Kahwin?

118 3 1
                                    

Loceng sekolah berdering menandakan sudah masuknya waktu rehat. Sara memerhatikan Rudy disebelahnya. Kali ini dia tidak membawa bekal. Pelik.

"Tak baik curi-curi pandang. Kalau nk tengok muka aku, bagitahu,"ujar Rudy yang sedikit pun tidak memandang Sara. Khusyuk membuat kerja sekolahnya.

"Bila masa aku pandang kau,"Sara mencebik. Rudy mengalihkan pandangan kepada Sara lalu keningnya dijungkitkan.

"Seriously tak pandang aku?"

"Muka tak siap macam ni takkan aku nak pandang. Memang tak ,"

"Acah,"balas Rudy dengan nada perlahan tetapi masih didengari.

"Hey aku dengar kayh,"

"Memang aku nak kau dengar pun,"Rudy membuat muka mengejek. Sara mengecilkan matanya.

"Petang ni aku pergi kedai. Malam baru balik,"kata Sara.

"Siapa bagi kau keizinan pergi kedai? And malam baru balik? No Sara,"bidas Rudy. Eh Sara ni memang suka buat keputusan sendiri eh.

"Aku takder sesiapa untuk mintak keizinan. Aku just bagitahu kau,"balas Sara dengan selamba.

"Habistu yang jaga kau sekarang ni bukan penjaga kau? Bersyukurla sikit ada yang nak jaga kau,"riak muka Rudy berubah setelah mengucapkan kata-kata itu. Dia sedar bahawa dia sudah terlepas cakap.

"Aku tak mintak pun keluarga kau untuk jaga aku. Aku hanya tunaikan permintaan mama aku je,"balas Sara dengan nada mendatar. Hatinya terusik. Sara berpura-berpura membuka buku dan mengambil pen untuk membuat kerja.

"Aku takder niat nak cakap macam tu. Tu bukan yang aku maksudkan,"

"Kalau kau takder niat, kau takkan cakap. It's okyh, aku faham aku hanya menumpang,"balas Sara yang tidak memandangnya. Rudy tersentak. Dia mula rasa bersalah.

"Aku risaukan kau je. Lagipun  kalau nanti mami tanya aku pasal kau macam mana?"

"Aku dah bagitahu aunty Su,"balas Sara.

"Aku teman kau,"ujar Rudy.

"Tak payah. Aku pergi kedai untuk kerja bukan sajer sajer,"Sara memandang Rudy dengan pandangan yang serius.

"Ta-p,"belum sempat Rudy membalas, Sara memotong terlebih dahulu.

"Kalau kau teman aku, aku tak balik malam ni. Faham?"kata Sara. Rudy berdiam diri. Dia akui bahawa Sara sudah banyak berubah. Mohon hati ini kuat.

----------------------------------

"Sara, sejak dua menjak ni kan, kedai kita ramai customer tau. Happy I,"ujar Jen sambil menepuk tangan.

"Urmm,"Sara hanya mengiyakan kata-kata Jen.

"U! Dengar tak I cakap apa?"bidas Jen yang geram Sara tidak melayannya.

"Abang Jen, Sara dengar. Sekarang ni time kerja kan? Baik abang sambung kerja,"balas Sara dengan lembut. Jen mencebik lantas berlalu dari situ.

Sara mengelamun sebentar. Dari mana dia nak dapatkan sumbangan untuk membaik pulih kedainya? Huh

"Sara,"terdapat satu suara muncul dihadapan kaunter. Sara mengangkat wajah.

"Encik Haziq,"

"Just call me Haziq,"Sara terasa malas mahu melayannya pada waktu ini.

"Awak nak apa lagi?"soal Sara dengan lemah.

"Awak tak ingat janji kita? "Haziq membuka cermin mata hitamnya.

"Janji?"Sara mengerutkan dahinya.Haziq tersenyum senget.

"Awak janji dengan saya kita jumpa hari isnin dekat sini. Tapi awak takder and now saya nak awak tebus janji awak,"kata Haziq tersenyum lebar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now