Tertarik

55 4 1
                                    

Author's pov 💆

"Alhamdulillah. Sedapnya mak ngah masak.  Kalau macam ni la an, hari-hari Iman nak makan dekat rumah mak ngah,"ujar Iman sambil bersandar di sofa. Sara tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Hish kamu ni.  Kalau Iman makan kat rumah mak ngah,  lauk yang Umi masak tu siapa nak habiskan? "soal Puan Salina.

"Orang gurau je Umi, "kata Iman sambil tersenyum sumbing.

"Mak long,"panggil Sara. Puan Salina menoleh ke arah Sara yang duduk disofa bersebelahan dengannya.

"Kenapa pak long dengan kak Leen tak ikut sekali datang sini? "soal Sara.

"Pak long dengan kak Leen kamu tu sibuk bekerja Sara.  Sampai tak ader masa nak diluangkan untuk keluarga, "jelas Puan Salina kepada anak saudaranya. Sara mengangguk faham.

Cik Fiza menapak ke arah ruang tamu dan melabuhkan punggungnya disebelah kakaknya.

"Akak datang sini sebenarnya nak bagitahu sesuatu,"ujar Puan Salina dengan nada mendatar. Cik Fiza memandang anaknya.

"Sara,  mama nak cakap sikit dengan mak long.  Sara amik angin dekat luar dengan abang Iman eh, "pujuk Cik Fiza yang tahu semestinya Sara mahu tahu apa yang dibincangkan oleh mereka berdua.

Sara mengangguk dan menapak keluar rumah. Diiringi Iman.

Sara melabuhkan punggung dikerusi luar. Dia mengeluh panjang.

"Panjangnya mengeluh, "ujar Iman yang sudah melabuhkan punggungnya disebelah Sara.

"Abang rasa apa yang mama dengan mak long tengah bincang eh, "Sara memandang Iman.

"Abang pun tak tahu. Lebih baik kita tak perlu amik tahu.  Hal orang tua katakan, "Iman memberikan senyuman nipis. Sara turut tersenyum nipis.

"Abang nak tanya sikit, "

"Aper dia bang? "

"Aper dah jadi dekat kedai petang tadi?  Siapa budak tu?"soal Iman.

"Kawan Sara, "jawab Sara dengan ringkas.
"Abang tahu yang Sara faham apa yang abang maksudkan.  So tell me the truth, "

Sara menunduk dan memandang lantai.

"Budak lelaki yang Rudy nak pukul tu dah fitnah dia macam-macam. Tapi Rudy tak tahu pun, "jawab Sara dengan tidak berdaya.

"Dia fitnah apa? "

"Dia cakap Rudy kaki perempuanla,  buat benda tak senonohla, tipu Sarala,  macam-macamla, "kata Sara dengan nada yang geram.

"Oooo,  kiranya Sara tak boleh terima hakikatla apa yang budak tu cakap?"soal Iman dengan menaikkan kedua-dua keningnya.

"Mana ada.. Bukan tu yang Sara maksudkan. Sara tahu Rudy tu macam mana,  dia baik. Jauh sangat perangai dia dengan apa yang budak tu bagitahu Sara, "

"Are u in love? "

"What? Abangggg!!!  Orang tengah serius ni,"tukas Sara dengan menghentak kedua-dua kakinya.  Comel kau. Iman tergelak besar. Suka dia melihat Sara marah.

"Betul apa abang cakap. Abang hidup lagi lama dari Sara.  So, I know tanda-tanda orang muda dah mula in love, "

"Eee malasla nak cakap dengan abang, "Sara memusingkan badannya membelakangi Iman.

"Haih,  perangai tak berubah.  Manja, "

"Abang cakap macam ni sebab Sara baru kenal Rudy tu berapa minggu kan. Sama jugak macam mana Sara kenal dengan budak tu.  Jadi,  Sara tak bolehla judge yang Rudy tu baik and budak tu yang jahat. Apa yang abang maksudkan ni,  Sara kena siasat dulu. Semakin kita membesar,  semakin kita tak tahu siapa yang sebenarnya kita boleh percaya, "kata-kata Iman serba sedikit menjentik hati Sara.  Ada benar kata abang Iman.

Dia Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now