Bab 12

110 7 0
                                    

"Betul angah tak mahu Nadia temankan?" soal Nurul Nadia apabila Nurul Hana menghulurkan topi keledar kepadanya.
    Nurul Hana menggelengkan kepala. "Takpayahlah, Nadia. Hang pilah kerja, nnti terlambat pulak. Angah rasa, angah boleh handle mamat ni!" balasnya.
     "Angah ni kedekut betullah! Nadia nak tengok pakcik tu pun takbagi. Haritu masa di KL, dahlah takdapat jumpa! Hmm ni mesti mamat tu handsome sangat kan? Tu yg angah tak bagi Nadia nak potong jalan pulak?" usik Nurul Nadia sambil tersenyum.
    Nurul Hana menjegilkan mata. Dia benar benar tidak suka Nurul Nadia mengusiknya begitu. "Nadia, cakap tu elok elok sikit. Angah tak minat langsung pada Encik Taufik tu, tahu!" marahnya.
     Nurul Nadia langsung tidak mempedulikan kemarahan kakaknya. Dia memberikan pendapat tanpa diminta. "Tapi Nadia rasa dia sudah jatuh cinta pada angah. Kalau tidak dia takkan buat begini. Ini semua alasan untuk berjumpa angah semula!"
     Malas melayan telahan adiknya, Nurul Hana segera berjalan memasuki lobi Hotel Seri Malaysia yg cantik itu. Dia kemudian duduk di kerusi sambil memikirkan tentang apa yg harus dia lakukan dan katakan kepada Taufik. Setelah mendapat keyakinan diri, dia bangun semula lalu berjalan menuju ke kaunter.
    "Cik boleh saya tumpang tanya?" Nurul Hana memberanikan diri menyoal gadis yg berpakaian seragam biru kuning di hadapannya. Wajah gadis itu yg dirasakan sebaya dengan dirinya ditenung.
     Gadis itu mengangguk sambil tersenyum. Biasalah, kalau taksenyum, takut pula nanti pelanggan hotel lari kan.
     "Salah seorang tetamu hotel ni bernama Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Saya taktahu dia menginap di bilik yg mana tapi saya ada hal nak berjumpa dengan dia skrng."
     "Saudari ni bernama Nurul Hana binti Abdullah, ya? Okey Encik Taufik menginap di bilik 318. Tadi dia pesan kalau saudari sampai, dia suruh saudari terus naik ke biliknya." Gadis bernama Hasni itu memberitahu.
    Wajah Nurul Hana dirasakan berbahang. "Tapi saya tak hendak ke biliknya. Saya nak jumpa dia di sini sahaja. Boleh tak awak tolong suruh dia turun kesini?" pintanya. Gadis itu tersenyum dan jari jari halusnya menekan punat telefon yg menyambungkan talian ke bilik lelaki itu.
    "Encik Taufik, saya Hasni dari reception. Cik Nurul Hana dah sampai tapi dia takmahu naik ke atas. Dia mahu encik yg turun ke lobi."
   "Cik, Encik Taufik suruh cik naik ke biliknya sekarang juga. Dia kata, kalau dalam tempoh 5minit cik taksampai ke biliknya, dia takmahu lagi berbincang apa apa dengan cik. Dia takmahu jumpa cik lagi." Hasni memberitahu sambil meletak gagang.
    Geramnya Nurul Hana mendengar kata kata Taufik yg disampaikan dengan penuh perasaan oleh Hasni tadi. Hisy, sakitnya hati! Tanpa berkata apa apa lagi, dia segera mengatur langkah menuju ke lif. Dia keseorangan di situ.
    Nurul Hana mengetuk bilik 318, ketika ia dibuka oleh Taufik.
    "Awak lambat!" Taufik menyergah.
     Nurul Hana tidak mahu mengalah. Dia menolak lelaki itu ke tepi bagi membolehkan dirinya masuk ke dalam bilik itu.
    "Dah dekat 5minit saya berdiri di luar tu. Saya nak ketuk pintu bila awak tiba tiba membukanya!" Nurul Hana memberitahu.
    Pintu sudah ditutup. Dia tahu lelaki itu sedang merenungnya. Bulu romanya meremang di tengkuk. Itu tandanya sepasang mata itu sedang memerhati.
     "Jadi, apa halnya awak nak jumpa saya pagi pagi begini?" Taufik berpura pura bertanya.
   Serta merta Nurul Hana berpaling. Amboi amboi baik punya soalan! Desis hatinya.
   "Hah, berlakonlah awak! Macamlah awak taktahu mengapa saya datang ke sini?" marahnya.
    Taufik ketawa. Sikap Nurul Hana yg berterus terang itu memang melucukannya. Lagak Nurul Hana yg berpura pura berani memang menggelikan hatinya.
     "Hebatnya awak sampai hantar peguam ke rumah saya. Itukah cara orng kaya seperti awak membuat kerja? Awak ingat awak boleh beli keluarga saya dengan cek 300 ribu ni?" marah Nurul Hana sambil melontarkan cek ke muka Taufik.
