"Kau kalahkan 5 Orked? "soal Rudy dengan nada yang terkejut."Bukan aku je. Ni semua teamwork, "ujar Sara smbil meneguk air.
"Serius dok. First time tau ada orang boleh kalahkan kelas 5 Orked uh. Aku respect kau, "sokong Wan.
"Aku jaringkan gol je. Yang bagi aku bola tu haa, Hana, Atul ngan Lisa. Diorang lagi expert, "kata Sara yang merendah diri.
"Hek eleh. Merendah diri pulak, "sampuk Atul.
"Benda betul, "ujar Sara.
"Tapi kau perasan tak, lepas kita main je an budak 5 Orked macam tak puas hati, "ujar Lisa.
"Aah weyh, dok jeling-jeling. Nak je aku korek biji mata diorang, "bebel Atul.
"Aku tak pernah perasan pun, "sambung Sara.
"Kau semua benda tak tahu. Apa je yang kau tahu? "Rudy mengangkat kedua-dua keningnya.
"Aku tak suka sibuk hal orangla, "jeling Sara.
"Heleh, "ujar Rudy.
"Apa heleh heleh? "tukas Sara dengan nada yang geram. Rudy menjelirkan lidah.
Guru matapelajaran seterusnya sudah masuk ke dalam kelas dan sesi pembelajaran dimulakan.--------------------------------------
Kebiasaannya Sara akan ke gym berdekatan dengan restoran ibunya sebelum mula bekerja. Masuk lambat sikit takperkan. Hihi.
Sudah 10 minit masa diluangkan dithreadmeal. Peluh mula menitik dari dahinya yang putih. Sara menekan butang off. Tuala kecil dilapkan ke muka. Punggungnya dilabuhkan dibangku dan air diteguk.
Tiba-tiba terasa seakan bahunya ditepuk.
Dia menoleh. Tak sangka dia akan berjumpa lagi dengan lelaki ini."Long time no see Sara, "ujar Haziq. Sara meletakkan botol airnya. Dia mula rasa semak. Belum sempat dia mengangkat punggung, Haziq terlebih dahulu berkata-kata.
"Duduk dulu Sara, "kata Haziq.
"Takper, saya takder masa. Saya kena masuk kerja kejap lagi, "balas Sara yang langsung tidak memandangnya.
"Sekejap je Sara, "pujuk Haziq. Sara mengeluh panjang. Dia sememangnya tidak mahu berjumpa dengan lelaki ini lagi.
"Apa lagi yang encik nak? Nak saya basuh baju encik yang dekat rumah tu? "soal Sara. Kata-kata Sara menusuk ke dalam hatinya.
"Saya nak mintak maaf dengan awak. Tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap, "pujuk Haziq semahu-mahunya.
"Saya? Kena dengar apa yang encik nak cakap? Masa saya nak cakap dengan encik dulu bukan main sombong. Maki hamun saya. Apa hak encik nak suruh saya dengar apa yang encik nak cakap? "bidas Sara. Terdapat orang disekeliling yang memerhatikan mereka.
"Saya tahu awak marah lagi dekat saya tapi please, let me explain to you, "kata Haziq dengan nada memujuk.
"Saya bagi encik 10 minit untuk explain dekat saya. Jumpa saya dekat cafe bawah, "dengan pantas Sara bergerak keluar dari gym dan meninggalkan Haziq sendirian.
----------------------------------------
"Sorry late, "Haziq melabuhkan punggungnya dihadapan Sara.
"Memang tak reti nak hargai peluang eh? "Ujar Sara dengan riak yang tenang.
"Saya mintak maaf. Baju saya basah tadi, tu yang saya tukar baju kejap, "jelas Haziq.
"Saya duduk dekat sini dah nak 15 minit tau. Tukar baju ke buat baju? "bidas Sara . Sudah bergelas-gelas air diminumnya.
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...