"Hang dah fikir panjangkah, Liyana? Dia tu anak bos hang. Anak orng kaya! Hang? Kita? Kita ni miskin. Mana padan hang dengan dia? Kita tak setaraf dengan depa!"
Peristiwa sembilan bulan yg lalu mengimbau ingatan. Ketika itu Nurul Liyana balik ke rumah bersama seorang lelaki. Nurul Liyana memperkenalkan lelaki itu sebagai Roslan bin Ahmad Rizal, anak kepada pemilik syarikat Rezzan Holdings, Encik Ahmad Rizal bin Abdul Razak. Kata Nurul Liyana, Roslan ialah teman lelakinya dan mereka balik dengan tujuan untuk bernikah.
Seisi rumah terkejut mendengar permintaan pasangan itu yg mahu mereka dinikahkan segera. Abdullah dan Mariam masing masing terkedu apabila Roslan melamar sendiri Nurul Liyana. Tidak ada wakil daripada pihaknya. Tidak ada sirih junjung. Tidak juga ada tepak sirih. Adat resam sudah diketepikan.
"Kenapa buat mcm ni? Mak, ayah dan adik beradik Roslan tak setujukah dengan hubungan ni?" Soal Abdullah dalam marah yg ditahankan.
Hampa perasaan seorang ayah, bila anaknya pulang dan inginkan diri menikah "koboi". Sedangkan di dalam kepala penuh mengharap agar dia dapat membuat kenduri secara besar-besaran untuk anak sulungnya itu. Malangnya, lain yg diharap, lain pula yg terjadi. Berita yg dibasa oleh Nurul Liyana melemahkan seluruh urat dan sendi.
"Mak, yana dengan Lan dah..." Pipi Nurul Loyana serta merta merona merah. Memandangnya, emak menangis hiba.
"Dosa, Yana! Hang tahu tak yg hang dengan budak Lan ni dah berdosa? Zina tu satu dosa besar, Yana! Sanggup hang melanggar hukum tuhan? Hang tak takutkah?" Suara emak melengking kuat, kerana ia penuh dengan kesalan. Kesal memikirkan teganya anak yg seorng ini menconteng arang ke mukanya. Kesal kerana anak sulung yg diharap menjadi contoh yg baik kepada adik adik-adik, menjadi sebaliknya!
Patutla keluarga lelaki tidak hadir bersama-sama. Tentu mereka dibebani rasa malu juga!
"Mak, sebab itulah kami hendak kahwin. Nanti, kalau ditangguhkan, besar pulak perut ni. Siapa yg malu? Mak juga, kan?" Begitu bersahaja Nurul Liyana menutur kata, seolah olah perbuatannya itu tidak apa-apa.
"Liyana! Hang ingat dengan kahwin, hang boleh tebus dosa zina tu?" Sekali lagi Mariam menghamburkan kemarahan. Sakitnya hati terhadap perbuatan anak yg tidak bermoral! Perbuatan yg tidak bermaruah!
"Mak, tolong jangan membebel, oky! Yana cuma nak ayah kahwinkan Lan dengan Yana. Yana takmahu dengar khutbah! Yana tak mahu dengar nasihat! Betul, kami dah terlanjur, tetapi semua itu dah berlalu. Takguna diungkit-ungkit. Yg penting sekarang, Lan hendak bertanggungjawab pada Yana, kan? Lan nak bertanggungjawab pada anak Yana yg baru berusia enam minggu ni!" Kali ini, Nurul Liyana bersuara penuh ketegasan bersama sebuah jelingan.
Nurul Hana menggelengkan kepala. Sampainya hati seorang anak mengherdik seorng ibu hanya kerana ibu menegur kekhilafan diri. Sanggup kakaknya bersikap kurang ajar begitu. Itukah harga yg perlu dibayar untuk pendidikn tinggi yg diperolehi?
Karut? Ramai di luar sana punya ijazah seperti Nurul Liyana. Apakah mereka juga berlagak sombong seperti kakaknya ini? Tentu tidak! Bagi Nurul Hana, Nurul Liyana sudah tenggelam dalam arus urbanisasi. Berhijrah dari Kulim ke kota metropolitan Kuala Lumpur turut mengubah sikap dan kelakuan kakaknya yg dulu sopan dalam berbicara serta mesra dan tidak sombong seperti hari ini. "Makcik, pakcik tolong ampunkan keterlanjuran saya. Saya mengaku, saya silap. Izinkan saya menebus kesilapan itu, izinkan saya bernikah dengan Yana. Percayalah pakcik, makcik saya berjanji saya akan berikan sepenuh kasih sayang saya pada dia. Saya minta maaf kerana memalukan pakcik dan makcik. Tolong izinkan kami berkahwin. Tolonglah..."
