Taufik Azhari sedang tekun menghadap dokumen dokumen yg baru diserahkan oleh Encik Fauzi, Pengurus Besar Rezzan Holdings ketika setiausahanya masuk ke dalam bilik dengan wajah yg pelik.
"Kenapa su?" tanya dia sambil menyandarkan diri ke belakang kerusi. Jari pula menggoyang-goyangkan pen Lamy kesayangan sambil sepasang mata tajam menatap wajah Suhana.
"Ada orng nak jumpa" suhana berbisik. Perbuatan Suhana menggelikan hati Taufik. Memang lucu perangai setiausahanya hari ini. Mengapa perlu berbisik? Dia terus sahaja ketawa.
"Apa halnya dengan awak ni su? Siapa nak jumpa saya? Suruh sahajalah dia masuk."
"Bos nak jumpa dia ke?" soal suhana serba salah. Berbisik lagi
Dahi Taufik sudah berkerut-kerut. "Kenapa tanya mcm tu? Kalau ormg tu nak jumpa saya, suruh ajelah dia masuk!" desaknya.
Suhana tidak berpuas hati. "Tapi..."
"Apa?" Taufik meninggikan suara. Baginya suhana membuang masa yg sangat berharga. Dia tidak suka!
Suhana menudingkan ibu jari ke arah wanita di dalam gambar di atas meja taufik. Gambar yg sudah tiga tahun berada di atas meja itu. "Perempuan ni yg ada dekat luar tu! Dia yg nak jumpa bos. Sbb tu saya tanya sama ada bos nak ke tidak bercakap dengan dia. Mana tahu, takut luka lama berdarah semula pulak."
Taufik menganggap kata kata Suhana sebagai gurauan. Mana mungkin perempuan itu mencarinya. Mereka kenal pun tidak! Ada ada sahaja lawak si Suhana ni. Hati kecil mengomel.
"Bos, jangan gelak. Memang dia dekat luar tu. Bukan orng lain!" Suhaan bertegas.
Taufik masih ketawa. "Su, awak jangan nak bergurau, oky!"
Suhana menepuk dahi. Aduh dah bagaikan cerita Pendekar Bujang Lapok pula. Asyik asyik cobaan! Asyik asyik cobaan! Bos ni pun nampak gaya hendak dilesingkan! Aduh!
"Betul bos! Dia nih yg datang nak jumpa bos! Dia ni yg di luar tu! Memang dia! Takkanlah saya takkenal pulak? Dah tiga tahun saya tengok gambarnya kat atas meja bos tu! Memang dia, bukan perempuan lain!" Kali ini Suhana bercakap dengan penuh ketegadan. Bingkai gambat itu dipegng dan berkali kali dia cuba meyakinkan Taufik.
"Bos cepatlah cakap! Nak suruh dia masuk ke tidak ni?" tanya suhana sambil mengetap bibir.
Setelah dapat mencerna segala apa yg disebut oleh Suhana, Taufik mengangguk. Ya, kalau betul perempuan ini ingin bertemu dengannya, tentulah dia amat bertuah hari ini.
Sementara menunggu si dia memasuki bilik, gambar itu ditatap seketika. Gambar seorng gadis yg sedih bersedih di dalam feri. Gambar itu disembunyikan di dalam laci.
Perlahan lahan Taufik bergerak ke hujung bilik. Di situ, dia berdiri menanti. Ya, sebentar lagi dia akan melihat gadis itu untuk kali kedua. Aduhai, bergetar jiwa lelakinya!Pejabat ini penuh dengan manusia manusia yg ganjil, fikir Nurul Hana. Tadi, suhana perempuan yg bergelar setiausaha merenungi dirinya dengan wajah yg pelik. Sebaik diberitahu bahawa dia ingin berjumpa dengan pengarah urusan syarikat, perempuan itu menonong masuk. Apabila keluar dari bilik, sekali lagi Suhana merenung bagaikan ada sesuatu yg tidak kena.
