Bab 8

110 9 0
                                    

Membatalkan niat untuk kembali semula ke pejabat, Taufik memandu ke Teratak Rezza, banglo mewah keluarganya yg terletak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa. Kepada Suhana, dia sudah diarahkan agar semua temu janjinya dibatalkan.
    Setibanya di rumah, Taufik melangkah masuk dengan wajah yg cukup ceria. Taufik memang terkenal dengan sikapnya yg serius. Dia seorang yg terlalu komited dengan kerja. Namun berlainan sungguh tingkahnya hari ini. Senyuman yg menghias bibir sungguh menawan. Terpancar sinar bahagia di dalamnya.
   Puan rohani tidak lepas lepas memandang wajah Taufik sedari mula lelaki itu melangkah masuk sehinggalah kini. Taufik sedang berdiri di hadapannya.
   "Fik ada berita gembira nak disampaikan!" kata Taufik sambil mencium pipi uminya bertalu talu.
  "Fik nak kawin?" duga puan rohani. Wajah jelas menunjukkan perasaan tidak sabar sabar bila Taufik seolah olah sengaja hendak melambat-lambatkan perkhabaran itu.
   "Itu dan ada satu lagi!" kata Taufik girang. Tina pengasuh uminya dan Mak ton tukang masaknya yg sedang turut memasang telinga terjerit kecil.
  "Fik nak kawin?"
  "Abng fik nak kawin?"
Serentak kedua dua soalan berbunyi.
  "Bila?" tina bertanya lagi.
  "Hisy menyibuk aje! Ini hal orng orng tua ok! Budak kecik mcm awak ni takboleh dengar. Jadi tolong main jauh jauh ya!" sergah Taufik, menyebabkan tina menarik muka masam.
   "Alah orng takkisah pun!"
   Taufik ketawa kecil melihat gelagat mereka.
   "Jadi kamu balik ni sbb nak sampaikan dua benda berita penting pada umi, ya?" soal Puan Rohani.
  "Hmm. Umi nak dengar yg mana dulu?"
   Puan rohani tergelak kecil. "Dua dua pun berita gembira kan? Jadi mana mana pun boleh."
   "Pilih laa umi!" Taufik merengek, manja dan keanak anakan.
  "Berita yg kedua dulu!" Dia memilih.
Taufik tersenyum. Segera dia mengambil tempat untuk duduk di hadapan uminya.
    "Umi, umi skrng ni dah jadi nenek. Umi dah ada seorng cucu lelaki. Cucu yg comel, yg mukanya sebiji macam muka Lan. Ya, umi, Lan ada anak dah tiga tahun umurnya. Nama dia Irfan." Dia memberitahu.
    Bulat sepasang mata Puan Rohani menatap wajah anaknya. Rasa mcm tak percaya pula. Aku ada cucu! Ya allah, aku ada cucu! Anak Lan! Syukur ya allah! Syukur!
    "Betul ke ni fik? Betul umi dah ada cucu? Anak Lan?" tanya puan rohani beria ria.
    "Betul umi. Fik dah tengok surat beranaknya. Malah fik dah jumpa orngnya. Tak syak lagi, umi. Dia memang anak Lan!" Taufik meyakinkan.
    "Berapa umurnya? Tiga tahun? Kalau begitu kenapa baru sekarang kita diberitahu? Dimana liyana sembunyikan cucu umi tu selama ini fik?" Memang susah membuang prasangka dripada hati, terutamanya bila membabitkan Nurul Liyana. Hati tidak pernah gembira bila mengingati perempuan itu.
   "Umi, liyana dah meninggal" Taufik mengangguk apabila ibunya terus terusan memandang.
   "Sakit apa?" tanya puan rohani.
   "Liyana meninggal dunia selepas seminggu dia melahirkan Irfan."
    Lama puan rohani terdiam. Tidak disangka bahawa Nurul Liyana sudah tidak ada.
