Bab 17

115 3 0
                                    

"Belum turun lagi si Taufik ni, Kak Ton?" Puan Rohani bertanya. Nada suaranya tegas. Kemarahannya jelas.
  "Kejap lagi turunlah tu. Biasalah puan, pengantin baru katakan." balas Mak Ton bersama senyuman pada bibir.
  "Huh! Dah dekat pukul 11:00 ni. Tak ingat nak pergi ofis ke? Orng lain pun kahwin jugak, tapi taklah mengada-ada mcm si ana tu. Sampai suami nak tinggalkan pun payah," bentak wanita anggun itu lagi. Tangan cuba menolak kerusi roda untuk ke ruang hadapan.
  Bunyi ketawa ketawa dari tingkat atas membuat kedua-dua wanita itu mendongak. Melihat kemesraan pasangan suami isteri itu, Mak Ton merasa lega. Senyuman yg dilihat menguntum pada bibir Taufik menunjukkan Taufik sedang berbahagia. Tapi sebaliknya dengan Puan Rohani. Hatinya sakit melihat Nurul Hana. Memerhati mereka, dia terkenangkan Roslan.
  Dulu, arwah Roslan juga bersikap begini. Apa sahaja Nurul Liyana cakap, pasti didengar dengan tekun sekali. Apakah Taufik juga sama? Akan melebihkan Nurul Hana berbanding dia?
  "Umi? Kenapa ni? Umi sakit ke?" Taufik sudah berada di hadapan ibunya. Mata ibu yg berair ditatap. Tangan ibu dicapai dan dikucupi. Kemudian pipi ibu diciumi.
  "Ana, mari sini" Taufik memanggil isterinya. Nurul Hana yg masih terkesan dengan sikap ibu mertuanya yg tidak mempedulikan dirinya sejak kebelakangan ini kelihatan teragak-agak untuk berdiri di samping Taufik, di hadapan Puan Rohani.
  "Sinilah sayang" Taufik menarik tubuh isterinya manja. "Macam ginilah rutin kita pagi pagi tau. Umi tunggu kita kan? Jadi kenalah salam umi okey. Kucup pipi sekali."
  Nurul Hana patuh. Tangan Puan Rohani dicapai dan dikucup. Begitu juga dengan pipinya. Walau kemesraan wanita itu takdapat dirasakan, dia puas. Perintah suaminya sudah dilaksanakan.
  "Yang kamu ni lambat sangat hari ni apasal? Sepatutnya pukul 9:00 kamu sudah berada di ofis, tapi tengoklah! Dah dekat 11:00 sarapan pun belum. Umi taksuka semua ni Fik! No more okay! Takkanlah tak puas puas lagi nak berbulan madu kut?"
  Terasa berdesing telinga Nurul Hana mendengar sindiran ibu mertuanya itu. Namun demi melihat wajah Taufik yg sedikit pun tidak terkesan dengan kata kata ibunya itu. Dia menarik nafas dalam dalam. Cuba menenangkan hati dan perasaannya sendiri.
  "Lainkali goda abang lagi ya. Tengok ni, kesian abang dah kena marah dengan umi." Taufik membuat muka sedih sebaik dia hendak duduk bersarapan.
  Nurul Hana ketawa sambil menuang air kopi pekat ke dalam cawan Taufik.
  "Umi nak roti bakar?" soalnya kepada Puan Rohani.
  Dahi Taufik berkerut kerana ibunya tidak menjawab soalan tadi namun dia cuba memujuk Nurul Hana.
  "Ana, umi makan oat. Kejap lagi lepas Mak Ton panaskan, bolehlah Ana hidang pada umi."
  Nurul Hana mengangguk. Cuba menyembunyikan rasa kecil hati. Cuba menceriakan wajah agar suami tidak nampak betapa dia tersinggung. Lantas, bila Taufik bangun untuk keluar, dia terus sahaja mendahului. Beg suami dibimbit menuju ke kereta.
  Melihat Nurul Hana menanti dirinya untuk berkata sesuatu, dia pantas mendekat. Tangan isteri dicapai. Tubuh isteri ditarik ke dalam dakapannya yg erat.
  "Encik Taufik, lepaslah! Nnti umi nampak..."
  "Alah, abang bukan buat apa pun. Cuma nak minta maaf je"
  "Minta maaf? Oh pasal semalam? Ribut tidak, taufan tak ada, tiba tiba merajuk pegi bilik abang? Tidur dalam biling abang tu ke?"
  "Sorrylah! Abang ikut perasaanlah pulak."
  Tajam pandangan Nurul Hana terhadap suaminya. "Ada benda tak baik dah berlaku kan?"
  "Eh, tak adalah!"
  "Betul ni tak ada apa apa! Habis tu yg abang tengking ana malam tadi? Yg abng lari tidur kat bilik abang tu? Yang umi macam benci aje tengok muka ana? Yang..."
  "Shttt!" jari telunjuk diletakkan di atas bibir isteri.
  "Okey, memang ada masalah dalam syarikat. Masalah kecil aje. Esok lusa, selesailah tu, insyaAllah."
  Nurul Hana malas berbalah lagi. Dia tahu suaminya berbohong. Dia tahu suaminya menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Dia tahu, rahsia itu membabitkan dirinya!