Koyakkah baju yg dipakai? Rasanya tidak! Atau perempuan bernama suhana ini menyangka aku ni hantu? Omel Nurul Hana sendirian . Di dalam bilik, Nurul Hana tercari cari di manakah pengarah urusan itu berada. Bukankah seorng pengarah akan duduk di atas kerusi dengan tenang semasa menerima tetamu? Ke mana pula perginya?
Bila tahu Nurul Hana sudah menyedari kehadirannya, lelaki itu datang menghampirinya. Nurul Hana keliru. Apakah dia salah bilik? Siapakah lelaki ini? Apakah bapa mertua kakaknya semuda ini? Isy, tak mungkin! Persoalan terjawab apabila lelaki itu memperkenalkan diri.
"Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Kata suhana tadi, saudari nak jumpa saya" ujar Taufik, tegas.
Taufik azhari? Lelaki kegilaan kak long? Oh inilah dia orngnya! Tapi aku bukan nak jumpa dia. Aku nak jumpa ayah dia.
"Sebenarnya saya datang ni nak jumpa dengan Encik Ahmad Rizal bin Abdul Razak."
"Nak jumpa ayah? Untuk apa?"
"Dia ada tak?" Soal Nurul Hana dalam nada yg tegas.
"Awak ni tentu sudah lama tidak membaca surat khabar atau menonton tv kan?" selamba sahaja soalan itu dilemparkan.
Ah, lelaki ni gila ke apa? Apa pula kaitannya di antara tv, akhbar dengan aku? Sewel! Nurul Hana mendudukkan dirinya di atas kerusi tanpa dipelawa.
"Dia ada tak?" tanya Nurul Hana bersama jelingan.
Taufik menjongketkan kening. Hmm berani juga minah nih, fikirnya.
"Saudari, kalau saudari ada baca paper atau tengok TV, tentu awak dah tahu bahawa ayah saya sudah lama meninggal. Dah dua tahun!"
Siapakah perempuan ini dan apakah hubungannya dengan ayah? Adakah dia...? Hisy, tak mungkin! Ayah seorang yg baik! Nauzubillah! Tapi dia asyik bertanyakan ayah. Mengapa?
Hati Nurul Hana diamuk gundah. Tujuan kedatangannya adalah untuk bertemu dengan Encik Ahmad rizal tapi malangnya lelaki itu sudah meninggal. Kepada siapa harus dia meminta pertolongan kini? Argh tentulah kepada lelaki ini! Kepada siapa lagi?
Nurul Hana mengeluarkan gambar pernikah Nurul Liyana dan Roslan. Dia juga mengeluarkan surat nikag mereka dan akhirnya dia meletak sijil mati kakaknya di situ. Dia mengumpul kekuatan untuk berbicara.
"Gambar ni diambil pada hari pernikahan kakak saya, Nurul Liyana dengan abang Lan. Mereka bernikah di masjid Sungai Limau,Kulim, kampung halaman kami. Dan mereka terus balik ke Kuala Lumpur dan kami tidak mendapat khabar berita sehinggalah lima bulan selepas tu, bila kakak saya balik ke rumah sambil menangis memberitahu suaminya sudah meninggal dunia"
Taufik membisu. Lalu Nurul Hana terus memberitahu "kakak saya pun dah meninggal."
"Liyana dah meninggal?" soalnya tidak percaya.
"Ya" jawab Nurul Hana ringkas. Dia melihat lelaki itu membaca sijil mati yg diletakkan di atas meja.
"Sakit apa?" nampaknya Taufik ikhlas ingin tahu.
"Kakak saya meninggal dunia tujuh hari selepas dia melahirkan anaknya."
"Mereka ada anak? Lan ada anak?" soal Taufik dan nada itu seakan kembali bertenaga.
"Ya, mereka ada anak. Ini surat beranaknya." Nurul Hana menjawab.
"Irfan bin Roslan. Dah tiga tahun umurnya. Di mana dia sekarang?"
"Encik nak jumpa dia ke?" Nurul Hana bertanya.
"Saya rasa awak tahu yg saya ni abng kepada Roslan kan?"
