Huaaaaaa! Hujung minggu macam ni memang sedap makan tidur kat rumah. Tapi nak buat macam mana, mama tak ajar aku untuk jadi macam tu. Pagi-pagi lagi aku ikut mama bekerja direstoran. Restoran apa? Western je guys. Tak besar mana pun kedainya, but not badla. Pakaian pun cantik. Kemeja putih yang waiter selalu pakai tu.
Mama pandai mengatur masa untuk menghias kedai walaupun banyak benda yang perlu mama fikir. Aku bekerja hanya mahu meringankan beban mama, sambil-sambil tu, cari duit poket sekali, bak kata peribasa, sambil menyelam minum air kan? Cat warna biru langit menceriakan lagi suasana kedai. Disitu, pagi menu lain, tengahari menu lain, malam pun lain.
Loceng pintu kedai berbunyi. I ada customer u olls! Menu ku letakkan diatas meja pelanggan. Dari susuk tubuhnya macamku kenal...Perasaan kau je kot Sara.
"Give me one orange jus, that's all,"kata pemuda itu. Belek menu punya lama, kau mintak orange jus je!? Dahla order tak pandang aku. Sabar Sara, customer always right."Okayh sir,"aku mengambil menu itu dan berlalu.
"Satu orange jus,"aku meletakkan order didepan counter air.
"Kenapa adik abang marah-marah pagi-pagi macam ni, tak manis dah muka tu,"kata abang Iman yang sedang memerah buah oren untuk dijadikan air. Abang Iman tu sebenarnya sepupu aku.
"Tu haaaa. Ada customer tu kerek sangat. Tengok menu punyala lama, mintak orange jus je,"aku mencebik. Dari tadi dok aku perhati, tengok fon je keje. Bila tengok balik, rambut dia, susuk tubuh badan dia, kulit dia, cara dia.. Kenapa aku rasa macam aku kenal eh?Cuba ingat Sara.Aku memegang dahiku.
"Dik, orange jus siap. Pergi hantar, berangan je keje,"katanya sambil mengusap kepalaku. Aku membawa minuman untuk pelanggan tadi.
Kakiku tersandung!Alamak!Air! "Sorry, sorry, saya tak sengaja bang,"aku membersihkan air yang tertumpah dibajunya. Lahai Sara, dahla dia pakai baju office. Mana kau nak cari duit nak ganti. Masakla akuu!
Lelaki itu bangun dari tempat duduknya dan memandang aku. "Kalau kerja tu buat cara kerja! Baik berhenti jerla!"dia menepis tanganku yang mahu membersihkan sisa air.
"Saya mintak maaf bang, nanti saya cuci baju abang. Saya janji!"aku mengangkat tangan tanda berjanji.
"Tak perlu, tak pasal-pasal baju aku pulak yang rosak,"balasnya dengan menjelingku dan memakai cermin mata hitamnya. Dia meninggalkan duit sebelum berlalu pergi. Apa kau dah buat ni Saraaa! Carelessss. Tulaaaa, ngumpat lagi! Kan Allah dah balas!
Semua staff memandangku. Nasib mama takder, kalau tak, aku boleh bayang betapa kecewanya mama. Aku membersihkan meja dan lantai yang dipenuhi dengan orange jus dan membawa cawan ke counter minuman.
"Adik janganla sedih. Abang tengok lelaki tadi tu pun bukannya baik sangat. Memang patut pun kena jus tu. Kalau abang an, abang siram je atas kepala dia,"abang Iman, selalu menenangkan hatiku. Apa-apa masalah yang ada pada aku, dia boleh detect.
Ini jerla kasih sayang seorang lelaki sebagai abang yang aku dapat menumpang setakat ni. The one and only man that I trust.
"Aah, akak pun nyampah tengok. Handsome, tapi kurang adab,"sampuk akak Syam.
"Orang macam tu tak payah nak rasa bersalah sangat. Memang patut pun air tu tumpah. Padannn!"tambah abang Jen. Oops Jenny. Dia marah kita panggil dia abg Jen u olls. Biasalah, dia lembut sikit tapi hati jantan okyh!
"Terima kasih ,"kataku sambil tersenyum nipis.
Loceng pintu kedai berbunyi lagi. Tak ada semangat aku nak amik order. Aku menoleh. Rudy!? Dia seperti mencari seseorang lalu duduk dimeja yang aku baru lap tadi.
"Kau buat apa kat sini?"soalku. Rudy pun turut terkejut melihatku. Dia memandangku atas bawah. Dia kembali tenang.
"Kau kerja sini?"soalnya. Aku menganggukkan kepala.
"Siapala yang bagi kau kerja, boleh runtuh aku rasa kedai ni,"mulut kau tak pernah tak menyakitkan hati aku Rudy.
"Nak order apa,"aku meletakkan menu dengan geram. Rudy tergelak kecil melihat aku marah.