    Taufik tenang mengelak balingan Nurul Hana. Dia juga tenang mendengar pertanyaan Nurul Hana. Dia ingin membiarkan sahaja gadis itu melepaskan geram. Kali ini dia tidak akan membalas.
   Nurul Hana meneruskan omelannya. "Awak memang melampau! Awak ingat kami nak jual Irfan ya? Hei Irfan tu permata hidup kami tau! Dia bukan barang! Dia bukan bola! Nak ditendang tendang merata rata!"
   Taufik masih tidak membalas. Kini dia sedang duduk di hujung katil. Dia diam lagi.
   "Kenapa dengan awak ni? Kenapa asyik diam? Awak pekakkah?"
   Amboi amboi , sedap sedap saja dirinya dikatakan pekak oleh gadis ini. Tetapi apa yg hendak dibuat, dengar sahajalah!
    "Encik Taufik saya sedang bercakap dengan awak ni!" bentak Nurul Hana apabila lelaki itu teru diam.
    "Saya tahu, Ana!" Taufik menjawab ringkas. Wajah cantik itu ditatap sepuas hati. Tidak jemu jemu.
     Nurul Hana semakin gelisah. "Kalau awak terus menerus buat perangai macam ni, saya nak balik!" Dia mengugut.
   "Kalau awak balik Irfan akan jadi milik saya!" ugutan dibalas dengan ugutan oleh Taufik.
   Ugutan Taufik menghentikan langkah yg diatur oleh Nurul Hana ke pintu.
   "Hah, itulah sebenarnya kan? Dah sah! Memang niat awak takbetul! Irfan milik awak konon! Mcm mana awak boleh kata macam tu? Siapa yg besarkan dia selama ni? Awak ke?" Nurul Hana semakin tidak berupaya  bersikap tenang.
   Taufik diam. Hanya sepasang mata tidak berkelip kelip memerhati gadis yg sedang berang itu.
   "Mak awak halau kak long saya masa kak long kehilangan suami dia. Saat saat terakhir untuk dia menatap wajah adik awak, mak awak tak izinkan dia dekat. Sepanjang dia mengandung, hati dia sedih. Dia asyik minta supaya kami jaga anak dia bila dia dah tak ada nanti. Kak long tak mahu mak awak jaga anak dia! Awak takfahamkah apa yg saya cakap ni? Mcm mana lagi saya nak beritahu awak yg Irfan hak kami? Kenapa masih tak mahu faham?" Soal Nurul Hana bengis.
     "Sebab itu saya beri awak pilihan. Kahwin dengan saya atau kehilangan Irfan. Tapi awak pilih yg kedua. Salah saya ke?" balas Taufik tegas. "Kalau ada orng yg patut disalahkan, orng itu ialah awak, ana! Kalau keluarga awak tahu, mereka akan menyalahkan awak. Bukan saya! Pilihan di tangan awak dan awak memilih untuk membiarkan Irfan jadi milik saya!"
    Nurul Hana terkedu mendengar tuduhan lelaki itu. Wajah mula menunjukkan kekeliruan. Bagaimanapun dia tetap ingin membalas. "Awak jangan nak cakap berputar belit. Hari tu awak suruh saya pilih sama ada kahwin dengan awak atau bayar hutang."
    Taufik ketawa. "Mesejnya sama, cik Nurul Hana! Jangan buat buat takfaham." sindirnya.
     "Encik Taufik, tolonglah faham. Saya tak cintakan awak, jadi macam mana saya nak kahwin dengan awak? Dari dulu, saya sangat mengharapkan agar saya dapat berkahwin dengan seorng lelaki yg saya cintai. Bukan dipaksa paksa begini! Dan saya memang takfaham mengapa awak beria ria sangat hendak berkahwin dengan saya. Kita takkenal pun antara satu sama lain."
    "Kalau macam tu, kenapa awak hendak marah marah bila saya mahu membawa Irfan tinggal dengan saya? Saya dan umi boleh berikan dia segala galanya. Kasih sayang, harta, wang ringgit? Cakap aje! Awak duduklah di sini dan carilah cinta awak tu! Biar ayah, emak dan adik adik awak tahu bahawa awak lebih mementingkan cinta awak berbanding kebahagiaan mereka." Taufik melahirkan kesalannya. Kesal kerana Nurul Hana masih menolak.
    "Encik Taufik!"
    "Sudahlah ana! Saya dah penat dengan perangai awak ni. Lebih baik awak keluar skrng!" jerkah Taufik tiba tiba.
   Nurul Hana termangu mendengar nada suara Taufik yg tinggi. Menurut Taufik semua ini salah dirinya? Dia yg menjadi punca lelaki itu bertindak merampas Irfan? Taufik meletak kesalahan kpada dirinya! Dia yg bersalah!
    Nurul Hana sedih. Dia sdng tercari cari cintanya. Namun bila mereka berkahwin nnti, semua itu akan dimilikinya. Cintanya akan hilang begitu sahaja....