Dua hari selepas itu, Nurul Liyana dan Roslan selamat diijabkabulkan. Tiada majlis kenduri yg besar-besar. Tiada orng kampung yg dipanggil. Hanya mereka sekeluarga dan dua orng kawan baik ayah sebagai saksi.
Selepas majlis akad nikah, Roslan meminta izin emak dan ayah, untuk membawa Nurul Liyana pulang ke Kuala Lumpur. Dan sejak itu, Nurul Liyana membisu tanpa sebarang berita walaupun hidup dalam era yg penuh kecanggihan ini. Dia menyepikan diri! Sehinggalah dia kembali ke kampung dalam keadaan yg amat menyedihkan, beberapa bulan kemudian. Nurul Liyana pulang bersama suatu kejutan.
"Lan dah tak ada dah mak. Lan dah tinggalkan Yana. Lan dah mati." Tubuh yg kurus dilemparkan ke pangkuan ibunya, menyebabkan Mariam terus sahaja mendakapnya dengan erat, seerat-eratnya!
"Bila?" Abdullah bertanya.
"Kelmarin." Jawab Nurul Liyana sambil menangis. Abdullah mengerutkan dahi. Ada sesuatu yg tidak betul di sini. Ada sesuatu yg pelik pada pengamatannya. Roslan meninggal kelmarin dan anaknya berada di kulim? Mengapa? Bukankah sepatutnya seorng isteri berasa dalam edah? Aduhai, apakah yg sudah terjadi? Pelik? Memang pelik!
"Umi takbagi Yana tengok mayat Lan. Umi dia cakap, Yana yg menyebabkan Lan mati. Umi dia halau Yana. Yana takboleh balik ke rumah kami lagi! Tapi, Yana takbunuh dia, mak! Sumpah! Lan diserang sakit jantung. Dia terkejut tengok umi marah Yana. Tu yg dia sakit dada. Taklama lepas tu, dia terus meninggal. Bukan salah Yana, mak! Bukan!"
Dalam sedih dan linangan air mata, Nurul Liyana memberitahu betapa fia merayu agar Puan Rohani mengizinkannya melihat wajah arwah suaminya sebelum melangkah keluar, namun wanita itu tetap enggan membenarkan.
Kejam sungguh wanita itu, fikir Nurul Hana. Sanggup dia buat begitu kepada seorng isteri yg benar-benar mencintai suaminya. Manusia jenis apakah itu? Tinggi benarkah darjatnya? Apakah dia berdarah bangsawan? Tidakkah wanita itu pernah sedar bahawa allah memberikan darah yg sama ?
Sejak itu Nurul Hana membenci Puan Rohani! Bagi dirinya perempuan itu adalah musuhnya! Semakin besar kandungan Nurul Liyana, semakin bertambah murung. Entah ke mana angan-angannya dibawa pergi, tiada siapa phn mengetahui. Sebagai adik, dia bukan tidak berusaha untu mencungkil rahsia yg kakaknya simpan. Berkali-kali dia meminta penjelasan. Mengharap Nurul Liyana memberitahu kepadanya apakah sebab kakaknya itu asyik menangis dan bersedih.
"Mak, bila anak Yana lahir nanti, mak belalah dia. Jaga dia baik baik, besarkan dia dengan penuh kasih sayang ya. Rahsiakan kelahiran dia daripada pengetahuan mak mertua Yana. Yana takut nnti dia rampas anak Yana daripada mak"
"Jangan cakap mcm ni Yana. Yana kena sembuh. Nnti kita boleh besarkan anak Yana samasama..." Bisik emak dalam sebak.
Nurul Liyana menggelengkan kepala dan mencapai tangan Nurul Hana. "Kak long tahu, kak long dapat rasa, nnti selepas dibedah, kak long dah takboleh nak pesan pada hang dah Ana. Jadi dengar sini dik!" Nurul Hana mengangguk dan lebih mendekatkan dirinya kepada Nurul Liyana. "Tolong mak jaga Irfan. Ya dik , tolong namakan dia Irfan bin Roslan. Apa cara sekalipun, jangan pisahkan anak kak long daripada mak dengan ayah. Ana faham tak nih?" Nurul Hana menganggukkan kepala .Kini, pesanan itu sudah menjadi amanat kepada mereka sekeluarga apabila Nurul Liyana sudah tiada. Nurul Hana akan merahsiakan kewujudan Irfan daripada pengetahuan Puan Rohani. Ya Allah, kau tempatkanlah roh kakakku ke dalam golongan mereka yg Engkau kasihi. Ampunkanlah segala dosanya.
Hye guys untuk tahu apa yg akan terjadi seterusnya, jangan lupa untuk baca , vote dan comment oky! Tq 💕💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Kasih Bersulam Cinta
Romance" Assalammualaikum . " Tangan kanan dihulurkan . " Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal . Saudari tentu pernah dengar nama saya , kan ?" Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf , ini kali pertama saya dengar nama encik . " Taufik Azhari ~ Nu...