariam. Dia mempunyai empat orng adik beradik, kesemuanya perempuan. Nurul Hana berumur 21tahun , di bawahnya ialah Nurul Nadia, 20, dan adik bongsunya bernama Nurul Aida berusia 5 tahun . Kakaknya bernama Nurul Liyana dan kerana kakak sulungnya itulah dia datang ke pulau ini.
"Ana, nnti ana pergilah ke citibank, pulau pinang. Kak long nak minta tolong ana tunaikan cek ni," pinta kak longnya sambil menghulurkan sekeping cek kepada Nurul Hana.
Bulat sepasang mata Nurul Hana melihat amaun yg tercatat.
"Banyak ni, kak long! Nak buat apa dengan duit sebanyak ini?" Jeritnya bila melihat angka Rm5000 yg tercatat pada cek tersebut.
"Ana, dah kak long suruh tu, buat ajelah!" Tiba tiba ibu mereka mencelah. Sepasang mata meminta supaya Nurul Hana tidak bersuara lagi.
Nurul Hana patuh kepada arahan ibunya. Apatah lagi bila melihat keadaan kakak sulungnya yg tidak bermaya. Kakak yg sedang terbaring dalam keadaan yg cukup lemah di atas katil di Wad 10 Hospital Kulim.
Seminggu yg lepas, Nurul Liyana dimasukkan ke dalam wad kerana dia sakit untuk melahirkan. Setelah didapati bahawa kandungannya songsang. Sebaik sudah dibedah, keadaan kesihatan Nurul Liyana bertambah buruk. Dan sejak semalam, doktor mengisytiharkan keadaanya sebagai kritikal.
Bagaimanapun, pada pagi tadi, ada sedikit kemajuan. Nurul Liyana sudah boleh membuka sepasang mata. Kakaknya itu juga boleh bercakap dengan mereka. Sudah meminta untuk melihat anak lelakinya. Juga, sudah boleh menyuruh Nurul Hana pergi ke Pulau Pinang, sesuatu yg amat berat untuk dilakukan dalam keadaan hati yg dihambar kerisauan!
Dan, baru sebentar tadi, Nurul Nadia menelefon memberitahu bahawa keadaan Nurul Liyana kembali tenat. Kata Nurul Nadia, pada ketika ini beberapa orng doktor dan jururawat sedang mengelilingi Nurul Liyana untuk membantu selagi mampu.
Nurul Hana berasa sangat bimbang. Nurul Liyana seorang sahaja kakak yg dia ada. Nurul Liyana, kakak yg sangat disayangi. kakak yg sangat dikasihi.
Oh tuhan, janganlah terjadi apa apa kepada kak Long! Janganlah! Dia masih terlalu muda untuk pergi. Dia belum puas menatap wajah anaknya! Bisik Nurul Hana di dalam hati.
Dalam linangan air mata, Nurul Hana berjalan bersama-sama penumpang penumpang yg lain menuju ke arah Feri Pulau Angsa yg baru tiba. Dia dalam keadaan tergesa-gesa. Dia ingin segera pulang. Dia ingin mendapatkan kakak kesayangannya. Ya, dalam hati tiada lain yg diingat, hanya kakak sulungnya sahaja. Nurul Liyana!