Nurul Hana mengangguk. Oh tentu sahaja dia tahu! Nama itu... Taufik Azhari ialah nama pujaan hati kakaknya. Masakan boleh dilupa.
"Jadi tentulah saya hendak berjumpa dengan anak saudara saya tu, saudari" Jawab Taufik tegas.
"Dia sakit." Nurul Hana memberitahu.
Taufik terpanar. Dengan perlahan lahan Taufik mengutip fakta. Sesuatu terkesan di otaknya.
"Saya dah faham sekarang. Saya ada anak saudara yg sudah berumur 3tahun. Dulu dia sihat tetapi sekarang dia sakit. Itu bererti jika dia masih sihat sekarang, saya tidak tahu tentang kewujudannya betul tak saudari?" soalnya tegas.
Nurul Hana mendengus. "Kalau awak berada di tempat saya, di tempat keluarga Nurul Liyana, awak jugaakan melakukan perkara yg sama. Awak juga akan menyembunyikan hakikat itu daripada pengetahuan ibu mertuanya yg zalim!" Nurul Hana tidak melapik kata. Marah terpendam diluahkan.
Taufik terpaku di tempat dia duduk. Wajah merona kemerahan. "Wow tahniah! Awak sudah membuat saya marah! Sudahlah awak dan keluarga awak menyembunyikan suatu hakikat yg penting dripada pengetahuan saya dan umi selama ni, skrng awak kutuk umi saya pulak!?"
Giliran Nurul Hana pula untuk naik angin. Geram bila lelaki itu menengkingnya.
"Hei, itu bukan kutuk tahu! Itu kebenaran! Mak awak memang zalim sbb mak awak halau kakak saya dari rumah dia! Sbb mak awak buat hidup kakak saya menderita!" Nurul Hana membalas dengan suara yg melengking kuat.
Mendengar Nurul Hana mencemuh uminya, Taufik tidak dapat bersabar lagi. Dia mendapatkan Ana, menarik gadis itu bangun dan menyeretnya ke pintu.
"Saya nak awak keluar dari sini sekarang juga! Saya takmahu tengik muka awak lagi! Keluar!" jerit Taufik Azhari.
Nurul Hana tidak menyangka benar benar lelaki itu menghalaunya. Aduhai ana! Apa yg engkau lakukan ni! Dia tidak suka engkau mengata ibunya! Ana kau berhak mengutuk orng tua itu, tetapi bagaimana dengan Irfan? Ingat Irfan ana! Ingat nasib dan masa depannya!
"Encik Taufik..." setelah bertimbal balik antara ego dan kasih sayang.
Ya allah dia belum keluar lagi rupanya. Taufik bergegas mendapatkan perempuan itu semula.
"Awak takdengar ke apa yg saya cakap? Saya nak awak keluar sekarang juga!" jerkahnya.
"Encik Taufik saya minta maaf. Saya janji saya tak kutuk mak awak lagi! Percayalah!" Nurul Hana merayu.
"Untuk pengetahun awak, saya cukup pantang kalau orng marah dan mengata umi saya! Saya sebagai anak pun takpernah menuduhnya sebegitu! Siapa awak yg tiba tiba datang dan melepaskan kemarahan pada dia sedangkan awak taktahu perkara sebenar yg berlaku? Siapa awa hah?" Taufik masih lagi menyinga.
"Okey okey! Saya mengaku salah! Saya janji tak mengata mak awak lagi! Tolong maafkan saya! Tolonglah!" rayu Nurul Hana.
Lama suasana menyepi dan tiba tiba Taufik bertanya "siapa nama awak?"
"Nurul Hana binti Abdullah"
"Umur?"
"24tahun"
"Kerja?"
"Kerani"
"Apa hajat awak sebenarnya, cik Nurul Hana?"
Nurul Hana kembali duduk dan mengeluarkan surat surat dari doktor pakar. Semuanya diletakkan di hadapan lelaki itu.
"Irfan menghidap sakit jantung berlubang. Saya takfaham dan taktahu macam mana hendak memberitahu awak apa yg dicakapkan oleh doktor pakar tu pada saya sbb semuanya begitu teknikal. Jadi awak tengoklah sendiri dan baca laporan tu"
Taufik bersungguh sungguh membaca seolah olah dia faham apa yg tertulis.
