Kelas yang riuh-rendah tidak sedikit pun menggangguku. Aku termenung ditempatku.
"Sara..."seorang gadis menegurku. Lamunanku terhenti.
"Ye saya,"aku memandang gadis itu. Seperti gadis ayu. Mempunyai lesung pipit dikedua-dua belah pipinya. Tahi lalat dibahagian tepi dahi. Comel molek.
"Saya tak pernah tengok awak berbual dengan yang lain. Kalau berbual pun, dengan Lisa dan Rudy je. Awak taknak berkawan dengan yang lain ke?"soalnya dengan lembut.
"Aaa saya bukan taknak kawan dengan yang lain tapi...saya tak pandai nak berkawan,"balasku. Sejujurnya sejak berpindah, aku sudah berubah perwatakan.
Dahulu, disekolah lama, aku mempunyai ramai kawan. Tak seperti sekarang.
"Ohlaaaa...saya ingatkan awak memang sombong. Pemalu rupanya.."jelas dia sambil tersenyum.
"Siapa yang pemalu?"sampuk seorang gadis entah datang dari mana.
"Sara ni sebenarnya tak tahu macam mana nak berkawan dengan kita. Dia tak sombong pun,"
"Oh..."
"Nama saya Atul, ni kawan saya, Hana,"Atul memperkenalkan diri. Aku tersenyum.
"Kau nak panggil aku Far pun boleh. Nama aku Farhana,"Hana menghulurkan tangan. Aku sambut dan tersenyum.
"Happy rasanya bila dah kenal Sara,"Atul senyum gembira. Ada jugak yang happy kawan dengan aku.
"Kalau ada apa-apa nak tanya pasal sekolah ni, boleh tanya kitorang,"jelas Hana.
"Ada apa ni?"sampuk seorang lelaki. Nampaknya semua dah berkumpul dekat tempat aku.
"Kau nak tahu tak, aku dengan Sara dah jadi kawan,"jelas Atul kepada kawan lelakinya.
"Serius ar... Dia sombong kot,"bisik lelaki itu kepada Atul. Hello, aku dengar kayh.
"Hey, takla. Dia tak sombong, dia cuma tak tahu cara nak berkawan dengan kita,"Atul bersungguh-sungguh berpihak kepadaku.
"Yerker?"soalnya.
"Betul la tu apa yang Atul cakap,"sokong Hana.
"Aku pun nak jugak jadi kawan Sara. Boleh kan Sara?"lelaki itu memasukkan tangan kanannya ke dalam poket dan menggaru kepalanya.
"Boleh je,"balasku sambil tersenyum.
"Nama aku Hazwan, panggil Wan je,"Wan menghulurkan tangan.
"Yang kau gatal sangat hulur tangan ni kenapa?"Hana menepis tangan Wan.
"Kau ni spoil ar,"
Aku tersenyum. Alhamdulillah. Akhirnya aku berjumpa dengan orang yang baik-baik.
"Ada mesyuarat tergempar ke kat sini?"sampuk Rudy. Semua menumpu ke arah Rudy. Rudy memasukkan tangannya ke dalam poket.
"Takder apa pun. Kitorang cuma dah start berkawan,"jelasku. Air muka Rudy berubah. Aku faham air muka itu.
"Oh..untunglah,"balasnya sambil duduk disebelahku.
"Korang, Rudy ni pun kawan aku. So, secara tidak langsung, dia kawan kita jugak kan?"aku cuba untuk membantu Rudy.
"Yuppp,"balas Atul dengam bersemangat. Hana menganggukkan kepalanya.
"Takder masalah,"Wan menepuk bahu Rudy sambil tersenyum. Rudy memandangku, dia tersenyum.
"Sara, kau ada nampak Lisa tak?"soal Rudy.
"Tak,"jawabku.
"Dia bukan tak datang ke?"soal Wan.
"Eh! Yeker? Asal aku tak perasan,"jelas Rudy. Matanya meliar.
