Hanya pak Abu yg menyambut kepulangan mereka di lapangan terbang. Senyuman yg dihulur nampak terlalu payah dikuntum.
Perjalanan ke Teratak Rezza amat membosankan Nurul Hana. Kedua dua lelaki itu berbisik bisik. Nurul Hana cuba menadah telinga luas luas. Cuba mencuri curi dengar segala yg dibisikkan namun malang, dia tidak dapat menangkap butir bicara. Nurul Hana rasa geram yg teramar. Rasa terpingir dan rasa tidak dipedulikan. Lantas, dia menendang-nendang bahagian belakang tempat duduk Taufik. Bagai anak kecil yg meminta perhatian. Hanya dia tidak bersuara.
Pak Abu tersenyum menoleh. "Puan sihat?" soalnya.
Dalam getar suara menahan marah, Nurul Hana menyindir, "ai, baru nak tanya? Pak Abu ni.... Kecik hati Ana, tau!"
Pak Abu ketawa. Langsung tidak terasa dengan sindiran tersebut.
"Puan nampak sihat sangat. Muka pun berseri seri. Lagipun, fik tentu jaga puan dengan baik, ya tak?"
"Alah dia nih!" balas Ana sambil terus menendang belakang kerusi itu lagi. Masih tidak berpuas hati apabila Taufik berpura pura tidak mempedulikan perbuatannya.
"Pak abu, tolong berhenti kat depan tu ya,"
Pak Abu segera memberi signal untuk meletak kereta di bahu jalan.
Nurul Hana terpinga-pinga. "Eh, aw....eh, nak buat apa ni? Kalau nak bayar hajat pun, takkanlah kat tepi jalan pulak?"
Taufik segera turun. Tidak lama selepas itu, pintu kereta di bahagian belakang dibuka. Taufik masuk, menghimpitkan diri kepada isterinya apabila Nurul Hana tidak bergerak.
"Kenapa ni? Nak apa?" Nurul Hana bertanya dengan wajah penuh persoalan. Tubuh yg ingin menjauh tiba tiba diraih oleh Taufik.
"Mana kaki nakal tadi? Yang tendang tendang kerusi abng tu?" soal Taufik sambil meraih kedua dua belah kaki isteri dan mengurut manja. "Penat sangat eh? Oky, ana luruskan kaki atas paha abng, boleh abng urut urutkan. Abng ni, bab mengurut memang terror! Kejap lagi mesti ana lena punya!" usiknya.
"Eii janganlah!" Nurul Hana cuba menarik kedua dua kakinya turun namun tangan kekar suami, masih mencengkam. Wajah didekatkan. "Abang, Pak abu tengok! Ana malulah!"
Taufik berbisik " lain kali, jangan buat mcm gitu lagi! Tak manis tau"
"Dah awak tu yg tak pedulikan orng langsung? Kita kan bertiga di dalam kereta ni, jadi mana boleh awak berbisik bisik dengan Pak Abu dan mengecilkan hati orng! Takbaik tahu," Balas Nurul Hana berbisik juga, bimbang Pak Abu mendengar kata katanya.
"Sayang, kitorng bukan mengutuk awak"
"Habistu kenapa berbisik-bisik?" soal Nurul Hana tegas.
Taufik memandang seraut wajah ayu di sisi dengan satu renungan yg amat mendebarkan.
"Malam nanti abng kasi tahu ya," bisiknya bersama sama sekuntum senyuman penuh erti.
"Malam?"
"Ia sebenarnya nnti bila sampai kat rumah, ana aje yg turun. Abng kena pergi ofis. Ada mesyuarat tergempar dengan Lembaga Pengarah, termasuk umi. Sampai bila takpasti pulak. Apa apa hal, nnti abng call ana." Taufik memberitahu.
"Jadi, memang ada benda buruk yg dah jadi ya? Dari semalam Ana dah rasa kurang sedap dah. Teruk sangat ke?" Nurul Hana menyoal ingin tahu.
Taufik menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
"Umi tak cakap apa apa semalam?" Nurul Hana cuba mengorek.
Taufik tetap menggeleng.
"Tadi masa..."
Taufik segera memintas sambil tangan si isteri diraup ke dada. "Jangan risau sangat. Apa apa pun masalah kat pejabat tu, insyaAllah tentu kita boleh selesaikan nanti."
Nurul Hana terharu mendengar ujaran Taufik. Ya, lelaki ini nampaknya tidak mengenepikan dirinya. Perkataan kita membawa maksud suaminya ini melibatkan dirinya. Amboi, rasa bertuah tiba tiba. Benarlah, perkahwinan adalah satu ikatan yg mengeratkan suatu perhubungan. Mendekatkan dua hati , menyatukan dua jiwa untuk saling mencintai. Hmm...Suasana di dalam pejabat agak tegang. Puan Rohani sudah berapa kali mendengus kasar. Taufik pula begitu tekun meneliti setiap helaian dokumen yg diberikan sejak dia menjejakkan kaki ke dalam bilik itu hampir satu jam yg lalu. Daripada riak wajah, tidak si ibu, tidak juga peguam mereka, Encik Aizul, dapat meneka apa yg difikirkannya.
