Dia berhenti dihadapanku. Malam-malam pun nak pakai cermin mata hitam. Nampak sangat malu nak pandang aku.
"Abang.."aku bersuara tanpa sengaja. Jantung aku berdegup laju. Kenapa kau takut sangat ni Sara...
Nampaknya aku menarik perhatian pelanggan. Mereka semua memandang aku .
"Tak payah nak berabang dengan aku. Geli aku dengar. Nah,"dia menghulurkan baju kepadaku. Mama masih kaku disebelahku, mungkin mahu menghadam apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Baju yang dia bagi ni macam..... Ni baju yang kena air tu! Pulak dahh!
"Aku nak kau basuh baju ni sampai bersih, wangi-wangi, taknak ada debu sikit pun. Aku bagi kau masa dua hari je. Kalau tak siap dalam masa dua hari, nak tak nak kau ganti baju tu,"jelasnya sambil menunding jari ke arahku, satu lagi tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Mama seperti mahu mempertahankanku, aku berkata-kata dahulu sebelum mama.
"Baiklah. Saya akan basuh. Saya mintak maaf lagi sekali sebab kotorkan baju..."aku tak tahu nak panggil apa.
"Encik Haziq,"katanya yang membalas persoalanku.
"Ya, Encik Haziq,"aku cuba menyimpan nama itu didalam memoriku. Memang aku sumpah seranah kau dalam hati. Sombong!
"Just two days,"ujarnya sebelum beredar dari situ. Aku menghela nafas panjang. Lega rasanya.
Mama memandangku dengan seribu satu persoalan dimindanya. "Apa yang Sara dah buat Sara?"soal mama dengan muka yang serius. Mama walaupun lemah lembut, tapi tegas dalam menguruskan tanggungjawab.
"Aaaa esok Sara cerita ye ma. Sara nak simpan baju ni dulu, pastu layan customer,"jawabku. Aku melarikan diri ke belakang untuk menyimpan baju.
Aduh... Masak kau Sara..
Huh. Selepas balik kerja, memang wajib mandi. Melekit! Aku menuju ke katil kesayanganku. Simple. Walaupun katil queen tapi cadar plain je. Dah macam tu yang aku suka.
Aku membetulkan kedudukan bantal dan baring. Memandang siling. Masa-masa macam ni la kita selalu fikir masa depan, fikir masalah, berangan pun ada. Kan?
Aku teringat tentang peristiwa tadi.
"Kenapa mesti wujud lelaki yang macam tu? Sombong!"gerutuku.
"Pagi tadi bukan main sombong taknak aku cucikan. Katanya takut baju dia tu rosak,"aku mencebik. Panasnya hati ni!
"Eee buat apa kau fikir pasal dia Sara. Bazir masa kau! Baik aku tidur," aku menyelimut badanku dan menutup lampu.
"Morning ma,"aku mencium pipi mama yang sedang menghidangkan sarapan. Mama tersenyum
"Ni cantik-cantik ni nak pergi mana?"soal mama yang hairan melihatku yang sudah bersiap.
"Nak keluar kejap. Pergi dobi. Ni haaa, nak uruskan baju mamat semalam tu,"aku menunjukkan beg yang berisi bajunya. Aku duduk dimeja makan. Aku mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.
"Cuba Sara cerita dekat mama. Siapa lelaki semalam yang datang kedai kita? Kenapa dia suruh Sara cuci baju dia?"soal mama.
Aku menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
"Semalam Sara tertumpahkan jus oren dekat baju dia,"aku masih mengunyah nasi goreng. Sedap weyh!"Macam mana boleh tertumpah?"soal mama dengan nada yang terkejut. Aku dah agak dah. Mesti jadi punya benda ni.
"Sara tak sengajala mama. Lagipun semalam Sara dah offer nak basuh baju dia tu. Dia yang sombong sangat, taknak Sara basuh. Tup tup, datang pulak malam semalam. Pebenda tah mamat tu,"kataku dengan mulut yang penuh dengan nasi goreng. Geram pulak.
"Sara ni, dari dulu careless. Jangan salahkan orang kalau sendiri dah buat silap. Mama taknak Sara jadi macam dulu. Ubah perangai tu Sara. Jangan bawak perangai lama dekat tempat baru,"nasihat mama membuatkan aku sedar. Ya. Aku perlu ubah sikap aku.
"Yerla mama. Sara cuba. Sara gerak dulu,"aku bangun dari meja makan dan mengambil beg.
"Eh Sara! Sara nak naik apa?"soal mama. Aku menoleh.
"Teksi kot,"jawabku ringkas. Aku dah biasa naik pengangkutan awam. Jadi, tak ada masalah rasanya. Kadang-kadang takut jugak. Bahaya sekarang ni.
"Kan dekat je Sara. Tak payah naik teksi. Membazir,"bebel mama. Nak jalan kaki ke? Jauh jugak maa.
"Nak pegi naik apa maa?"soalku dihadapan pintu.
"Mama ada belikan Sara basikal. Sara guna eh sayang,"balas mama sambil mengusap kepalaku.
Aku keluar ke halaman rumah. Basikalku ditutup dengan kain terletak bersebelahan dengan kereta. Aku menarik kain itu.
"Maaa..bila mama beli?"soalku dengan rasa terkesima.
"Pagi semalam,"balas mama. Aku membelai basikalku. Macam mana mama boleh tahu aku nak basikal ni?
"Kenapa mama beli?"soalku dengan suara yang sayu.
"Sara tak suka ke sayang, mama boleh tukar dengan yang lain,"mama mendekatiku.
"Sara sukaa...cuma, mama tak perlu susah-susah belikan untuk Sara. Mana mama dapat duit?"mataku mula bertakung dengan air mata.
"Sara, mama beli untuk memudahkan Sara pegi ke mana-mana. Mama guna duit simpanan mama, Sara jangan risau ye,"mama memelukku. Air mata mula mengalir dengan deras. Kedengaran esakkanku.
"Kenapa nangis ni? Tak maula nangis, dah tak cantik dah anak mama ni,"mama mengelap air mata dipipiku. Aku tersenyum nipis.
"Sara pergi dulu eh ma. Assalamualaikum,"aku menyalami mama dan menunggang basikal ke pagar.
"Balik awal tau Sara. Ada orang nak datang rumah nanti,"ujar mama. Siapa yang nak datang? Aku tak ada masa nak tanya.
"Haa okyh maaa. Byee,"aku berlalu pergi.
Hai😊 sorry lambat update, wanie tak berapa sihat. Wanie tak janji boleh update esok.Tapi, wanie akan cuba update kayh. Keep supporting and voting my work. Love u guys🙆
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...