     "Encik Taufik tolonglah! Jangan begini!" Nurul Hana merayu.
     "Baliklah Nurul Hana. Saya dah tak ada apa apa nak cakap dengan awak lagi!" Taufik akhirnya mengalah. Apa hendak dibuat lagi? Mungkin jodoh mereka memang tiada.
     "Encik Taufik?" Nurul Hana akhirnya bersuara lemah dengan desakan ini. Dia memandang Taufik kerana kini lelaki itu sudah berdiri di tepi tingkap. Pandangan lelaki itu dituntaskan ke luar. Tidak lagi memandang dirinya.
    "Kenapa saya, Encik Taufik? Kenapa awak pilih saya sedangkan awak duduk di KL? Tentu awak dah jumpa ramai perempuan yg jauh lebih segala-galanya berbanding diri saya ni. Awak buta ke apa? Saya ni cuma perempuan kg. Mengaji tak tinggi. Atau awak rasa saya ni cantik kut? Baik? Menarik?" Nurul Hana bertanya apabila Taufik kembali menatap wajahnya.
    Taufik ketawa dan menjawab "kan saya dah cakap saya gilakan awak."
     "Hmm, yg tu memang saya percaya. Awak memang dah gila." Ayat Nurul Hana menyebabkan Taufik semakin galak mentertawakannya.
     "Saya takkenal awak pun!" Nurul Hana cuba mengingatkan.
      "Saya bagaikan dah kenal awak bertahun tahun!" balas Taufik.
     "Saya taksuka cara awak!" Nurul Hana berkata lagi.
     "Tak apa. Saya yakin satu hari nnti awak akan jatuh cinta pada saya." bisik Taufik lembut kepadanya.
     "Macam mana saya nak jatuh cinta pada lelaki yg memerangkap saya untuk berkahwin dengan dia? Mcm mna saya nak jatuh cinta pada awak sedangkan dalam hati saya, saya bencikan perbuatan awak ni? Saya taksuka sikap awak ni. Saya yakin pendirian saya ni tak akan berubah sampai bila bila!"
     Nurul Hana sudah menangis teresak esak. Dia sudah terperangkap. Dia tidak boleh berundur lagi. Lelaki ini berkeras mahukan dirinya. Demi Irfan, dia akan menerima. Demi menjaga hati ayah dan ibunya, dia pasrah. Dia reda kalaulah lelaki ini ditakdirkan untuk menjadi suaminya. Apa lagi yg boleh dikatakannya? Apa lagi yg boleh dilakukannya? Taufik bagaikan sedang meletak pisau di tengkuknya. Dapatkah dia mengelak?
    Taufik menanti dengan penuh sabar. Walau gadis di hadapannya ini sedang menangis, dia tahu dia akan mendapat jawapan yg positif. Akhirnya selepas lama menunggu, dia mendengar Nurul Hana berkata,
"Baiklah saya terima lamaran awak, Encik Taufik!"
     Dengan hati yg gembira, Taufik terus mengemaskan diri lalu mengajak Nurul Hana keluar.
    "Jom saya hantar awak balik. Saya nak jumpa emak dan ayah awak. Saya nk beritahu mereka tentang kita."  Taufik berkata sambil mengambil kunci kereta.
    "Tapi saya nak pergi kerja!" Nurul Hana beritahu semasa mereka berada di dalam lif.
     "Ambil cuti." Balas Taufik.
     Eiiii geramnya. Belum kahwin dah pandai nak mengarah-arah! Benci!
      "Encik Taufik sayang, saya banyak kerja di pejabat tu tahu! Ni awak nak  suruh saya ambik cuti lagi? Awak nak suruh bos pecat saya ke?" marah Nurul Hana dengan gaya suara yg sengaja dilembutkan.
       "Kalau mcm tu, baik awak berhenti aje. Kita dah nak kahwin. Awak akan ikut saya balik ke KL. Jadi apa masalahnya? Lagipyn ada banyak benda yg kita kena buat nanti," balas Taufik selamba.
      "Kita bukan nak kahwin malam ini, kan?" Nurul Hana menyoal.
    Taufik tersengih. "Malam ni? Aik, kalau boleh..." usiknya.
    "Jangan nak mengada-ada! Saya jangkakan, paling paling cepat pun kita akan berkahwin dalam masa dua bulan lagi. Jadi, selagi taksampai haritu, saya tak akan berhenti kerja, Encik Taufik. Awak takboleh paksa saya oky!" bentak Nurul Hana bersama jelingan tajam.
      Melihat wajah Nurul Hana yg tegang, Taufik mula berlembut. "Okey! Okey, saya tak akan paksa awak, ana. Saya benarkan awak bekerja selagi kita belum diijabkabulkan. Lepastu, saya mahu awak menghantar notis berhenti 24jam. Saya harap awak jelas dengan kehendak saya."

Hye guys, keep vote and comment oky!
P/s kalau ada typo tu ignore jehla ok hagaga

Kasih Bersulam CintaWhere stories live. Discover now