"Dia perlu prosedur keyhole ni!" Taufik berkata.
"Ya! Itulah yg doktor cakap. Encik Taufik kami diminta membayar Rm25 ke Rm30 ribu. Malangnya keluarga kami miskin. Kami tak ada duit sebanyak itu."
Taufik mengerutkan dahi. Kata kata itu menggambarkan bahawa kalau mereka ada duit, tentu mereka tidak akan mencarinya. Tentu Irfan masih sesuatu yg misteri.
"Saya nak pinjam duit tu daripada awak Encik Taufik"
Taufik menatap muka Nurul Hana dan dia kagum dengan kesungguhan gadis itu untuk menyelamatkan anak saudara mereka. Bukan dia takfaham betapa Nurul Hana membenci situasi ini. Terpaksa meminjam daripada orng yg menyakiti kakaknya! Argh sesuatu yg mustahil dilakukan sekiranya mereka berwang. Namun demi Irfan dia sanggup datang. Demi Irfan dia sanggup merendahkan dirinya meminta minta. Meminjam!
"Encik saya tahu bukan senang awak nak pinjamkan wang sebanyak itu kepada saya, perempuan yg baru hari ini awak kenal. Tapi saya janji saya akan bayar balik duit itu pada awak. Cuma masalahnya saya takdapatlah hendak membayar sekali gus!"
"Jadi?" Taufik berkata
Argh ada mulut? Ingar tadi bisu. Nurul Hana mengutuk dalam hati.
"Encik, saya bekerja." Nurul Hana lalu mengeluarkan kad ATM bank simpanan Nasional serta Kad pengenalannya dan meletak kad kad itu di hadapan Taufik.
"Awak peganglah kad tu. Majikan saya masukkan gaji saya di BSN. Nnti setiap hujung bulan awak keluarkanlah duit gaji saya dan ambillah kesemuanya. Tak apa! Saya benarkan! Asalkan awak boleh pinjamkan saya duit untuk pembedah Irfan!"
Hisy dia ni ingat aku along ke? Suruh simpan kad bank, ic segala? Helo cik adik! Saya bukan along, saya cuma nak tolong maa!
"Saya nak tengok Irfan!"
"Tapi..."
"Simpan dulu. Kita bincang perkara ini kemudian. Skrng bawa saya jumpa Irfan."
Taufik bangun lalu keluar. Meninggalkan Nurul Hana terkial kial mengemas barang barang yg dah dipunggah untuk disimpan semula. Dalam hati dia berharap agar Taufik lembut hati untuk memberi pinjaman itu selepas melihat Irfan nnti.Ketika di dalam lif dia hanya bisu namun sepasang mata begitu asyik memerhati wajah Taufik yg kini sedang bersandar pada dinding lif itu sambil memejamkan mata. Hati nakal mengakui, mengiakan apa yg pernah Nurul Liyana catatkan di dalam diari.
Kantoi habis apabila secara tiba tiba taufik membuka mata. Pandangan bertaut. Malu sungguh. Renungan tajam lelaki itu tidak dapat dielak, menyebabkan hati berdegup degap! Senyuman yg sedang menguntum di bibir itu benar benar menggoda!
Beginikah kak long dahulu? Beginikah juga apa yg berlaku kepada kakaknya setiap kali melihat wajah dan senyuman Taufik?
Nurul Hana menggelengkan kepala. Tidak! Dia bukan Nurul Liyana. Dia berbeza daripada kakaknya. Lelaki di hadapannya ini tidak mungkin dapat menggodanya dengan senyuman itu!Hye guys, keep vote and comment oky! 😘

ANDA SEDANG MEMBACA
Kasih Bersulam Cinta
Romantizm" Assalammualaikum . " Tangan kanan dihulurkan . " Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal . Saudari tentu pernah dengar nama saya , kan ?" Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf , ini kali pertama saya dengar nama encik . " Taufik Azhari ~ Nu...