    "Siapa yg dtng dan membawa berita ni pada kamu fik? Dan kenapa dia memberitahu skrng? Kenapa tidak dari dulu lagi?"
    Taufik membetulkan kedudukannya. Dia ingin menyusun kata. Dia ingin memberitahu dengan berhati-hati, memberi gambaran yg elok elok tentang gadis itu. Dia tahu bahawa ibunya sangat membencikan Nurul Liyana!
  "Umi, pukul 9.00 pagi tadi, ada seorng gadis datang ke pejabat fik. Nama dia Nurul Hana. Dia adik ipar Lan dan dia, dia adik kepada Nurul Liyana." fik memberitahu. Sepasang mata tajam memerhati riak wajah uminya.
   "Huh! Adik liyana? Mesti perangainya sama dengan perangai kakaknya kan. Mengada-ngada . gatal." tuduhnya.
    Tersentap tangkai hati Taufik. Terasa sakit apabila umi menuduh Nurul Hana begitu. Ingin sahaja menyangkal tuduhan itu. Dia yakin bahawa dia tidak seperti kakaknya. Baginya Nurul Liyana seorng gadis yg ingin menggoda pasti akan penuh dengan kepura-puraan. Tetapi Nurul Hana tidak! Nurul hana tidak langsung menyembunyikan rasa marah, kecewa malah kebencian terhadap dirinya tadi.
    "Hai kenapa tersenyum pula tu?"
    Soalan bersama jegilan mata ibunya mengembalikan Taufik kepada dunia realiti semula. Dia berdeham kecil sebelum memberitahu, "sebenarnya, umi mereka berdua mcm langit dengan bumi!" balasnya bersama sengihan.
   "Maksud kamu, si adik ni tak secantik kakak dia? Jangan dipandang kecantikannya saja, fik. Tengok perangai dia sbb perangai dan kelakuan mencerminkan keperibadian. Kalau muka cantik tapi perangai tak senonoh, buat apa? Menyakitkan hati, bolehlah!"
    Taufik menggaru kepala yg terada gatal secara tiba tiba. Sambil tersenyum kerana membayangkan gadis itu. Tinggi lampai, berkulit sawo matang, hidung mancung, mata bundar, bibir mungil, aummm.Mmm apalagi ya?
    "Cantik! Dia cantik sangat!" tanpa sedar dia memberitahu.
   "Kenapa kamu? Dah berkenan pada budak tu pulak? Dah jangan nak mengarut. Cerita kamu pun takhabis lagi. Hah beritahu ummi, kenapa keluarga yana ambil masa tiga tahun untuk beritahu kita tentang kewujudan Irfan. Apa alasan diorng?" puan rohani masih tidak berpuas hati.
    "Umi biarkan aje! Takpenting untuk kita fikirkan semua tu. Yg penting skrng, umi dah ada cucu. Tapi kan, cucu umi tu sakit. Nurul Hana tu dtng jumpa fik sbb dia minta tolong."
    "Cucu umi sakit? Dia sakit apa fik?" sesak nafasnya mendengar perkhabaran itu.
    "Irfan sakit jantung, umi. Dia ada kat IJN sekarang. Lagi lima hari nak kena operate" Taufik menjelaskan.
   " kenapa baru sekarang mereka beritahu kita, fik?"
   "Entahla umi, ana takberitahu apa apa pada fik." Taufik menyembunyikan hakikat. Dia tidak mahu ibunya runsing mendengar tuduhan tuduhan gadis itu tadi.
    "Agaknya liyana tu cerita yg buruk buruk tentang umi. Mesti dia beritahu yg umi bencikan dia ke apa ke! Budak tu... Huh, macamla dia tu baik sangat!" Kemarahan Puan Rohani datang semula.
   "Umi, yg lepas tu biarlah lepas. Yg penting skrng umi dah ada cucu dan fik ada anak saudara." Taufik cuba menenangkan uminya. Kerana semua itu tidak baik untuk kesihatan ibunya.
