Bab11

108 5 0
                                        

Kini telah dua minggu, Nurul Hana, Irfan dan Abdullah kembali ke kulim. Keadaan Irfan pun sudah semakin baik setelah dia menjalani kaedah keyhole sebulan yg lalu.
   Nurul Hana sudah kembali ke pejabat. Cuti panjang yg diambil menyebabkan meja kerjanya bertimbun dengan fail dan kertas. Banyak kerja yg tertunggak memaksa dirinya untuk balik lewat kebelakangan ini.
    Walau penat, Nurul Hana tetap bertungkus lumus bekerja. Bagi dirinya, dia rela berada di pejabat 24 jam sehari asal sahaja dia memperoleh wang untuk membayar hutangnya kepada Taufik Azhari.
   Mengenang lelaki itu, Nurul Hana mengerutkan dahi. Baginya, Taufik Azhari seorang lelaki yg sangat ganjil. Permintaan lelaki itu untuk mengahwininya masih tidak dapat difahami. Dia sering tertanya-tanya mengapa. Apakah lelaki itu sudah jatuh cinta kepadanya? Cinta ekspres? Sekali pandang terus sayang? Dalam masa beberapa hari sahaja?
   Argh mustahil! Mana mungkin! Apa istimewany seorang Nurul Hana untuk seorang Taufik Azhari jatuh cinta?
   "Saya gila kat awak!"
    Nurul Hana tersenyum mengingati ayat itu. Gila yg mcm mana ya? Adakah Taufik tergila gilakan dirinya? Gila bayang? Boleh percaya ke? Tapi gila bukan cinta. Gila lain, jatuh cinta lain. Taksama!
    Dalam perbualan mereka di kedai makan eksklusif itu, tidak sekali lelaki itu mengungkapkan kata cinta kepadanya. Di situ, lelaki itu berkata bahawa perkahwinan mereka bagi melangsaikan hutang Nurul Hana kepadanya. Ya, lelaki itu bercakap tentang perkahwinan dan hutang. Bukan tentang perkahwinan dan cinta.
   Nurul Hana melepaskan keluhan.
   Agaknya, dia ingat aku apa ya? Apa dia fikir bila dia ajak aje, terus aku suka? Terkinja-kinja melompat sbb dia orng kaya? Eii... Silap tu, Encik Taufik!
   Nurul Hana tersenyum sendiri dalam khayalannya. Terbayang wajah masam mencuka Taufik, sedang bercekak pinggang memberi arahan. Wajah tegang dengan dahi berkerut kerut apabila arahannya enggan dipatuhi. Hisy, tak ingin aku dapat suami gitu. Cakap dia aje yg aku kena ikut? No way! Bisik hatinya lagi.
    Penolakannya malam itu memberi bekas rupa rupanya. Taufik seolah olah merajuk. Langung tidak menjenguk Irfan pada hari Irfan menjalani rawatan penting itu.

"Taufik terpaksa ke Australia." Puan Rohani memberitahu. Pandangan matanya meleret ke arah Nurul Hana.
   Berdebar Nurul Hana ditenung tajam begitu. Tertanya tanya apakah peristiwa di kedai makan berada dalam pengetahuan Puan Rohani.
   Ah peduli apa? Dia tu yg salah! Yg takbetul! Nurul Hana mempertahankan diri.
      "Lama dia ke sana. Entah entah tak sempat nak jumpa Irfan nnti." Puan Rohani meneruskan kata.
    Ah bagus tu. Takpayah aku jumpa dia, desis hati Nurul Hana.
    Jadi sehinggalah waktu mereka balik ke Kulim, lelaki itu tidak ada di Malaysia.
    "Hang ada cakap apa apa pada dia, ana?" Ayahnya meneka.
    "Ana? Cakap apa?" soalnya selamba
     "Huh, budak ni! Ada tak hang marah dia ana? Mak risau dengan hang ni. Takut hang ungkit cerita tentang Kak long pada dia. Mak takut hang bercakap ikut sedap mulut hang saja." Emaknya menyampuk.
    Nurul Hana tersengih namun dia tidak membalas.
   Abdullah yg melihat menggeleng-gelengkan kepala.
   "Ana, kita dah banyak termakan budi. Orng buat baik, orng berbudi, jangan pulak sampai kita ni tak tahu hendak membalas. Jangan sampai orng tuduh kita tak mengenang jasa.", ujarnya.
    "Sejak hang makan malam dengan dia, Taufik langsung tak dtng ke hospital lepas tu. Apa yg hang dah cakap pada dia? Apa yg hang dah buat sampai dia berkecil hati sangat tu?" Abdullah menekan.
    Abdullah bimbang kalau kalau Nurul Hana menimbulkan kemarahan lelaki itu kepada mereka sekeluarga. Dia bimbang kalau kalau Nurul Hana mengungkit kisah Nurul Liyana dan Taufik menjadi sakit hati!
     "Hmm, memang pun! Ana buat dia! Ana pukul dia dengan kayu. Sampai dia takboleh bangkit," balas Nurul Hana sambil tergelak kecil.
   Ibunya menggelengkan kepala dan menegur dengan wajah mencuka. "Ana, jangan main main."
   "Alah mak ni. Kan mak dia cakap Taufik tu dah pergi ke luar negara? Ke Australia? Kenapa mak nak marahkan Ana pulak? Business dia, mana ada kena mengena dengan ana nih. Lagipun sumpah ana tak kata apa apa pada dia pun. Percayalah!"

Kasih Bersulam CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang