Aku melangkah keluar dari pintu kelas itu. Rasa menyesal mula berputik. Kau tak sepatutnya peramah dengan dia Sara. Kau baik macam mana pun orang tetap akan pandang kau buruk Sara. Huh. Susahnya untuk tidak jadi diri sendiri. Apa aku patut buat untuk ubah diri aku untuk jadi orang yang lain?Sara yang baru! Bukan yang lama!Aku duduk dibangku berhadapan dengan padang sekolah. Tenang rasanya. Terdapat banyak pokok disekeliling padang. Terbit rasa kagum dalam hati. Indah ciptaan Allah.
"Hai,"seorang lelaki duduk disebelahku dan menegurku.
"Emm,"aku hanya menganggukkan kepala. Takder mood nak bercakap dengan manusia sekarang ni.
"Awak okyh?"soal lelaki itu. Aku tidak menjawab persoalannya mahupun memandang.
"Maaf mengganggu , saya Danial, nice to meet you,"dia menghulurkan tangannya .
Danial.
----------------------------------------------------------------------
Rudy's pov👽
Mana pulak si Sara ni. Aduh! Rehat dah nak habis ni. Mana aku nak cari dier? Tulah kau Rudy, emosi je lebih. Dia tanya je kot. Sara, maafkan aku Sara.
"Weyh! Kau cari apa kat sini Rudy?" soal Lisa yang hairan melihat ku gelisah semacam.
"Aku cari Sara,"mataku masih meliar mencari bayang Sara.
"Sara? Bukan dia dengan kau ke tadi?" banyak betul soalan kau ni Lisa. Baik kau tolong aku. Gerutu hati ini.
"Kalau ada, takderlah aku nak cari dia. Aduh kau ni. Jom tolong aku cari Sara!" baru hendak melangkah aku ternampak kelibat Sara.
"Sara! Sara!"aku berlari ke arahnya. Lisa turut mengikuti langkahku.
"Sara, stop kejap please,"aku menarik tangannya.
"Apa ni Rudy! Kau nak apa?"Sara menepis kasar tanganku. Memang layak aku kena macam ni.
"Weyh korang, relaxla. Kita boleh bincang kot benda ni,"nampak seperti Lisa nak meredakan keadaan.
"Lisa, kau masuk kelas dulu. Benda ni biar aku settle," jelasku kepada Lisa. Lisa menganggukkan kepala dan berlalu pergi. Sara pula seperti mahu lari daripadaku.
"Sara, aku mintak maaf pasal tadi,"aku cuba memberhentikan langkahnya. Dia menghentikan langkahnya dan memandang ke arah ku.
"Tak payah mintak maaf dengan aku. Memang aku penyibuk kan?"macam satu tamparan kepadaku. Sara memang betul-betul terasa hati dengan apa yang aku katakan kepadanya tadi. Haih Rudy.
"Sara, look at me,"aku memandang anak matanya yang cantik. Ya, memang menawan. Sara menuruti.
"I'm so sorry Sara, I can explain it to you,"aku cuba memujuk gadis ini. Pandai buat, pandaila tanggung. Sara menghelakan nafas. Nampak macam takder harapan Rudy.
"Janji explain?"Sara mengangkat jari kelingkingnya. Lahai comelnya Sara ni.
"Janji,"aku pun turut mengangkat jari kelingking. Sara mula tersenyum. Alhamdulillah. Kami berjalan menuju ke kelas.
"Kau pergi mana tadi?"soalku kepada Sara yang bejalan bersebelahanku.
"Padang,"balasnya ringkas.
"Buat apa kat situ?"soalku.
"Sajer je nak tenangkan diri,"jawabnya sambil tersenyum. Kenapa hati ni rasa tak sedap? Sara ada sorok apa-apa ke dari aku ni. Hurmm.
----------------------------------------------------------------------
Sara's pov 🙆
Rumah aku dan mama tak jauh daripada kawasan sekolah. Oleh itu, mulai hari ini, setiap hari aku akan jalan kaki pergi dan balik ke sekolah.
Mula-mula tu penat tapi lama-lama nanti biasa dah. Yang seronoknya, bila jalan, ada anginn!! Hilang sikit penat ni."Sara kan?"macam ada suara lelaki menegurku. Aku menoleh.
"Eh Danial, awak buat apa kat sini?"soalku. Dia ikut aku sampai balik ke?
"Sajer je saya ikut awak,"balasnya selamba. Ni scary. Aku mengerutkan dahi. Sudah mula rasa tidak selesa.
"Takderlah, rumah saya memang dekat area sini. Awak jangan risau, saya baik,"katanya yang begitu tenang.
Pertama kali kami berjumpa, dipadang. Danial seorang yang baik. Boleh buat aku tersenyum dikala aku duka. Lebih kurang macam Rudy, suka bagi ayat. Tapi, bila dengan Danial, aku rasa seronok. Takderlah sampai nak muntah dengar ayat-ayat Danial. Tak macam Rudy~~ Walaubagaimanapun, aku anggap mereka hanya sebagai kawan. Tak lebih.
"Saya balik dulula Danial,"kataku yang mahu lari daripadanya.
"Baik-baik jalan Sara," dia tak memaksa aku untuk bercakap dengan dia pun. Budak baik nampaknya ni.
--------------------
"Mama!"aku memanggil mama diseluruh pelosok rumah.
"Mana pergi mama ni,"aku bermonolog. Terlihat satu nota yang terletak berdekatan dengan tudung saji diatas meje.
'Mama dah masak lauk fav Sara, asam pedas ayam. Sara jangan lupa makan tau, mama ada hal kat kedai ni. Mama balik petang nanti, love u my girl'-mama-
Okyh, masa cuti sekolah pun mama slalu buat macam ni. Tinggal aku kat rumah sensorang. But aku faham, nak cari rezeki. Mama mula bukak restoran 2 bulan lepas. Pada masa itulah mama dan papa sudah berpisah dan aku dijaga oleh papa. Setelah aku tahu apa yang papa dah katakan kepadaku, aku terus mahu duduk bersama mama.
Ting.
Notification masuk.From:012-625******
Sara, ni aku Rudy.Ohhh Rudy. Aku terus save nombornya.
To:Rudy kerek
Ye, nak apa?From:Rudy kerek
Taknak paper, nak kau je😁To:Rudy kerek
Kau main-main eh dengan aku! Aku block nombor kau nantiFrom:Rudy kerek
Alaa gurau manja sikit pun x bolehTo:Rudy kerek
Gurau manja~ puih. Kenapa tak chat kat ws je?From:Rudy kerek
Takder data.To:Rudy kerek
So, kau nak apa ni?From:Rudy kerek
Aku nak jumpa kau boleh?To:Rudy kerek
Tak boleh.From:Rudy kerek
Kenapa😢To:Rudy kerek
Kita mana boleh berjumpa berdua. Nanti timbul fitnah tau. Kau tu laki, aku ni perempuan. Lagi-lagi bertudung, nanti apa pulak orang kata.From:Rudy kerek
Ohh okok. Aku nak jumpa kau sebab nak explain kat kau pasal tadi.To:Rudy kerek
Kita boleh jumpa esok kat skolah.From:Rudy kerek
Tak boleh, benda aku kena cakap personal ngan kau. Privasi.To:Rudy kerek
Nantilh aku set date. Aku nak makan. Bye.From:Rudy kerek
Okok. Bye my dear❤Perut pun dah lapar. Apa lagi? Makannnnnnn
Thnk u to readers😘 keep voting my story and support me okyh😛 always love u guyss💕
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...