    "Berapa kos rawatan untuk pemulihan jantung Irfan tu, fik?"
   Puan rohani tidak gembira bila Taufik diam sahaja. Dia inginkan jawapan.
    "Fik!" suaranya lebih keras sekali ini.
    "25 ribu umi"
    "Jadi, tadi kamu pergi ke hospital sbb nak jelaskan bayaran tu? Hisy geramnya umi! Memang dasar mata duitan. Senang senang aje minta duit orng!" kata puan rohani. Dia benar benar sakit hati! Benci!
    "Umi janganlah mcm ni. Janganlah marah. Kita kena fikir juga yg diorng tu orng susah. Bukan senang hendak mencari mencari duit sebanyak tu! Tentu dah tak ada cara lain selain cari kita. Lagipun irfan bukan orng lain. Dia anak saudara fik. Memang tanggungjawab fik pada dia"
   Bisu seketika.
   "Lagipun..."
   Puan rohani menanti ujaran Taufik yg seterusnya.
   Tangan ibu digenggam erat erat.
  "Fik nak kahwin dengan dia umi. Fik nak kawin dengan Nurul Hana!" ujarnya tegas sambil menunggu reaksi uminya.
   Puan rohani terkejut! Betul betul terkejut! Sepasang mata membuntang. Marah benar dia. Mengapakah mesti jatuh cinta kepada adik beradik itu? Si adik jatuh cinta dengan kakak. Kininya anak sulungnya pula jatuh cinta kepada adik Nurul Liyana! Mengapakah ini semua berlaku?
   "Kamu jangan nak buat kerja gila fik! Umi taksuka!"
   Taufik menarik nafasnya panjang panjang. Kemarahan ini sudah dijangka. Namun ada sesuatu yg perlu uminya tahu.
   "Umi, umi pernah tanya pada Fik tentang gambar perempuan yg fik abadikan dalam bilik fik, kan?"
   Puan rohani merenung wajah anak terunanya. Masakan dia boleh lupa. Gambar seorang gadis yg sedang menangis sambil tangannya menyeka air mata yg mengalir. Gadis yg sedang bersedih tapi masih kelihatan cantik. Tiap kali ditanya tentang gadis itu, Taufik menjongketkan bahu. Tanda dia tidak ada jawapan.
   "Umi, Nurul Hanalah gadis itu! Tarikh pada sijil mati kakaknya sama dengan tarikh fik tangkap gambarnya dulu. Masa tu kami di atas feri." kenangan itu menerpa. Dalam senyum, Taufik meneruskan cerita,
"Sebelum tu, dia terlanggar fik. Fik marah dia tapi dia takdengar pun. Rupa rupanya dia sedang bersedih. Mungkin dia baru sahaja mendapat berita tentang keadaan kakak dia. Umi, sepanjang fik di dalam feri itu, fik asyik tengok dia. Fik tahu, fik dah terpikat pada dia. Tapi fik biarkan dia pergi. Masa tu fik ingatkan dia menangis sbb ditinggalkan kekasih."
   "Pelik kamu ni! Punyalah ramai nakkan kamu, yg kamu takkenal itu pulak yg kamu suka," marah puan rohani.
  "Entahlah, fik dah cuba lupakan dia tapi tak boleh!"
   "Macam mana nak lupa kalau gambar dia terpampang besar besar di dalam bilik tidur kamu?" jerkah ibunya.
   Ketawa Taufik lepas. "Nak buat mcm mna umi. Ini kan soal hati? Umi skrng fik dah jumpa dia semula. Fik takboleh lepaskan dia pergi. Fik mahu dia dalam hidup fik!" Manja dia berbicara.
    "Tapi, dia tu adik Liyana!"
    " mereka memang adik beradik umi, tapi Fik dapat lihat sikap mereka yg berbeza. Fik yakin, bila umi jumpa ana nnti, umi dapat melihat perbezaan itu. Entah entah umi terus berkenan nak buat jadi menantu!"
