Selepas pengkebumian, Sara dibawa pulang ke rumah. Dari tadi Sara hanya membisu. Dia kehilangan separuh daripada jiwanya. Mama. Puan Salina menjenguk anak saudaranya dari dapur yang termenung jauh disofa.
"Saya rasa kita perlu bagi Sara masa. Kesian saya tengok Sara, dia kena lalui semua ni,"sampuk Puan Suhaila.
"Saya pun rasa macam tu. Tapi saya tak pasti Sara akan setuju dengan pesanan arwah. Dia tu degil Su. Dia dah banyak berubah sekarang. Tapi saya tak tahu dia akan buat lagi perangai dia tu ke tidak,"ujar Puan Salina sebelum mengeluh panjang. Rudy menapak masuk ke ruang dapur untuk mengambil air.
"Aunty Ina, air dekat mana?"soal Rudy. Puan Salina menoleh.
"Selalunya Sara letak dalam fridge, cuba Rudy tengok,"balas Puan Salina. Rudy membuka fridge.
"Danny, nanti amikkan air untuk Sara sekali eh? Pujuk hati dia, mama tahu Danny boleh,"kata Puan Suhaila sambil mengusap rambut anaknya sebelum menapak keluar dari ruang dapur. Rudy tercengang. Sudah lama dia tidak memujuk perempuan. Dia yakin dia boleh!
Rudy membawa dua gelas air kosong ke ruang tamu dan melabuhkan punggung disebelah Sara. Melur berlari ke arah abangnya. Macam penguin. Comelll.
"Sini,duduk atas abang ,"Rudy menepuk-nepuk ribanya tanda menyuruh Melur duduk diatas ribanya. Melur menuruti. Sara memerhati tingkah laku mereka. Terhibur sedikit hatinya melihat sifat penyayang Rudy kepada adiknya.
"Abang ada bawak air, Melur nak?"soal Rudy sambil menayang gelas dihadapan Melur. Melur mengangguk laju. Rudy menyuakan gelas dimulut Melur. Anak kecil itu meneguk laju kerana kehausan.
"Alhamdulillah,"ucap Melur selepas minum. Dia mengesat mulutnya yang basah dengan lengan bajunya. Rudy meletakkan gelas diatas meja. Iman memerhati Rudy yang duduk dihadapannya. Rudy memandang tepat anak mata Iman. Dia tahu pandangan itu. Dia perlu memujuk Sara.
"Akak nak air?"soal Melur kepada Sara. Rudy terkejut akan tingkah laku adiknya. Dia sendiri belum bersedia menegur gadis itu. Sara menoleh dan dia tersenyum.
"Akak nak sikit, haus,"pinta Sara dengan nada yang lemah tetapi masih dihiasi dengan senyuman. Dia senang melihat Melur, hatinya tiba-tiba pulih dari kesedihan.
"Cian akak ni hausy, abang bagila akak ni air,"arah Melur dengan lagaknya. Rudy tergelak kecil melihat telatah adiknya. Dah la pelat tapi cakap mengalahkan orang dewasa. Sara tetap tersenyum. Rudy mengambil gelas lagi satu dan dihulurkan kepada Sara. Sara mengambil gelas itu dan meneguk laju. Dia sememangnya haus.
Iman dan Leen berpandangan antara satu sama lain. Sara mula tenang. Mereka bersyukur. Rudy turut gembira melihat Sara mula berinteraksi.
"Terima kasih,"ucap Sara sambil tersenyum. Rudy mengambil gelas dari tangan Sara.
"Sara,malam ni Sara tidur dengan aunty Su eh?"ujar Puan Salina. Sara mengerutkan dahinya.
"Kenapa Sara mesti tidur dekat rumah aunty Su? Mak long kan ada. Mak long boleh jaga Sara kan?"suara Sara sudah mencapai oktafnya. Semua terdiam, mereka tahu ini yang akan terjadi. Puan Salina mengeluh kecil.
"Sara ingatkan apa yang arwah mama pesan pada Sara?"kata Puan Salina sambil memegang bahu Sara. Sara terpaku, dia cuba mengingati memori itu.
"Sara taknak,"ujarnya setelah mengingatinya.
"Sara kena ikut cakap mak long,"arah Puan Salina. Sara menahan sebak didadanya. Mengapa dia perlu lalui semua ni?
"Sara tetap taknak,"balasnya dengan nada serius. Iman menunduk memandang lantai. Dia lantas berdiri.
"Kalau Sara tetap taknak, Sara duduk rumah ni sorang-sorang. Jom kita pergi Umi,Walid,"kata Iman sebelum menapak keluar ke pintu rumah itu. Diikuti oleh Encik Hasan dan Leen. Puan Salina memandang kasihan melihat Sara yang mula menitiskan air mata tanpa sebarang kata.
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...