Di dalam kereta, Taufik memejamkan sepasang mata. Kenangan bersama sama Nurul Hana menyebabkan sebuah senyuman muncul di bibir. Ah ana! Tak mungkin ana kan? Tak mungkin!
  "Kita ke lapangan terbang ke fik?"
  Soalan Pak Abu mengejutkan lelaki muda itu. Aduhai, hampir terlupa tentang itu. Sememangnya, dia harus ke lapangan terbang. Dia ingin ke Pulau pinang dan seterusnya ke Kulim. Dia ingin kefirma guaman itu. Dia ingin menyelidik tentang surat wasiat Roslan. Semuanya harus bermula dari situ. Dari pejabat Azman And Associates.
  "Ana, sini sekejap!" Suara ibu mertuanya keras memanggil.
  Nurul Hana segera mendapatkan Puan Rohani. Dia tidak mahu kelewatannya menyebabkan wanita itu marah lagi.
  "Kamu pekak ke? Dahlama aku panggil tapi asyik buat tak dengar?"
  Apabila Nurul Hana tidak menjawab, hati Puan Rohani jadi membara, geram dan semakin marah. Kenapa agaknya budak ni? Dia bisu ke? Pekak ke? Aku cakap apa pun dia tidak menjawab. Aku marah, dia tidak melawan balik. Kenapa ya? Kalau si Liyan tu dulu, dah becok mulutnya melawan balik. Bukan setakat membalas, malah diri aku ini dikutik sesuka hatinya.
  Wajah Nurul Hana yg sedang diam ditatap. Tidak kelihatan riak tidak puas hati. Yg dapat dilihat hanyalah suatu wajah yg seakan akan kebingungan dengan segala sesuatu yg terjadi.
  "Kenapa kamu kawin dengan Taufik, ana?"
  "Hah?" ibu mertuanya memanggilnya hanya untuk bertanyakan soalan ini? Ouch untuk apa ya?
  "Jangan nak buat buat terkejut pulak. Soalan mudah aje tu. Aku nak tau kenapa kamu setuju berkahwin dengan Taufik sedangkan kamu berdua baru sahaja berkenalan. Takkan itu pun susah sangat kamu nak jawab?" herdik Puan Rohani, bergema hingga ke ruang dapur.
  Mak Ton dan Tina terkejut mendengar dari ruangan dapur.
  "Anak umilah. Dia yg paksa Ana kahwin dengan dia" Nurul Hana selamba memberitahu. Uisy takkan umi taktahu?
  "Oh! Jadi kamu kahwin dengan dia sebab dia paksa kamu. Bukan sebab kamu suka dia ke, cinta dia ke. Gitu?" Puan Rohani bertanya keras.
  "Macam mana nak cakap eh?" Nurul Hana memulakan bicara. Lembut nadanya mengungkapkan.
  "Bukan mudah untuk ana menerima anak umi tu. Macam umi kata tadi, kami baru berkenalan. Sebab itu bila dia cakap, dia nak Ana kahwin dengan dia, ana anggap anak umi tu gila. Maaf ya umi. Bukan sengaja tapi memang itulah yg ana katakan pada abang. Bagi ana, abang lelaki yg pelik dan menakutkan!"
  Dahi Puan Rohani berkerut namun dia tidak menyahut. Isyarat tangan diberi, menyuruh Nurul Hana menyambung cerita.
  "Bila dah sah menjadi isteri anak umi tu, masakan ana boleh menganggap abang yg bukan bukan. Berdosalah ana. Emak dan ayah mahukan Ana jadi isteri yg baik. Umi pun dulu pernah berpesan yg sama! Umi, sehingga ke hari ini, itulah yg sedang Ana cuba lakukan. Ana cuba menjadi isteri abang yg baik, yg cuba menjalankan tanggungjawab seorng isteri sesempurna mungkin. Tapi, kalau selama Ana di sini. Ana dah buat sesuatu yg umi tak berkenan, maafkan ana. Cakaplah apa dia dan ana berjanji ana tak akan mengulanginya." Jawapan Nurul Hana tulus lahir daripada hati. Tidak direka reka, mahupun dibuat buat.