"Dah sah-sah beg dier takder kat depan ni,"sampukku sambil melihat tempat Lisa dihadapan Rudy.
"Kenapa dier tak datang eh?"soal Rudy.
"Kau an kawan dengan dier dah lama, dier takder bagitahu kau ke?"soal Hana.
Rudy membisu.
Loceng sekolah menandakan tamat waktu sekolah.
Aku mengambil basikalku dan mengayuh keluar dari pagar sekolah.
"Sara!"aku menoleh.
Rudy mengayuh basikalnya.
"Kau cepat-cepat ni nak pegi mana?"soalku.
"Singgah kedai jap,"balasku.
"Kalau takder aper aku gerak dulula,"
"Eh kejapla. Ada apa ni sebenarnya? Kau bawak apa tu?"bertubi-tubi soalan ditujukan.
"Baju. Aku nak cepat ni,"aku mengayuh basikal meninggalkan Rudy.
"Aku nak ikut!"
"Lincahh!"
Pintu kedai ku buka. Aku dan Rudy berjalan masuk ke dalam kedai.
"Kau nak buat apa kat sini? Kerja part-time eh?"bisik Rudy.
"Diam-diam jerla,"balasku dengan riak selamba.
"Jen! Mamat tu datang ke tadi?"soalku.
"Ada. Dia punya berlagak sampai tak sempat duduk kau,"jelas abang Jen sambil memegang penyapu.
"Pastu?"
"Lepastu kan, dia cakap cam ni 'Mana budak perempuan tu?' "abang Jen meniru gaya Haziq. Aku tersenyum kecil.
"Pastu I cakapla u takder. U pergi sekolah. Dia terus pergi je. Takder salam takder aper, sakit hati ni tau,"jelas abang Jen. Lembutnya lahai abang Jen ni.
"Ohh okok, thanks. Sara nak mandi jap, tolong tengok-tengokkan budak ni jap, kalau dier nak makan, tanya dier. Sara bayar nanti,"jelasku.
"Sara! Takkan kau nak tinggal aku dengan dier ni..."Rudy memandang abang Jen.
"Takder aperla. Kau ni. Kau dengan dier takder beza pun. Dahla, aku nak mandi,"aku meninggalkan Rudy dan berlalu pergi.
Rudy memandang abang Jen.
"Haa, nak makan tak?"soal abang Jen. Rudy menggeleng berkali-kali.
----------------------------------
Aku membawa segelas susu dan duduk dihadapan Rudy.
"Asal kau tak makan?"soalku lalu meletakkan segelas susu diatas meja.
"Mana kau dapat air ni? Restoran ni boleh layan diri eh?"
"Aku tanya benda lain, kau tanya benda lain. Asal tak makan lagi ni? Aku bayarla,"aku meneguk air susu dengan penuh selera.
"Aku takut ar nak order dengan abang tu. Lembut weyh,"Rudy memandang abang Jen yang berada di kaunter.
"Kau ni banyak songel la. Cakapla nak makan apa, nanti aku orderkan,"aku menolak menu kepada Rudy yang sedia ada di atas meja.
"Boleh order apa-apa eh?"soal Rudy dengan teruja.
"Kau jangan mintak macam-macam, yang perlu je,"jelasku.
"Lapar ni. Aku nak air ais lemon tea, nasi apa tah ni yang ada ayam ni. Nama pelik-pelik. Haa lagi satu, aku nak aiskrim pisang ni. Chocolate lebih tau,"
"Kau makan ke melantak ni? Kau tunggu sini, aku pergi order,"aku bangun dari tempat dudukku dan berlalu ke kaunter.
Author's pov💆
Loceng kedai berbunyi. Bunyi tapak kasut yang Sara kenali. Haziq berjalan mencari tempat duduk.
"Ziq!"tegur Rudy.
"Rudy?"Rudy bangun dari tempat duduknya dan bersalaman dengan Haziq.
"Duduklah. Join aku makan kejap lagi,"ajak Rudy.
Sara menoleh.
Rudy kenal mamat tu?
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...