Kelas 5 mawar sentiasa dalam keadaan bising. Biasalah, nama pun kelas. Tak bising memang tak sah.
"Kau memang pendiam eh?"soal seorang budak lelaki entah daripada meja mana. Aku mengangkat kepalaku ketika sedang menulis.
"Apa kau cakap?"sajer je nak suruh dia ulang. Soal orang tapi nada sinis. Huh.
"Bukan setakat pendiam, pekak pun ada,"perlinya. Hamboi hamboi! Mulut biadab! Aku menjelingnya. Tak ingin aku nak cakap dengan orang macam ni.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni!?"suaranya ditinggikan. Nampak macam samseng kat kelas ni. Acah. Bila diperhati nametagnya...Firdaus. Nampaknya seluruh kelas memandang aku dan Firdaus kerana suaranya.
"Aku tak rasa kau perlu kacau Sara,"hero sudah datang. Rudy berdiri dihadapan Firdaus. Ketinggian mereka hampir sama tetapi Rudy tetap tinggi kayh.
"Wah! Sekarang kau dah pandai tunjuk berani kau. Sebab perempuan ni ke?"Firdaus memandangku.
"Aku taknak gaduh pun dengan kau, aku cakap baik-baik ni Daus,"Rudy memang seorang yang bertolak ansur. Tak ada sebab dia nak bergaduh dengan Daus. Takkan sebab aku kot.
Daus menyengetkan senyuman.
"Kau taknak gaduhkan? Sini! Biar aku gaduh dengan kau!"Firdaus melayangkan tumbukan ke muka Rudy membuatkan Rudy jatuh kebelakang.
Aku membantu Rudy bangun dari jatuhnya. Firdaus seakan-akan mahu menumbuk Rudy sekali lagi. Aku menolak Firdaus sehingga dia tersandar didinding.
"Kau dengar sini Daus! Sekali lagi aku nampak kau sentuh Rudy, memang kau tak akan dapat bayang apa yang aku boleh buat. Faham?"aku memberinya amaran dengan riak muka yang tenang. Firdaus seperti bengang dengan apa yang berlaku.
"Nasib kau baik harini Rudy, kita boleh settle lain hari,"Firdaus melangkah keluar daripada kelas.
Aku membawa Rudy ke tempatnya untuk duduk. Ada darah kat bibir dia. Apa aku nak buat ni?
"Kau duduk kejap, aku amik peti firstaid. Sekejap je, kau tunggu tau,"pasal darah memang aku panik. Aku bergegas mengambil peti firstaid yang berada dibilik guru berdekatan dengan kelas. Sempat jugak beli ais.
Aik?Kenapa takder orang dekat kelas? Ada Rudy sorang je. Ohh ye! Rehat rupanya! Aku menghampiri Rudy. Makan rupanya budak ni. Haih. Sayang sangat dengan bekal dia tu.
"Rudy,"aku menyapanya dengan lembut.
"Kau kata kejap. Ni dah sampai rehat dah ni. Kalau Daus pukul aku lagi cam mana,"suaranya seakan merajuk, manja, semuanya adalah. Comel jugak kau ni Rudy.
"Alolololo, aku mintak maaf. Tak tahu pulak lama aku keluar. Tadi aku tunggu makcik kantin tu, lama sangat amik ais. Sorry eh,"aku cuba memujuknya. Dia masih kunya sandwich dia tu walaupun sakit.
"Aku maafkan,"ada muncung lagi tu. Haih, Rudy Rudy.
"Nah! Ni ais dengan firstaid,"aku meletakkannya diatas meja Rudy.
"Letakkan,"dia buat suara manja lagi tu.
"Letakla sendiri Rudy, dah besar dah pun,"aku mengendahkan pujukannya.
"Akit,"suaranya makin dileretkan.
"Haih kau ni. Sini, berhenti makan dulu,"aku mendekatkan kedudukan untuk meletakkan ais dibahagian tepi bibirnya.
"Auch, sakitla ,"Rudy memegang bibirnya.
"Pegang kejap,"aku menyuruh Rudy memegang sebungkus air dibibirnya sementara aku mahu membuka peti firstaid.
"Letak ais tu lama-lama sikit,"arahku kepada Rudy yang dari tadi masam mencuka.
"Kau ni kenapa? Masam je,"soalku.
"Aku ni pengecutkan?"lahai, itu ke yang kau fikir Rudy. Aku mengeluh panjang.
"Kau tak pengecut Rudy, kau cuma nak keamanan. That's all. Dah, jangan fikir bukan-bukan,"aku mengambil ais dari tangannya dan letakkan diatas meja.
"Haaa buat apa tu!"aku dan Rudy menoleh. Lisa rupanya~~
"Buat anak,"balas Rudy dengan selamba. Aku memukul bahu Rudy.
"Aku nak letak ubat dekat Rudy,"tanganku mengambil ubat didalam peti firstaid.
"Takper takper, biar aku letakkan,"Lisa mengambil ubat itu dari tanganku.
"Aku taknak kau, aku nak Sara letak,"jelas Rudy dengan selamba.
"Apa bezanya?"Lisa mula tidak puas hati.
"Bezanya, walaupun Sara ni garang tapi lemah lembut. Kau tu perempuan tapi gaya dah macam lelaki, takder feel aku dengan kau,"jelas Rudy. Lisa mula membuat muka. Tak patut Rudy cakap macam tu, mesti Lisa terasa.
"Yerlah! Suka hati kaula!"Lisa meletakkan ubat diatas meja dan duduk ditempatnya.
"Kau ni, tak baik cakap macam tu,"aku mengambil ubat itu dan memandang Rudy.
"What? Aku cakap benda betul,"katanya dengan selamba. Dia ni memang tak reti jaga hati perempuan ke apa.
"Haih, sini aku letakkan ubat,"Rudy senyum kemenangan. Manja betul kau ni Rudy.
Aaaaaa cutenya Rudy ni😍😍 I hope korang enjoy dengan story ni, keep voting and support my story okyh😜mmuuahhh
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...