Sara melangkah ke dalam bilik arwah Cik Fiza dengan beratnya. Dia mengambil buku nota mamanya yang terletak cantik diatas meja kerja. Nota diselak, pelbagai luahan dicatatkan. Selakan terhenti apabila dakwat pen dimuka surat itu lain daripada muka surat sebelum dan selepasnya.
"0105,"susunan nombor itu ditulis dengan pen dakwat merah. Sara mengerutkan dahinya.
"Kosong satu kosong lima? Ape ni?"Sara berfikir sejenak. Takkan peti besi? Sara lantas meletakkan nota itu dan membuka almari. Segalanya digeledah. Pasti ada sesuatu yang dia tak tahu. Tiada apa yang dijumpai. Sara berfikir sejenak. Pintu almari ditutup.
Mungkin ada kaitan dengan dirinya. Rak buku digeledah dan fail hitam dikeluarkan dari ruang rak. Sara menyelak dengan perlahan-lahan. Surat beranaknya disemak dengan teliti. Semakkannya terhenti. Tiada satu nombor pun yang ada kena mengena dengan 0105. Sara meletakkan semula fail itu diruangan asal.
Dia takkan berputus asa. Buku nota tadi diambilnya dan menapak keluar dari bilik. Dia perlu siasat!----------------------------------
"Weyh Rudy,"tegur Wan lalu duduk disebelah Rudy iaitu tempat Sara.
"Kau nak apa,"balas Rudy yang tiada mood disebabkan ketidakhadiran Sara.
"Aku cuma nak tanya je, mak Sara tu meninggal sebab apa?"soal Wan dengan lembut. Dia tahu itu soalan sensitif.
"Accident,"
"Aku rasa kesian dengan Sara la. Aku nak lawat dia boleh tak agak-agak? Dia duduk dengan siapa sekarang ni?"bertubi-tubi soalan ditujukan.
"Nanti aku tanya Sara dulu. Kau jangan main redah je,"
"Okok, nanti kau tanyakan au,"ujar Wan sambil menepuk bahu Rudy.
"Aku nak ikut,"sampuk Lisa yang dari tadi memasang telinga.
"Okyh jugak tu. Takderla aku segan nak jenguk dier sorang-sorang,"balas Wan.
"Nak ikut jugak,"sampuk Atul yang datang entah dari mana bersama Hana.
"Sibuk,"kata Wan sambil mencebik.
"Aku nak lawat kawan aku, yang kau sibuk kenapa?"
"Rudy,"panggil Lisa yang sedar Rudy berkelakuan pelik hari ini. Atul,Hana dan Wan turut memandang Rudy. Rudy tidak membalas malah sibuk membuat kerja sekolah.
"Rudy!"Lisa menepuk-nepuk meja Rudy. Rudy mengangkat wajahnya.
"Apa dier?"soal Rudy.
"Kau pehal dok. Lain macam aku tengok,"soal Lisa sambil mengerutkan dahinya.
"Aku okyh je,"
"Ni mesti pasal Sara an? Alaa kau rileks je, nanti kita jengukla dia sama-sama,"ujar Lisa sambil tersenyum. Rudy tidak membalas sebarang kata.
"Aku tengah cakap dengan kau ni. Kau dengar tak Rudy?"kata Lisa dengan nada yang tidak puas hati.
"Aku ada telinga, aku dengarla. Apa masalah kau?"balas Rudy dengan raut wajah yang serius. Fikirannya begitu kusut. Bagaimana kalau Sara tidak menerimanya?
"Sejak Sara muncul an, kau dah berubah tau Rudy. Kau tak macam dulu, ke kau nak benda 2 tahun lepas jadi lagi?"kata Lisa. Rudy tidak menyangka hal itu akan dibangkitkan oleh Lisa.
"Aku tak pernah berubah pun lah! Benda yang lepas, tak akan berulang lagi! Kau faham tak?!"bidas Rudy dengan nada yang tinggi. Seluruh kelas memandangnya tetapi tidak dihiraukan. Lisa memandang Rudy dengan perasaan benci.
Mengapa masa berlalu dengan cepat? Hatinya takut jikalau Rudy menaruh hati kepada Sara dan bukan dirinya. Perasaan itu sudah lama disimpannya tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu meluahkannya. Lisa mula berdiri dan menapak keluar dari kelas. Hatinya sakit.
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...