Aku memandangnya yang sedang mengunyah. Wait! Ada something weird."Weyhhh!"bahu Rudy terhinjut kerana terkejut.
"Apa benda kau ni. Terkejut aku tahu tak! Ni kalau tercekik, kau nak ke buat CPR kat aku?"aku mengerutkan dahi dan menggelengkan kepala. Eee saper nak buat CPR kat dia. Kuning gigi aku nanti!
"Eee takdernya aku nak buat CPR. Aku nak tanya nii!"Rudy tidak mengendahkan soalanku.
"Rudyyyyyy!! Aku nak tanya nii!" bila Sara tengah soal, tolong jawab dengan cepat please. Kalau tak, memang gegar gegendang telinga orang yang mendengar.
Rudy menarik nafas panjang."Nak tanya apa sayang, saya dengar ni,"ucapnya lembut. Tak macam aku tadi. Terjerit-jerit.
"Tak payah nak bersayang-sayang. Ni aku nak tanya, kau bawak bekal eh?" soal ku sambil memandang bekas makanan dibawah mejenya.
"Haah. Kenapa? Nak sikit?"dia menghulurkan sepotong sandwich kepadaku. Aku mengambil atas sebab memang perut aku dah lapar dah ni.
"Aku tak sangka lelaki macam kau ni pun bawak bekal eh,"aku ketawa setelah mendengar pengakuannya.
"Lelaki macam mana yang kau maksudkan?"tak habis-habis lagi tu mengunyah. Aku pun turut mengunyah. Nampak sedap! Ya! Memang sedap!
"Yerla, selalunya yang bawak bekal ni perempuan. Takpun, lelaki yang nerd nerd tu. Tapi kau ni, nak kata nerd tak, perempuan pun tidak. Tapi macam logik sikitla sebab kau pun nampak macam lelaki metroseksual,"jelasku dengan panjang lebar.
"Metroseksual? Seriously my dear?" dah mula dah ayat dia tu.
"Yup! Sebab kau nampak kemas, dari segi pakaian, rambut, kasut, muka and," aku memandangnya atas bawah.
"And what Sara Umairah?"Rudy mengangkat sebelah keningnya. Ala ala Ziana Zain gitu.
"And...aku perhati dari tadi, tulisan kau cantik, tak macam lelaki lain,"aku memandang buku diatas mejanya. Tulisan kemas, tak kecik tak besar, teratur. Ada jugak rasa malu sebab tulisan aku takderlah cantik mana.
"Ohhh, itu je rupanya. Aku ingatkan aperla tadi,"dia mengemas bekas makanannya dan memasukkannya ke dalam beg kecil.
"Kau ingat apa?"soalku hairan.
"Takderlah, aku ingatkan kau tergoda dengan aku. Tengok aku atas bawah,"tolonglah! Not my taste!
"Eee tak payah nak perasan,"aku menjelingnya. Rudy tersenyum kecil.
"Ada orang kata tadi nak siapkan homework,"Rudy memerliku.
"Dah siap dah!"aku mengemas buku-buku dan alat tulis yang bersepah diatas meja. Makin galak Rudy tersenyum. Entah kenapa aku selesa dengan Rudy, tapi hati kata jangan mudah terima lelaki dalam hidup. Itulah ego. Huh.
"Kau hari-hari ke bawak bekal?"soalku untuk memulakan sesi perkenalan ini.
"Yup!"balasnya pendek.
"Kau dah biasa ke makan sorang-sorang dalam kelas?"soalku hairan sebab kitorang berdua je yang ada dalam kelas. Yang lain? Rehat kat kantinla dude.
"Dah biasa dah," aku menganggukkan kepala tanda sudah faham.
"Kau tak ada kawan lelaki lain ke?" Rudy kini tidak menjawab. Hanya menggelengkan kepala.
"Kenapa?"ni dah makin pelik. Takkan tak ada kawan lelaki kot.
"Sibuk jerla kau ni. Tak penting pun!"Rudy mula meninggikan suara kepadaku. Aku salah cakap ke tadi? Hurmm.
"Sorry. Aku tak ada niat nak menyibuk,"aku terus bangun dan keluar daripada kelas. Pergi ke mana-mana yang akan membuatkan aku tenang.
Rudy menarik nafas panjang dan meraup mukanya. Apa yang dia dah buat? Sara tak salah pun.
Pendek ke guys? Sorry kalau pendek🙆 Next time, wanie buat panjang sikit, menarik sikit. Okayh? Keep voting my story and support me okyh💋
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...