"Come, duduk dengan aku,"dia memandangku.
"Nak buat apa? Aku ada banyak kerja,"jelasku yang sengaja taknak duduk dengan dia.
"Ni yang kau kata banyak kerja?"dia memandang sekeliling kedai. Ya, kedai memang jarang ada customer lepas pukul 8. Aku mengalah.
"Yerlah. Aku duduk,"aku menarik kerusi putih itu dan duduk. Senyuman Rudy memang tak lekang dari bibirnya. Senyum je keje.
"Kau tak penat ke senyum?"soalku. Dia menggelengkan kepala.
"Selagi kau ada dengan aku, selagi tu aku tak penat Sara Umairah,"dia tersenyum lagi. Tak habis-habis dengan ayat dia tu. Aku menjelingnya.
"Ni kau taknak minum ke? Coffee? Tea? Milk?,"belum sempat aku menyambung, Rudy terlebih dahulu memotong ayatku.
"Shhh, I just wanna look at u. Please,"jelas Rudy. Apahal dengan dia ni? Angau apa?
"Kau dah kenapa?"soalku selamba.
"Halah kau ni. Nak sweet-sweet sikit pun tak boleh,"dia membetulkan topinya diatas kepala.
"Tah apa-apa je kau ni,"aku menjelingnya. Loceng pintu kedai berbunyi. Kenapa hati ni berbunga-bunga eh?
"Danial!"tegurku.
"Eh? Sara!"dia berjalan mendekati aku dan Rudy yang sedang duduk.
"Awak buat apa dekat sini Sara?"doalnya yang masih berdiri.
"Saya kerja dekat sini. Awak buat apa dekat sini?"soalku. Rudy menjelingku.
"Dah datang sini nak makanla, takkan nak cuci baju,"Rudy bersuara dengan nada yang tidak puas hati.
"Ohh Rudy pun ada! Maafla saya tak nampak tadi, saya ingatkan ada Sara sorang je,"Danial menghulurkan tangannya.
"Buat-buat tak nampak kan?,"perli Rudy yang masih tak menyambut tangan Danial malah tak pandang pun. Danial menarik semula tangannya.
"Dudukla Danial, join kitorang. Saya pun belum breakfast ni,"aku sengaja tidak mahu mengeruhkan keadaan. Lega sikit hatini bila Danial ada. Takderla aku menghadap malaun ni je. Rudy memandangku, dia mengerutkan dahinya dan menggelengkan kepala. Aku membulatkan mata. Dia berpeluk tubuh.
"Takperla Sara, lain kali je. Lagipun saya taknak kacau awak dating. Saya order kat counter je,"jelas Danial dan membawa dirinya ke counter.
"Acah bagi ayat pasrah!"kata Rudy. Apa yang dia sakit hati sangat dengan Danial tu?
"Kau ni dah kenapa? Hati dah hitam sangat eh?"soalku dengan hati yang membara. Pasal Rudy, aku tak dapat berbual dengan Danial! Cis!
"Sepatutnya aku yang tanya kau tu dah kenapa?"dia tanya kita balik? Hamboi!
"Kenapa apa?"soalku yang masih tidak puas hati. Rudy tersenyum senget.
"U don't know who is he. The real him. Please, I'm begging u, stay away from him Sara,"jelas Rudy yang makin membuatkan aku berfikir dan tertanya-tanya. Siapa sebenarnya Danial?
"Sara, saya pergi dulu ye," ucap Danial dan berlalu keluar daripada kedai.
"Maksud kau apa sebenarnya Rudy?"soalku.
"Aku taknak bagitahu kau sekarang. Kau tak akan percaya. Kau akan lihat sendiri. Just wait and see,"jelas Rudy dengan riak muka yang serius. Tak pernah aku melihat mukanya yang serius sepanjang aku kenal dia. Walaupun baru 5 hari berkenalan.
"Kenapa pulak aku tak percaya kau?"aku masih mahukan jawapan. Hatiku tak tenteram berfikir tentang Danial.
"Sebab kau dah termakan dengan kata-kata dia Sara. Dari riak muka kau pun aku tahu mesti ada something yang dia dah cakap dekat kau sampai kau rasa yang kau suka dia. Kan?"mungkin betul tekaan Rudy. Aku mendiamkan diri.
"Bukan kau sorang je yang dah kena Sara. Ramai lagi perempuan yang dah jadi mangsa dia,"katanya yang tidak memandangku kali ini.
Aku masih tak tahu siapa kau Danial. Kenapa aku kau pilih? Perlu ke aku percaya Rudy?
Haaaa siapa Danial sebenarnya? Betul ke apa yang Rudy cakap tu? Kalau nak tahu, teruskan baca "Simpan" sampai ke penghujung. Keep voting my story😘 and support me okyh😝mmuuahhh
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...