"Weh, kalau ya pun nak cepat, janganlah langgar orng! Bila awak naik feri itu nnti, awak kena duduk juga! Kalau awak terus berjalan laju macam tu, awak akan jatuh ke dalam laut, tahu!" Taufik Azhari menjerit geram kepada seseorng gadis yg baru sahaja melanggarnya. Hatinya bertambah sakit bila gadis itu terus sahaja berlalu tanpa menoleh untuk meminta maaf. Amboi amboi pekaknya. Lajak menonong-nonong tak peduli kiri dan kanan macamlah jalan nih bapa dia yg punya! Marah Taufik dalam hati.
Dengan ketinggian tubuhnya, Taufiq memerhati gerak langkah gadis itu memasuki feri. Gadis yg tinggi lampai memakai seluar jean berwarna biru yg sudah pudar warnanya. Seluar itu dipadankan pula dengan sehelai blaus berlengan panjang yg dilipat sedikit hujung lengannya. Dari belakang, rambut yg panjang mencecah pinggang itu menarik perhatiannya. Rambut yg terurai, tidak diikat itu sedang terbuai buai dihembus angin petang. Di dalam feri, gadis itu tidak duduk di bangku, sebaliknya dia berdiri berhampiran pintu keluar.
Hai, kenapalah kau seolah-olah sudah tidak sabar untuk sampai ke seberang? Harap-harap, janganlah kau terjun ke dalam laut itu, ya!
Entah kenapa, gelagat gadis itu menarik perhatiannya. Dari tempat dia berdiri, Taufik setia memerhati. Semakin galak matanya merenung bila telefon bimbit gadis itu berbunyi, langsung terpukau bila beberapa detik selepas itu, dilihat air mata si gadis sedang menitis menuruni pipi. Tiada bunyi meraung yg kedengaran, namun air mata yg menitis bagaikan hujan, menggambarkan kesedihan dan penderitaan.
Apakah agaknya berita yg diterima sehingga menyebabkan dirinya sesedih itu?
Alah, tentu ditinggalkan kekasih tu! Perempuan! Itu sahajalah yg dia tahu! Bila sedih sikit, menangis! Gerutu Taufik sendirian lalu mengalihkan pandangan namun tudak lama kemudian, dia kembali memberi tumpuan ke arah si dia. Bagai ada satu tarikan gadis itu terhadapnya. Ada aura yg tidak dapat dijelaskan.
Kesedihan yg terpapar mengusik jiwa lelakinya. Terasa ingin diseka air mata yg mengalir di pipi yg mulus. Terasa ingin menghampiri untuk mendengar keluh kesah yg sedang dideritai. Terasa ingin menolong menyelesaikan apa jua masalah yg sedang dihadapi!
Ketika Taufik ingin melarikan pandangan sekali lagi, buat pertama kali pandangan mereka bertaut. Sedetik cuma... Namun amat mengesankan jiwa lelaki itu. Sepasang mata yg masih basah itu merenungnya seketika sebelum dikalihkan ke laut yg terbentang luas.
Ketika itu telefon bimbit berkamera milik Taufik, berbunyi. Di hujung talian, ayahnya ingin mengetahui apakah masalah yg sedang dihadapi di tapak pembinaan di Sungai Nibong sudah dapat diselesaikan. Bibir menjawab setiap pertanyaan namun sepasang mata tidak langsung dilarikan ke arah lain. Dan, sebaik tamat, Taufik sengaja menghidupkan kamera lalu terus dihalakan kepada gadis itu.
Buat pertama kali, Taufik tahu, dia melakukan sesuatu yg gila! Namun moment indah ini tidak mahu dibiarkan begitu sahaja. Dan, wajah itu akhirnya berjaya dirakam. Maafkan aku! Tapi kau terlalu cantik untuk ku lupakan! Desis hati.

"Ana, kak long dah tak ada!"
Berita sedih itu akhirnya diterima juga. Ayahnya yg memberitahu sebentar tadi. Berita itulah yg menyebabkan deraian air matanya tidak mahu berhenti. Kini, kakaknya sudah benar-benar pergu. Pergi yg tidak akan kembali!
Aduhai, kasihan Irfan. Dalam usia baru tujuh hari, dia sudah menjadi seorang anak yatim piatu. Betapa malang nasibnya kerana tidak berkesempatan untuk mengenali ayah dan ibu.

Hye gais ! So how buat setakat nih Oky or not ? Apakah yg akan terjadi selepas itu ? Jangan lupa sambung baca oky . And jangan lupa comment and vote 😘

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now