"Sara..."Rudy memberanikan diri untuk bertanya.
"Apa dier,"Sara memandang Rudy dihadapannya.
"Boleh kau explain pasal tadi?"soal Rudy dengan lembut. Takut jugak nak tanya dengan Sara ni. Garang weyh. Seram.
"Nak explain apa Rudy, kau sendiri dah nampak. Penat dah aku dengar cacian macam tu,"Sara menghirup airnya.
"Okok. Kau tak payah explain. Aku just nak tanya, kau jawab eh?"Rudy masih tidak berputus asa untuk mencari jawapan kepada persoalannya.
"Tanyala,"jawab Sara yang tidak berdaya.
"Macam mana kau boleh kenal Haziq?"
"Dia customer aku haritu. Aku tertumpahkan air kat baju dia. Dia ngamuk ar. Aku nak basuhkan baju dia, dia taknak. Pastu malam tu jugak tetiba datang kedai ni, suruh aku basuh. Bongok.mamat tu,"jelas Sara dengan selamba.
"Ohh, habistu kau marah dia ke?"soal Rudy.
"Tak,"
"Serius ar? Selalunya kalau ada orang cari pasal dengan kau, kau marah. Ni kau diam je?"kata Rudy yang semakin teruja mendengar drama hangat.
"Habis kau nak aku buat apa? Ikutkan hati aku, memang aku tak kasi dia jejak kedai ni. Tapi nak buat cam mana, customer always right,"jelas Sara.
"Emmm kau ni kira ada kesabaran jugak an. Aku ingatkan baran je memanjang,"Rudy menghirup airnya.
Sara memandang Rudy.
"Dahla weyh. Aku penat nak rasa marah ni. Bazir masa aku,"
"Tahu pun bazir masa. Ni aku nak tanya lagi ni,"soal Rudy yang tak habis habis dengan soalan dia tu.
"Apa lagi?"Sara seperti sudah malas mahu melayan kerenah Rudy.
"Dekat sini ada bilik mandi eh? Dari mana kau dapat baju ni?"
"Ada bilik kat belakang, ada bilik air. Aku simpan baju dalam bilik tu. Senang kalau aku datang sini,"jelas Sara.
"Ohhh.. Habistu bila masa kau start kerja ni?"
"Baru je. Masa cuti tahun lepas,"jelas Sara.
"Ohhh.. Kedai ni pun baru bukak an?"
"Yer Rudy. Kau ni banyak tanyala,"Sara menyuap aiskrim yang dipesannya.
"Alaa aku tanya je. Kita an baru je jadi kawan. Jadi, banyak lagi aku tak tahu pasal kau. Sebab tu aku tanya,"jelas Rudy.
"Banyak lagi benda kau tak tahu pasal aku Rudy,"kata Sara dengan nada yang sayu. Rudy rasa bersalah.
Sebenarnya, dia sudah tahu kisah lalu Sara semasa dirumah Sara. Puan Hafiza sudah menceritakan segala perkara pahit yang dilalui oleh Sara. Oleh itu Sara cuba untuk mengubah dirinya supaya tidak mudah kasihan pada orang. Dia cuba memahami keadaan Sara.
"Tapi aku pelik, macam mana kau boleh kerja dekat sini?"Rudy mengubah topik.
"Huh. Kau ni. Penatla aku nak jawab,"balas Sara.
"Alaa... Please.. Aku janji ni last aku tanya,"mohonnya.
"Ni Restoran mak aku,"jelas Sara.
"Haaa? Weyhh! Ni serius aku tak tahu,"kata Rudy.
"Yang kau beria sangat ni pahal?"Sara mengerutkan dahinya.
"Takderla.. Aku excited je,"jawab Rudy sambil menghirup minumannya. Sara termenung.
"Sara.."Rudy mematikan lamunannya.
"Apa lagi kau nak?"soal Sara dengan lembut.
"Aku just nak kau tahu yang aku akan selalu ada dengan kau. Tak kira susah ke senang. Kalau kau nak story ngan aku pasal masalah kau, aku okyh je. Always remember that Sara,"jelas Rudy dengan pandangan yang mendalam.
"Thanks,"sedikit sebanyak nasihat Rudy menenangkan hati Sara.
Rudy tersenyum. "Most welcome my princess,"
Sara turut tersenyum.
----------------------
Sara's pov🙆
"Perempuan ni la yang bawak bala,"
"Bala apa ni?"
"Dia ni la yang tumpahkan air dekat baju aku. Mahal baju tu. Buat kerja macam apa! Baik tak payah kerja! Benda macam tu pun tak pandai urus,"
"Kenapa mamat tu tak puas hati dengan aku eh? Aku tertumpahkan air jer kot,"gumamku.
"Sara tengok tv ke, tv tengok Sara?"mama melabuhkan punggungnya desebelahku.
"Tak tengok tv pun ma.."
"Kenapa ni? Sara ada apa apa nak cerita kat mama?"soal mama.
"Takder apa,"balasku sambil tertunduk.
"Yerker takder apa? Cuba bagitahu mama sayang,"mama memeluk bahuku.
"Hmmm.. Mamat haritu datang kedai tadi,"jelasku.
"Mamat mana ni?"mama mengerutkan dahi.
Aku berdecit.
"Mamat yang Sara tertumpahkan air kat baju dia tu,"jelasku.
"Ohhh dia datang tadi?"
"Ye ma.. Mama pergi mana je petang tadi? Kenapa tak ada kat kedai,"soalku dengan suara perlahan.
"Mama jumpa kawan sayang,"balas mama.
"So, mamat tu datang nak amik baju dia eh?"aku menganggukkan kepala.
"And mama rasa, mesti dia ada cakap apa apa sampai anak mama termenung je memanjang,"mama memandangku.
"Dia takder cakap apa apa pun,"
"Mama tak percaya,"
"Tak percaya sudah,"
"Kalau Sara dah sedia nak bagitahu mama, Sara cakap dengan mama. Mama taknak tengok Sara macam ni,"
"Hmmm.. Thanks ma,"aku memeluk mama.
"Ni mama nak cakap sikit,"
"Apa dier?"soalku.
"Sara dengan Rudy tu ada apa apa ke?"mama menjungkitkan kening beberapa kali.
"Apa ni ma.. Kitorang kawan je. Rudy tu bukan taste Sara pun,"bidasku.
"Tapi mama suka dia. Dia baik , sopan, peramah, yang paling mama suka, dia selalu senyum. Manis je,"jelas mama. Aku mengeluh.
"Mama jerla yang bercinta dengan Rudy tu,"kataku.
"Sara ni... Mama cakap mama suka kalau dia jadi menantu mama,"
"What?? Menantu??? Sara ni spm pun tak lepas lagi maa. Batalkan jerla niat mama tu. Nanti lama lama sampaila jodoh Sara,"jawabku.
"Mama cakap je. Tak salah pun kawin awal. Lagi senang. Senang hati mama kalau ada yang jaga Sara,"balas mama.
"Mama dah penat nak jaga Sara ke?"soalku dengan nada sayu.
"Tak sayang. Mama cakap kalau mama dah takder nanti,"
"Apa mama ni. Taknakla cakap macam tu. Sara sayang mamala,"kataku sambil memeluk mama.
"Mama pun sayang Sara, sebab tu mama nak tengok Sara kawin sebelum mama takder sayang,"
"Shh shhh.. Sara taknak dengar. Mama tak pergi mana mana kan? Jangan tinggal Sara. Sara takder sesiapa selain mama,"kataku dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan nangis.Pelukanku makin dieratkan. Tak sanggup aku bayangkan bagaimana kehidupan aku tanpa mama.
Mama membalas pelukanku. "Mama tak akan tinggal Sara,"
YOU ARE READING
Dia Takdir Untukku
RomanceAlso known as Simpan, Nur Sara Umairah bt Sulaiman, berumur 17 tahun . Taknak cerita banyak pasal dia ni. Muka dah cantik, bertudung pulak tu, comel, kulit sawa matang, tak tinggi tak rendah. Melalui hidup yang sukar. Kisah hidup yg lalu mengubah id...