Jujur

56 5 0
                                    

Author's pov💆

Rudy dan Sara menunggang basikal bersama-sama semasa pulang ke sekolah.

"Sara!"panggil Rudy. Sara menoleh.

"Apa?!"soal Sara.

"Kata nak gi kedai,"

"Balikla dulu. Aku nak mandi. Kalau betul dia nak jumpa aku, dia sanggup tunggu,"kata Sara.

"Tunggu aku tau nanti,"minta Rudy.

"Iyerr. Takut sangat aku tinggal,"ujar Sara. Rudy tersenyum gembira.

----------------------

"Mama,"panggil Sara didalam telefon.

"Ye Sara,"

"Petang ni Sara singgah kedai jap tau. Nak jumpa kawan,"jelas Sara.

"Sara nak mama amik Sara dekat rumah ke? Kejap lagi mama sampai,"

"Eh takper takper, Sara boleh naik basikal. Tak jauh pun kan. Lagipun ada Rudy. Dia teman Sara,"jelas Sara.

"Ohh okok. Baik baik ye Sara. Kalau ada apa apa, call je mama,"kata Cik Fiza.

"Okyh maa. Love u. Mmuuah,"

"Love u more syg,"

Telefon rumah diletak. Sara membetulkan tudungnya dihadapan cermin ruang tamu. Sara mengenakan sweatshirt pink dan seluar jeans hitam yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Tudung berwarna cerah menyerikan lagi wajahnya.

"Assalamualaikum!! Saraa! Ohh Sara!! Assalamuaikumm!!"laung Rudy.

Budak ni tak boleh jerit kuat lagi ke?

Sara membuka pintu rumah dan menguncinya.

"Waalaikumussalam. Suara tu boleh pelan sikit tak. Malula orang dengar,"kata Sara.

"Nak malu apa? Aku bagi salam je kot,"kata Rudy sambil mencebik diluar pagar.

"Bagi salam macam jual ayam,"ujar Sara sambil menyorong basikalnya.

"Tepi sikit,"kata Sara sambil membuka mangga pagar.

Sara menyorong basikalnya keluar dari pagar rumah dan memangganya semula.

"Kau tak panas ke pakai sweatshirt petang petang macam ni,"soal Rudy sambil naik diatas basikalnya.

"Panas apanyer? Kau tak nampak ke langit tu mendung? Kejap lagi hujan weyh,"balas Sara sambil naik diatas basikal. Rudy membetulkan topi diatas kepalanya.

"Tanya je,"ujar Rudy.

"Jom ar gerak,"kata Sara. Mereka berdua mula bergerak.

--------------------------

Pintu kedai dibuka oleh Sara. Loceng kedai berbunyi. Mereka berdua melangkah masuk .

"Adik buat apa datang sini?"soal abang Iman.

"Datang kedai mak sendiri pun salah ke,"balasnya tetapi tidak memandang  Iman. Matanya meliar mencari bayang Danial.

"Abang tanya je. Kawan adik ke tu?" Iman memuncungkan mulutnya ke arah Rudy yang berada dibelakang Sara. Sara memandang Iman.

"Aah kawan Sara. Abang, abang ada nampak tak sorang budak lelaki ni, dia cari Sara,"soal Sara.

"Tak nampak,"balasnya ringkas sambil membersihkan gelas.

"Takperla bang, kitorang duduk dulu eh,"Rudy memberi isyarat kepada Sara untuk duduk. Sara turuti. Entah kenapa dia tidak sabar nak berjumpa dengan Danial. Tapi..hatinya menafikan perasaan itu.

Dia Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now