Bongkar

65 3 0
                                    


"Kenapa awak senyap je Danial? " soal Sara. Panggilan awak saya digunakan semula. Rudy masih memandang Danial.

"Sebenarnya..aa saya mm, "kata Danial yang tergagap.  Dia takut rahsianya diketahui Sara.

"Cakap jerla.  Asal gagap? "bidas Rudy.  Sara memandang Rudy tanda dia tidak harus masuk campur. Rudy mengeluh panjang.

"Saya dengan Daus sebenarnya.. "belum sempat Danial meneruskan kata-katanya,  terdapat satu suara memotong terlebih dahulu.

"Sara, " mereka bertiga menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Mama, "

"Eh Rudy pun ada.  Ni.. Siapa Sara? Kawan Sara jugak ke? "soal Cik Fiza kepada anaknya.

"Aah ni kawan Sara.  Nama dia Danial, "jelas Sara.  Danial tersenyum nipis sambil memandang Cik Fiza.

"Ohh. Kawan-kawan Sara dh makan ke belum ni? "

"Baru lepas order.  Takper maa, Sara boleh uruskan,"kata Sara. Dia sememangnya mahu mendengar penjelasan Danial secepat mungkin.

"Okyhla kalau macam tu. Kalau nak apa-apa, mama ada dekat dapur kayh sayang,"Cik Fiza mencium dahi anaknya sebelum melangkah pergi.

Pada masa yang sama, makanan yang dipesan tadi telah pun sampai.

"Apa kata,  kau explain nanti-nanti je.  Aku dengan Sara nak makan jap.  Kalau kau nak makan,  pepandaila kau order ye, "kata Rudy sambil menarik cawan kopinya.

Danial menuruti apa yang dikatakan oleh Rudy. Sememangnya dia takut jika rahsianya diketahui Sara. Dia perlu memikirkan sesuatu.

"Saya makan dulu eh Danial, "ujar Sara dengan nada yang lembut.

Rudy dan Sara telah selesai menjamu selera. Rudy memegang perutnya yang kekenyangan. Makan aiskrim jer pun.

Rudy tidak sengaja sendawa. Sara dan Danial memandangnya.

"Serabailah kau ni, "ujar Sara sambil membuat muka. Rudy tersenyum kambing.

"Weyh,  perut aku sakit weyh, "Rudy membuka topinya dan memegang perutnya.

"Kau makan laju sangat.  Mana tak sakit perut tu.  Lagipun kau minum coffee.  Perut kosong mana leh minum coffee. Aku cakap degil, "bebel Sara sambil memerhati Rudy yang menahan sakit. Rudy mengerutkan dahinya.  Memang sakit weyh.

"Kau okyh tak ni Rudy? "soal Danial setelah sekian lama berdiam diri.

"Aku okyh.. "balasnya dengan nada yang perlahan tetapi masih boleh didengari.  Dahinya menampakkan titik-titik peluh.

"Aku nak gi tandas ,"kata Rudy yang terus bangun dari tempat duduknya dan menapak ke arah tandas.

Danial sudah nampak peluang didepan matanya.  Mengapa perlu dia lepaskan? Inilah masanya.

"Sara.. "ujar Danial. Sara menoleh ke arahnya.

"Saya dengan Daus tak ada apa apa pertalian pun. Awak tahukan Daus tu macam mana,  kalau dia kata dia nak,  memang dia nak, "Sara fokus mendengar penjelasan Danial.

"Dia yang paksa saya teman dia makan masa tu.  Dia mintak saya belanja.  Daus kata,  kalau saya tak belanja dia,  dia kata dia akan malukan saya depan semua orang. Sara,  percayala cakap saya, "Sara memandang ke arah lain.  Perlu ke dia percaya semua ni?

"Daus tu,  dia sanggup lakukan apa je untuk dapatkan apa yang dia nak. Rudy cakap macam tu pasal saya sebab dia cemburu dengan saya.  Yerla,  dengan dia awak cakap kasar-kasar.  Dengan saya awak lembut-lembut.  Dari dulu dia cemburu dengan saya.  Apa yang saya nak,  semua dia nak, "terang Danial. 

Dia Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now