Bab 14

111 4 0
                                        

Nurul Hana dan Taufik sudahpun berada di Switzerland bagi menjalani honeymoon mereka berdua. Pagi itu di sebuah apartmen, sewaktu bersiap siap, Nurul Hana ketawa besar bila Taufik menyuruh dia memakai long john. Pakaian ini wajib dipakai ketika pada musim sejuk. Di atasnya, Nurul Hana menyarungkan jean dan baju-T sebelum akhirnya memakai winter coat.
    "Kenapa gelak ?"tanya dia bila Taufik beria ria ketawa.
    "Mana tak gelak sayang. Ana tengok kat dalam cermin tu. Tengok! Apa yg ana nampak?"
    Nurul Hana melihat imej maya dirinya di dalam cermin. Namun, tidak pula dia terpandang apa apa yg pelik. Pantas kepala digelengkan.
    "La, ana nampak gemuk sangat kan ? Pakai winter coat pulak, lagilah! Dah mcm angkasawan dah abang tengok!"
    Nurul Hana ketawa sebelum mengusik. "Eleh kata kat orng. Dia pun sama jugak. Hehehe"
     Taufik turut ketawa. Meraih tubuh isteri ke dalam dakapan, dikucupi bibir mungil itu sebelum berbisik mesra. "Baik kita pergi sekarang sayang! Abang nak ana tengok puas puas pemandangan yg abang rasa paling cantik di dunia."
     Selepas mengunci pintu bilik, Taufik menjerit , " here we come !"
     Perjalanan mereka mengambil masa sejam. Sepanjang perjalanan mereka ke Gunung Matterhorn , Taufik tidak berhenti henti merakamkan gambar pemandangan yg indah dengan Kamera Digitalnya. Semakin ke atas, cahaya matahari semakin memancar, tetapi salji tetap tidak mencair malah sejuk semakin bertambah hingga ke tulang.
     "Hmm, sejuk sangat ya?" Taufik melingkarkan tangan di pinggang Nurul Hana sambil meletak dagu di atas bahu isterinya. Satu rangkulan kemas yg amat diperlukan dalam dingin suhu rendah.
      Nurul Hana semakin merapatkan diri. Mengharap tubuh suami dapat mengalirkan sedikit haba kepada dirinya.
     "Cantik sungguh!"
     Itu sahaja yg mampu diucapkan. Mereka kini berada di atas puncak Gunung Matterhorn!

 Mereka kini berada di atas puncak Gunung Matterhorn!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

* Gunung Matterhorn *

     "Kata orng kan, sayang, kononnya, berdiri kat puncak Matterhorn ni kita boleh nampak 38 puncak gunung dari sekitar 200 puncak di pergunungan Alps." Penuh perasaaan Taufik bercerita.
     "Ana nak pegng salji tu," bisiknya kepada Taufik demi melihat hamparan salji yg memutih di hadapan mata.
     "Hmm, kita buat dua snowman, nak? Lepastu kita kasi diorng kiss macam dalam cerita Winter Sonata!" Taufik pula mencadangkan.
    Nurul Hana ketawa. Argh! Lucu juga Encik Taufik ni. Hari itu, dia ketawakan aku tengok cerita Hindustan. Rupa-rupanya, dia pulak tengok drama korea!
     "Lepastu, kita berdua pulak cium. Macam Bae Yong Jun dengan Choi Jee Won. Camne?"
      "Mak aii! Siap ingat nama hero dengan heroin" Nurul Hana mengusik.
     "Apa pulak! Ana lagilah. Siap bergelek depan abng." wajah isteri ditatap manja bila dia berbisikkan permintaannya sekali lagi, "boleh ya?"  "Eiii, ada ke pulak mcm tu?" Nurul Hana terjerit kecil lantas mencubit lengan Taufik.
     "Adui! Cubit lagi! Baru kahwin tapi asyik kena cubit aje!" Taufik mengaduh sambil menggosok-gosok bekas cubitan si isteri.
    "Cakap merapu, mana takkena." Nurul Hana membalas manja.
    Taufik lantas merangkul erat tubuh si isteri. Rasa bahagia itu hadir lagi. Nurul Hana melengkapkan hidupnya kini. Walau gadis itu masih malu malu dengannya, walau masih tergagap gagap memanggil dirinya dengan panggilan abang, dia tidak kisah. Usia perkenalan mereka masih terlalu singkat. Usia perkahwinan? Baru seminggu! Tentu sahaja segala-galanya kekok. Namun kemesraan yg mula berputik ini amat mengasyikkan. Sungguh!
    "Dah dua jam kita di sini, sayang. Jom balik," sarannya.
    Nurul Hana mengerutkan dahi, "alah tunggulah kejap! Ana belum puas posing lagilah."
     "Dah banyak dah gambar kita ni. Jomlah sayang." Taufik merayu.
     Nurul Hana tidak mampu menolak. Rayuan suami dan renungan lembut itu amat menggoda.
    Berada dalam dakapan erat itu sepanjang perjalanan turun dari Matterhorn,amat melekakan. Celoteh Taufik amat menceriakan. Kalau difikirkan tentang penolakannya dahulu, rasa malu itu pasti hadir.
    Dirinya kini amat berbeza dengan Nurul Hana yg itu. Berubah dalam sekelip mata. Kasih sayang Taufikkah yg mengubahnya? Ke mana perginya Nurul Hana yg keras dan kasar? Yg sentiasa rigid dengan keputusannya?
     Tapi, dia tidak pernah merasa sebahagia ini. Sungguh!

Panggilan telefon daripada Puan Rohani yg tiba tiba menyebabkan mereka membuat keputusan untuk pulang secepat mungkin. Keinginan Taufik menyambung cuti dan kemudian membawa Nurul Hana ke London untuk membeli belah terbantut.
    Nurul Hana tertanya tnya? Mengapa? Mengapa mereka disuruh balik? Secepat mungkin pula. Suara ibu mertuanya yg tegas dan kasar juga menghairankannya. Tadi, wanita itu tidak langsung bertanya khabar. Tidak langsung mahu bercakap dengannya. Malah, agak kasar bila Nurul Hana ingin mengetahui keadaan kesihatannya.
    Apakah yg sudah terjadi? Tentu ada sesuatu. Wajah suaminya yg cemberut memberitahu bahawa ada sesuatu buruk sudah terjadi di Malaysia.
    "Umi oky?" Nurul Hana memberanikan diri bertanya.
    "Hah? Oh okey!" balas Taufik acuh tak acuh.
    "Mak, ayah, adik adik ana? Irfan?"
    "Okey kot."
Nurul Hana tersentak. Kut? Taufik tak pasti? Dahi Nurul Hana mula berkerut namun dia tidak bertanya lagi. Dibiarkan sahaja Taufik membawa diri, termenung di balkoni. Walau kebingungan dengan perubahan mendadak yg terjadi, dia mendiamkan diri. Dia amat pasti bahawa jawapan itu akan diketahui setibanya mereka di Kuala Lumpur nanti.

Hye guys, so how? Kenapa pulak dengan Puan Rohani ni. Ada sahaja masalah yg dtng haih . ok guys stay comment and vote ! ❤

Kasih Bersulam CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang