"Mana Rudy dengan Lisa ni, lambatnya,"ujar Atul memundar-mandir."Kejap lagi diorang sampaila tu,"kata Hana yang duduk di bangku.
"Sara? Dah call?"ujar Wan yang duduk disebelah Hana tetapi jauh sedikit.
"Dah, banyak kali missed call,"balas Atul. Atul mengeluh panjang.
"Rileks ar, tiket wayang pun belum beli. Tak ke mana pun wayang tu,"kata Wan dengan selamba. Atul membuat muka.
"Aku try call Sara,"kata Hana yang mengeluarkan telefon dari beg tangannya.
"Tu Sara!" jerit Atul. Sara berjalan dengan tenang.
"Awalnya sampai,"perli Atul.
"Aku sampai awal tadi tapi aku pergi tandas, tu yang lambat,"jelas Sara sambil tersenyum nipis. Wajahnya kelihatan pucat dan tidak bermaya.
"Kau sakit ke Sara? Asal muka kau pucat?"soal Wan.
"Aahla weyh, muka kau pucat. Kau tak sihat ke? Kenapa tak cakap dengan kitorang?"soal Hana bertubi-tubi.
"Aku okyh je. Penat sikit maybe,"balas Sara.
"Mana Lisa? Rudy dah sampai ke tadi?"Sara menukar topik.
"Lisa kan tumpang Rudy. Kejap lagi kot diorang sampai,"jelas Wan.
"Oh,"Sara mula rasa pelik dengan perasaannya. Argh. Perasaan je tu Sara.
"Hello princess,"terdapat suara membisik ditelinganya. Sara menoleh. Bahunya terjungkit sedikit. Rudy tergelak kecil. Sara terpaku. Senyuman Rudy mati.
"Kau tak sihat ke?"Rudy melangkah ke hadapan lebih rapat kepada Sara. Sara mengundur diri sedikit dan mengalihkan pandangannya.
"Hey, look at me,"ujar Rudy yang masih memandang Sara.
"Aa aku okyhla,"jawab Sara dengan teragak-agak. Dia masih tidak berani bertentangan mata dengan Rudy. Jantungnya seperti mahu meletup.
"No, you are not okyh. Muka kau pucat, sembap. Tell me,"ujar Rudy dengan nada yang lembut.
"Bro,"panggil Wan. Rudy mengangkat wajahnya.
"Kau tunggu apa lagi? Jomla. Lisa mana?"ujar Wan. Segera Sara bergerak dimana Atul dan Hana berada. Rudy memandang Sara.
"Dia pergi toilet,"balas Rudy. Pada masa yang sama Lisa munculkan diri.
"Sorry beb,"Lisa membetulkan topinya dan tersenyum. Sara terpaku. Kenapa pakaian dia sama macam Rudy?
"Jom kita beli ticket,"ujar Atul menghentikan lamunan Sara.
"Tak payah, girls duduk sini biar aku dengan Rudy pergi beli. Bagi duit je,"kata Wan.
"Aku tak percaya kau, nanti kau beli ticket cerita lain,"bidas Atul.
"Banyak songehla kau ni. Nak tengok ke tak? Kalau taknak kitorang jerla yang tengok wayang,"kata Wan sambil mengambil wang daripada tangan Sara, Hana dan Lisa. Atul mencebik. Benci betul!
"Yerla yerla,"bidas Atul sambil mengeluarkan wang dari dompetnya dan menghulur kepada Wan.
"Jom Rudy,"ujar Wan. Mereka berdua melangkah pergi.
------------------------------------------------
"Dah dah la tu, bukannya aku sengaja nak beli ticket tu. Dah cerita yang kau nak tengok tu full. Aku belila ticket lain,"pujuk Wan yang melihat muka cemberut Atul.
"Kita pergi makan eh?"sampuk Lisa sambil memeluk bahu Atul. Atul masih membisu.
"Aku nak pergi Harris, korang pergila makan dulu,"ujar Sara.
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...