"Aizul, kau pasti ke surat ni sah di sisi undang undang? Dah semak betul betul?" tanya Taufik.
"Sudah fik. Sebelum ni, kita dah hantr surat tu ke makmal untuk memastikan sama ada tandatangan yg ada betul betul milik Lan ataupun tidak," jawab Encik Aizul penuh yakin.
"Jadi?" Puan Rohani bertanya.
"Memang tidak ada keraguan langsung, Puan Rohani. Jelas diakui, tandatangan itu diturunkan oleh Roslan. Ini hasilnya," balas Encik Aizul sambil menghulurkan laporan DNA yg telah dibuat.
"Maknanya..."
"Sebelum Roslan meninggal, dia dah menulis wasiat ini!"
Merah padam wajah Puan Rohani menahan marah. Hati sedang menggelegak, bagai lahar gunung berapi yg panas membara. Geram! Sakit hati! Kecewa!
"Tentu aje ini kerja perempuan gila tu! Perempuan tamak tu! Sudah mati pun masih menyusahkan hidup kita! Menyukarkan hidup kamu Taufik!" luah Puan Rohani. Kemarahan terhadap Nurul Liyana sudah tidak dapat dikawal.
"Umi, kita tidak boleh menuduh!" Taufik cuba mengingatkan ibunya.
"Kamu ni Taufik! Semua dah jelas dah. Wasiat Lan tu tak berpihak kepada kita langsung! Itu pun kamu masih nak kata umi menuduh?"
"Jangan umi. Jangan sebut perkara yg kita tak pasti. Jangan butakan mata hati kita hanya kerana harta. Jangan fikir bukan bukan sebab kita tak ada bukti" keras Taufik menegah.
"Taufik Azhari bin Ahmad Rizal! 50 peratus bahagian Lan dalam syarikat tu, bukan sikit tahu? Bukan sikit! Itu hasil titik peluh ayah kamu selama bertahun tahu. Ini juga hasil penat lelah kamu selama ini! Sekarang dengan mudahnya separuh daripada harta kita dah jadi milik hak diorng! Kamu tahu tak ni? Sedar tak ni?" jerit Puan Rohani penuh emosi.
Taufik menarik nafas dalam dalam.
"Tapi Irfan bukan orng lain umi. Irfan tu anak saudara fik. Cucu umi juga" Taufik mengingatkan.
"Si liyana tu dah mati! Takkan dia boleh rancang sejauh ini. Entah entah ini rancangan bini kamu tak,fik? Budak tu... Nampak aje baik. Dibandingkan dengan kakak dia, dari segi sikap, memang nampak Ana ni lebih sopan, lebih menghormati umi. Tapi siapa tahu? Mungkin masa Liyana hidup dulu dia dah cerita yg bukan bukan. Jadi ana nak balas dendam pada kamu! Tak mustahil tu fik!"
Taufik melepaskan satu keluhan. Tuduhan umi terhadap Nurul Hana amat berat. "Tak mungkin ana, umi! Tak mungkin dia!"
"Kamu pun takpasti kan? Kamu pun tak yakin dengan dia. Takgitu, fik?"
Taufik tidak menyahut.
"Aizul macam mana perkara ni boleh timbul? Siapa yg dtng ke syarikat kau? Siapa yg buat hal ni?" soalnya dengan wajah serius.
Encik Aizul menghulurkan semula surat kuasa itu kepada Taufik.
"Azman and Associates? From kulim?"
Dahi Taufik berkerut. Sesuatu yg tidak enak sedang bermain di fikirannya. Sesuatu tentang Nurul Hana.
Kerana Azman and associates itu ialah syarikat tempat isterinya pernah bekerja sebelum mereka berkahwin dahulu!
Mungkinkah ini semua rancangan Ana? Mungkinkah ini angkara isterinya? Mungkinkah ana? Soalnya penuh curiga dalam hati.Alamak apa pula dah jadi ni ?? Korng rasa Nurul Hana ke yg plan nih? So keep reading and vote oky gais , thnkyou .
P/s if ada typo tu ignore jelaa eh hehe

ANDA SEDANG MEMBACA
Kasih Bersulam Cinta
Romance" Assalammualaikum . " Tangan kanan dihulurkan . " Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal . Saudari tentu pernah dengar nama saya , kan ?" Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf , ini kali pertama saya dengar nama encik . " Taufik Azhari ~ Nu...