  Nurul Hana tersenyum manis seketika, lalu menyambung kata, "suka? Sukalah jugak. Yalah abang kan handsome. Bila dia ajak kawin tentulah Ana suka. Cinta? Yg ni susah siked nak cerita sebab kami masih dalam proses saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Tapi, okey jugak. Cinta lepas kawin boleh tahan lebih lama. Betul ke umi?"
  Puan Rohani terkesima. Dalam ketegasannya ada rasa ingin ketawa mendengar omelan menantunya. Dalam amarahnya tersentuh juga mendengar pengakuan yg kedengaran ikhlas itu.
  "Atau kamy berkahwin sebab kamu nak harta kami?"
  Berubah air wajah Nurul Hana. Tiada senyuman pada bibir itu lagi. Tidak juga sisa sisa tawa. Serius sungguh wajah tua di hadapannya ditatap.
  "Umi nak cakap apa ni? Yg ana kahwin dengan abang fik sbb ana nak harta ni semua? Kenapa? Selama ini, itu ke umi sangkakan? Tu yg tengok muka ana pun tak mahu tu, ya?"
  "Ya ataupun tidak, ana?" tanya Puan Rohani tanpa menjawab soalan menantunya.
  "Tak, demi allah tidak! Ana kawin dengan anak umi tu sbb dia ugut ana. Sebab dia cakap dia akan rampas Irfan daripada kami kalau ana tolak. Sebab sayangkan Irfan, ana sanggup. Ana setuju!" Tegas suara Nurul Hana bergema kuat.
  Kedengaran Puan rohani mendengus kasar. Segala apa yg sedamg dihadapi membuat rasa ingin percaya bertolak ke tepi.
  "Jadi abang pun ingat Ana nak harta ni semua ya?" Nurul Hana menyoal Puan Rohani. Dia melepaskan keluhan bila tidak ada jawapan didengar. "Boleh tak umi izinkan ana naik ke bilik? Ana tengah geram ni. Kalau lama lama kat sini nnti, macam macam keluar dari mulut ana. Ana tahu, umi takpercayakan pada ana. Tak apalah! Ana tak marah sbb bukan mudah pun. Lainlah kalau kita dahlama kenal, ya tak?"
  Puan Rohani berasa kasihan melihat wajah sedih Nurul Hana. Wajah itu jelas kecewa mendengar tuduhannya. Namun selagi dia belum tahu bagaimana wasiat Roslan berubah, dia tidak akan memberi muka kepada Nurul Hana. Yalah mana tahu kut kut gadis ini hanya berpura pura.
  Jadi itulah sebabnya. Aduh tidak habis habis! Orng miskin berkahwin dengan orng kaya mesti disbbkan si miskin tadi lapar sangat pada harta si kata. Argh, terlalu klise! Ciptalah alasan lain pulak! Macam? Entah! Mana boleh berfikir sekarang ini! Marah Ana sambil mundar mandir di dalam bilik yg luas itu.

Alahai kesian Nurul Hana kerana dituduh sebegitu. So nak tahu macam mana surat wasiat Roslan berubah? Or ana memang dah plan semuanya? Ke ada dalang di sebaliknya ? So jangan lupa untuk baca bab seterusnya oky gais . just keep voting , read and comment .
P/s if ada typo tu ignore jela eh sbb malas nak semak balik hehehe sorry

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now