Sudah lebih tiga tahun pemergian Nurul Liyana kini. Hari ini, umur Irfan genap 3 tahun dua bulan. Irfan, nama yg comel untuk seorng budak lelaki yg comel. Melihatnya, mengingatkan mereka kepada Roslan kerana anak kecil itu mewarisi raut wajah lelaki yg pernah hadir untuk seketika dalam hidup mereka dahulu.
Nurul Hana sedang berdiri di tepi tingkap yg terbuka luas. Dari atas rumah kampung yg usang itu, dia tersenyum memandang ke halaman. Di situ, anak saudaranya sedang leka bermain bersama-sama dengan Nurul Aida, adiknya yg bongsu. Beza umur mereka hanya 5tahun sahaja. Irfan memanggil Mariam sebagai emak dan Abdullah sebagai ayah.
"Irfan sayang ini tok wan bukan ayah. Itu tok bukan mak" Nurul Hana membetulkan panggilan Irfan. Irfan menggelengkan kepala. "Ayah!" tunjuknya kepada si datuk
Kemudian sambil berlari mendapatkan neneknya, dia menjerit "ini mak Irfan!" .
"Ini siapa?" Nurul Hana bertanya dan menunding ibu jari ke dadanya. Senyuman manis terukir di bibir si kecil. Dia datang ke pangkuan Nurul Hana. Memeluk sekejap sebelum membalas, "ini mama!"
" ya sayang ini mama Irfan!" Sejak itu mereka tidak mempertikaikan lagi tindakan Irfan. Mereka gembira melihat telatah Irfan yg periang.
"Angah, mari tengok Irfan nih!" tiba tiba telinga Nurul Hana menangkap suara cemas Nurul Aida. Bunyi seakan akan ingin menangis. Nurul Hana melihat sekujur tubuh Irfan yg sedang terbongkang di atas pasir, di halaman rumah. Rasa cemas menyebabkan Nurul Hana berlari turun. Segera tubuh itu digendong dan dibawa naik ke atas rumah.
"Irfan, kenapalah dengan anak mama ni, sayang? Kenapa ni?" soal Nurul Hana penuh kerisauan. Dia menyapu sedikit air ke muka anak saudaranya itu. Wajah kecil comel itu terlalu pucat. Ya, termasuk kali ini sudah 6kali Irfan pengsan. Ini tidak boleh jadi ni! Fikirnya.
Oh tuhan janganlah Irfan mempunyai apa apa penyakit yg serius. Irfan masih terlalu kecil untuk menderita!"Cucu pakcik menghidap penyakit jantung berlubang."
Nurul Hana terhenyak di kerusi. Abdullah pula mengeluh berat. Masing masing akur kini. Doktor sudah mengesahkan bahawa Irfan sememangnya sakit. Bukan sebarang sakit pula tu, tetapi penyakit jantung berlubang!
Tuhan izinkan aku mengeluh sebentar. Izinkan aku bertanya, mengapa dia? Maafkan aku mempersoalkan-Mu. Namun Irfan terlalu kecil!
"Apa yg perlu kami buat doktor?" Abdullah bertanya. Wajah doktor itu dipandang dengan pandangan yg layu.
Wajah Arwah Nurul Liyana dan Roslan bermain di mata, menzahirkan rasa kasihan yg bukan sedikit kepada cucunya. Kasihan sungguh! Sudahla anak yatim piatu, kini ini pula yg terjadi. Kalaulah mariam ada disini mahu meraung isterinya itu. Isterinya berada di rumahnya kerana menjaga anak kecilnya Nurul Aida.
"Saya nak rujuk kes ini ke Institut Jantung Negara, IJN di Kuala Lumpur. Saya akan beri tarikh rujukannya. Saya rasa dalam tempoh seminggu lagi, Irfan boleh dibawa ke sama. Kota akan hantar dengan ambulans. Pakcik setuju?" Dr. Halim melahirkan pendapatnya sambil melihat wajah ayah dan anak silih berganti.
"Nnti dekat sana nak dibuat apa? Bedah?" soal Abdullah lagi. Dia masih bingung.
Dr. Halim menggelengkan kepala. "Terserahlah kepada doktor pakar di sana, pakcik. Pakcik, di IJN kami ada ramai doktor pakar. Dengan mudah sahaja mereka boleh menentukan tahap kesihatan pesakit. Pakcik takperlu cemas. Tapi yg penting, pakcik mesti pergi, bawa cucu pakcik mendapatkan rawatan di IJN tu" ujarnya.
"Ayah, setuju sahajalah dengan cakap doktor tu. Jangan fikirkan hal yg lain. Sekarang ini, ayah kena beri persetujuan supaya kita boleh bawa Irfan ke KL dan mendapat rawatan secepat mungkin." kata Nurul Hana kepada ayahnya lalu ayahnya pun menyetujuinya.
"Ana, macam mana kalau belanja rawatannya di sana nnti tu mahal? Kita nak bayar dengan apa?"
Itulah soalan yg sedang berlegar-legar di minda Abdullah sejak berhari-hari. Sejak keluar dari bilik Dr. Halim, hanya soal wang yg difikirkan. Setahunya, kalau Irfan terpaksa dibedah, tentu sahaja kos pembedahan itu terpaksa mereka tanggung. Kos itu tentu mahal! Tentu beribu-ribu! Dan yg menjadi masalahnya dia tidak mempunyai wang mahupun harta sebanyak itu!
"Ayah, itu kita fikirkan kemudian," jawab Nurul Hana lemah.
"Ana, kita tetap kena fikir tentang belanja bedah tu! Ayah tak ada duit! Ayah tak ada harta! Macam mana nak belah kalau kita tak ada semua itu?" dengus Abdullah.
" Ayah, emak, kita belum pun bawa Irfan tu ke KL lagi. Lepas tu pulak, kalau ayah masih ingat Dr Halim ada beritahu bahawa di IJN nnti doktor pakar akan membuat pemeriksaan lanjutan pada irfan. Banyak lagi ujian yg perlu mereka lakukan. Jadi, janganlah fikir yg bukan bukan! InsyaAllah tak ada apa apa yg akan terjadi pada Irfan. Janganlah mak dan ayah susah hati sangat." Ujar Nurul Hana.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kasih Bersulam Cinta
Romance" Assalammualaikum . " Tangan kanan dihulurkan . " Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal . Saudari tentu pernah dengar nama saya , kan ?" Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf , ini kali pertama saya dengar nama encik . " Taufik Azhari ~ Nu...