    "Macam mana kalau umi taksuka? Kamu sanggup tinggalkan dia? Sanggup kamu lupakan dia?" tekan Puan Rohani kepada anaknya.
    "Ya demi umi, fik akan lakukan itu. Fik cuma nak umi gembira." Jawab Taufik lemah.
   Puan Rohani tidak dapat berkata apa apa lagi. Wajah Taufik dipandangnya dalam dalam. Anak sulungnya ini adalah anak kesayangannya. Dari kecil, sikap mengambil berat dan bertanggungjawab sudah sebati dengan Taufik. Kini, wajah yg ceria tadi sudah berubah menjadi keruh! Kelat! Keriangan yg terpancar sudah tiada.
    "Dia dah tahu ke niat kamu hendak berkahwin dengan dia fik?"
Soalan si ibu menganggu khayalan Taufik. Pemuda itu terpinga pinga. "Hah?"
     Puan Rohani ketawa "hai, belum kahwin dah berangan panjang? Umi tanya dia dah tahu ke rancangan kamu hendak berkahwin dengan dia tu?"
   Taufik menggelengkan kepala.
   "Habistu?" uminya bertanya
   "Tentulah fik hendakkan restu daripada umi dulu. Kalau umi dah tak izinkan...."
     "Hai, pandai merajuk juga anak umi ni rupanya!" kata Puan Rohani sambil mencubit pipi anaknya. "Kamu sungguh sungguh sayangkan dia nampaknya. Hai mcm cerita Hindustan pulak! Sekali jumpa terus berkenan!" usiknya.
    "Umi, cinta boleh berlaku dalam tempoh bertahun tahun, berbulan bulan, berhari hari, berjam jam. Dan ada yg jatuh cinta dalam tempoh sesaat sahaja. Semua itu dah ketentuan-Nya. Fik pandang dia, fik berkenan. Fik ambik gambarnya tanpa dia sedari dan setiap hari fik tengok gambar tu. Makin fik tengok, makin suka. Makin fik pandang makin fik sayang. Tak apa kalau kami tidak berjumpa. Tapi allah temukan kami semula, umi. Takkanlah fik hendak melepaskan peluang yg diberikan-Nya ini?" Taufik mengakui perasaanya. Perasaan indah yg sudah tiga tahun bersemadi.
  "Hmm umi tengok sangat mcm mna rupa orng yg dah buat ana umi sasau begini. Okey apa kata kita buat perjanjian dulu. Petang ni, fik kenalkan dia pada umi. Kalau umi berkenan...."
    "Umi  kena beritahu fik cepat cepat sebab fik dah janji nak bawak dia pergi makan malam dengan fik! Fik nak melamar dia masa tu nanti." Taufik memintas kata kata ibunya.
   Puan Rohani tergelak. "Hai, memang umi dah agak dah. Kamu ni pandai ya! Dengan cara halus kamu kenakan umi. Merajuk konon! Tapi tak apalah. Umi pun memang hendak sangat supaya kamu berkahwin. Dan umi pun memang teringin sangat nak tengok cucu umi tu. Bila kita nak pergi ni?"
Taufik ketawa sambil memeluk tubuh uminya penuh kasih sayang. Mendapat restu seorang ibu, itulah yng dia mahu. Ana? Hm dapatkah gadis itu mengelak?
    "Terima kasih, umi. Insya-Allah, selepas umi tengok dia, umi pasti sukakan Ana. Tapi kita makan dululah. Fik dah lapar ni!" ujarnya sambil menuju ke tangga.
   "Hah, itu nak kemana pula tu? Kata lapar?"
    "Fik nak naik ke bilik. Nak cium gambar Ana untuk umi. Boleh?" Balas Taufik selamba.
   Puan Rohani ketawa kecil. "Amboi-amboi! Nak kena cubit?"

Hye guys, keep vote and comment oky! 😘
P/s kalau ada typo tu, ignore je oky sorry 😝

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now