5.00 pagi..
"Kenapa papa buat Sara macam ni?" pipiku sudah dibanjiri air mata.
"Papa tak ada niat sayang, Sara salah pandang agaknya," huh, banyak betul alasan yang diberi untuk tutup segala kesalahan yang telah dilakukan.
"Papa nak cakap yang Sara ni salahla ye," aku menyengetkan senyuman. Air mata yang mengalir aku kesat. Encik Sulaiman sudah buntu. Apa yang harus dia katakan?
"Papa rasa ni semua kerja mama, mama sengaja buat papa cam ni untuk hasut Sara supaya kita berjauhan," hebat Encik Sulaiman! Macam- macam benda dia boleh cakap untuk tutup kesalahan sendiri. Aku seolah-olah termakan dengan kata-kata papa tetapi aku tak sebodoh itu .
"Sara dah penat dengan semua alasan yang papa bagi, Sara dah lama tahu pasal benda ni, papa tak perlu nak jelaskan apa-apa lagi. Maafkan segala salah silap Sara, terima kasih kerana jadi ayah kepada Sara selama ni. Halalkan makan minum Sara," aku melangkah pergi meninggalkan rumah agam papa yang baru beberapa bulan aku duduki.
Aku terjaga daripada tidurku. Mengapa peristiwa hitam itu perlu mucul sekali lagi dalam ingatanku? Sejak dua menjak ini, kerap sekali mimpi itu berulang. Mimpi tentang peristiwa dalam hidup aku. Tidak akan aku lupa.
Aku memandang jam loceng yang terletak disebelah katilku. Sudah jam 5 pagi. Hari ini adalah hari yang istimewa sebenarnya buat aku. Taknaklah ingat-ingat benda yang lepas. Hidup kena move-on, kan kan?
Aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Sekolah baru. Baru. Aku ulang. Sekolah baru. Mulai hari ini, Nur Sara Umairah bt Sulaiman akan jadi seorang perempuan yang tegas, tak mudah mengalah dan yang paling pentinggg, tak akan sesekali mudah jatuh hati pada mana-mana lelaki.
First time cakap dengan diri sendiri depan cermin. Ini semua untuk kebaikan aku jugak.
----------------------
Tanggapanku terhadap sekolah ni takderla tinggi mana. Maksud aku, berharap agar sekolah tu besar, ada aircond, ramai yang nak kawan dengan aku . Nope. That's not me.
Aku melangkah ke dalam bangunan sekolah dengan tenang. Hanya berharap agar Allah permudahkan urusanku. Amiin. Aku meraup muka ku setelah selesai berdoa.
"Uit," macam ada semut cuit bahu aku ni. Aku menoleh ke belakang. Dari gerak geri, nampak macam budak ni nak berkawan dengan aku. Ceh! Perasanla kau ni Sara.
"Kau budak baru ke?"okyh, memang dah sah budak ni nak kawan dengan aku. Eh eh, yakin ajer kau ni Sara.
"Haah," tu jer serakat ni aku mampu balas. Dengan laki jangan nak panjang sangat menjawab, nanti dia ingat kita ni ada niat lain pulak.
"Dah tahu kelas kat mana?"Aku menggelengkan kepala.Dia memasukkan tangan ke dalam poketnya dan mengeluh.
"Takperlah, aku boleh cari sendiri, thanks,"baru hendak melangkah, dia mula bersuara semula.
"Kalau tak tahu tu, jangan buat-buat tahu. Sombong tu namanya," dia merampas fail pengenalan diriku yang sebelum ini berada ditanganku dan kini, ditangannya.
"Kau nak pergi mana tu? Woi, fail aku!"eeeeee tak sukala dengan dia ni. Dahla amik fail orang, pastu main pergi je.
"Kau nak buat apa ngan fail aku tu?"kataku separuh bisik.
"Diam diam jerla," balasnya tanpa memandangku dan meneruskan perjalanan. Dia berhenti dihadapan meja guru.
"Assalamualaikum cikgu," ucapnya.
"Waalaikumussalam, ye Rudy, ada apa ye?" ohhhh Rudy rupanya nama dia ni. Not bad.
"Saya nak mintak tolong cikgu, semak fail peribadi kawan saya ni, dia baru masuk. Jadi, saya taknakla kawan saya ni sesat ke mana-mana je." dia menyerahkan fail peribadiku dan menjeling ke arah ku, and btw, siapa yang isytiharkan aku ni kawan kau eh? Memandai je kau ni.
"Ohh, Nur Sara Umairah bt Sulaiman. Awak punya kelas sama dengan kelas Rudy. Jadi senangla kamu nak bawak si Sara ni ke kelas,"jelas Cikgu Faizah kepada kami berdua. Wait! What? Satu kelas?
"Baiklah cikgu. Kami mintak diri dulu, terima kasih ye cikgu," dia bawak lagi fail aku tu. Apa masalah dia ni eh.
"Hurmm, Nur Sara Umairah..nice name," dia bukak fail aku??? Ni dah lebih ni.
"Woi! Mana boleh bukak privasi orang sesuka hati!"aku cuba merampas fail ku daripada tangannya. Apakan daya, aku hanya insan yang lemah, pendek pulak tu. Tak tak, maksud aku, pendek daripada dia. Okyh?
"Mana ada salah. Ni adalah salah satu sesi perkenalan,"tak habis-habis lagi tu baca.
"Tengkorak kau tak salah. Bak sini fail akuuuuuu!" amek kau, ni baru sikit, belum dengar lagi aku mengamuk tahap 4.
"Eeeeeee, yerla yerla. Amekla fail kau ni. Tak ingin punlah aku nak tahu pasal kau," Rudy menggosok telinganya. Mana tahu keluar segala cecair yang dah lama tak dikeluarkan lepas dengar aku menjerit. Aku merampas kembali fail peribadiku.
"Cepatla bawak aku masuk kelas!"dari tadi jalan tapi tak sampai-sampai pun. Besar sangat ke sekolah ni. Huh.
"Tak sabar- sabar, sinilah cepat. Lambat aku tinggal,"heleh dia yang lambat, cakap orang. Aku mengekori langkahnya.
Setiap bab in sha allah akan dipublish setiap hari or setiap 2 hari. I hope korang vote and komen if ada sebarang typo. Please support my work guys🙆 mmmuuaahhh💋💋💋
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...